HOME Hokkaido Hokkaido Sapporo / Chitose Etika dan undang-undang trafik
Etika dan undang-undang trafik

Etika dan undang-undang trafik

Last updated: 11 Julai 2018

Untuk menikmati pelancongan yang selamat dan seronok, undang-undang trafik perlulah diambil tahu.

Pejalan kaki berjalan di bahagian kanan jalan raya

Pejalan kaki berjalan di bahagian kanan jalan raya

Apabila jalan raya dan kaki lima diasingkan, berjalan di atas kaki lima adalah lebih selamat. Tetapi, pejalan kaki masih perlu berhati-hati kerana terdapat juga basikal yang menggunakan kaki lima. Gunakan lintasan pejalan kaki sewaktu melintas jalan raya. Walaupun pejalan kaki diberi keutamaan, jangan lupa untuk memeriksa keadaan di sebelah kiri dan kanan jalan raya ketika melintas.

Kereta dipandu di sebelah kiri jalan raya

Kereta dipandu di sebelah kiri jalan raya

Menurut undang-undang trafik di Jepun, kereta dipandu pada bahagian kiri jalan raya. Oleh itu, kerusi pemandu akan berada pada bahagian kanan untuk model kereta Jepun. Selain daripada kereta, terdapat juga motosikal dan basikal yang ditunggang di bahagian sisi kiri jalan raya kerana ianya merupakan undang-undang di Jepun.

Lampu isyarat di Jepun

Lampu isyarat di Jepun

Maksud 3 jenis warna lampu isyarat adalah sama di seluruh dunia. Di Jepun, walaupun lampu isyarat telah bertukar ke warna merah untuk arah yang bergerak, lampu isyarat dari arah sebelah akan kekal berwarna merah selama kira-kira 1 saat dan kesemua lampu isyarat boleh menunjukkan warna merah secara serentak. Dengan ini, kejadian kemalangan pertembungan dengan kenderaan dari arah melintang tidak akan berlaku walaupun anda telah memasuki persimpangan jalan sejurus sebelum lampu isyarat bertukar merah. Walaubagaimanapun, berhentilah dengan betul ketika lampu isyarat berwarna merah.

Lampu isyarat berbutang untuk pejalan kaki

Lampu isyarat berbutang untuk pejalan kaki

Bagi pejalan kaki, selain lampu isyarat yang bertukar warna secara automatik, terdapat juga "lampu isyarat berbutang" yang akan bertukar warna menjadi hijau apabila ditekan oleh pejalan kaki yang mahu melintas.

Blok Braille

Blok Braille

Plat berbonggol berwarna kuning dapat dilihat di sekitar stesen dan laluan pejalan kaki di Jepun. Plat ini dipanggil "Blok Braille" dan menawarkan bantuan kepada pejalan kaki yang tidak dapat melihat. Anda dinasihatkan supaya tidak berhenti dan berdiri di atas "Blok Braille" ini.

Larangan meletak kenderaan di bahu jalan raya

Larangan meletak kenderaan di bahu jalan raya

Di Jepun, meletak kereta walaupun di bahu jalan adalah dilarang di hampir keseluruhan jalan raya di Jepun. Sebagai contoh, walaupun hanya untuk 30 minit, meletak kenderaan di atas jalan raya tetap menjadi kesalahan dan tindakan keras akan diambil.

Kereta perlu berhenti seketika di hadapan lintasan kereta api

Kereta perlu berhenti seketika di hadapan lintasan kereta api

Walaupun tiada palang penghalang yang diturunkan di lintasan kereta api, adalah menjadi kewajipan untuk berhenti seketika di hadapan lintasan kereta api. Selain itu, anda tidak dibenarkan untuk melintas garisan sehingga dipastikan bahawa kereta di hadapan telah selamat melintas lintasan kereta api.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari