HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Saitama Pinggir bandar Saitama Terharu dengan karpet bunga merah jambu! Berjalan-jalan di "Chichibu" sambil melihat "shibazakura" (moss phlox, sejenis bunga bersaiz kecil kira-kira 15cm yang ditanam meliputi kawasan yang luas)
Terharu dengan karpet bunga merah jambu! Berjalan-jalan di "Chichibu" sambil melihat "shibazakura" (moss phlox, sejenis bunga bersaiz kecil kira-kira 15cm yang ditanam meliputi kawasan yang luas)

Terharu dengan karpet bunga merah jambu! Berjalan-jalan di "Chichibu" sambil melihat "shibazakura" (moss phlox, sejenis bunga bersaiz kecil kira-kira 15cm yang ditanam meliputi kawasan yang luas)

Last updated: 30 Jun 2020

Shibazakura yang ditanam di Taman Hitsujiyama di Chichibu paling sesuai dilawati dari pertengahan April hingga awal Mei. Anda pasti akan berasa tenang apabila melihat bunga-bunga kecil berjumlah 400 ribu yang ditanam secara berkelompok sehingga menghasilkan hamparan bunga yang indah bagaikan lukisan! Nikmati juga pengalaman bersiar-siar di kawasan sekitar Stesen "Seibu-Chichibu".

"Chichibu-jinja" yang bersejarah

"Chichibu-jinja" yang bersejarah

Jinja (kuil Shinto) yang lama ini dibina pada 2,100 tahun yang lalu, dan ia merupakan pusat utama bagi semua jinja di kawasan Chichibu. "Chichibu Yomatsuri" yang diaturkan pada 3 hari bulan Disember setiap tahun, merupakan salah satu daripada tiga perayaan Hikiyama terbesar di Jepun dan terkenal dengan gerai-gerai yang mewah dan penundaan kasaboko. Bangunan kuil sekarang mempunyai ukiran seni yang dibuat oleh seorang peseni ukiran Nikko Tosho-gu, dan ukiran-nya yang berwarna-warni sungguh menakjubkan. Anda harus melihat "Tsunagi-no Ryu" dan "Kodakara Kosodate-no Tora".

Bilik pameran untuk mempelajari tradisi daripada "Chichibu Yomatsuri"

Bilik pameran untuk mempelajari tradisi daripada "Chichibu Yomatsuri"

Sebuah muzium yang mempamerkan maklumat tentang "Chichibu Yomatsuri" yang merupakan perayaan tahunan di Chichibu-jinjya. "Chichibu Yomatsuri" terkenal dengan perbarisan kenderaan berhias dan pesta bunga api pada musim sejuk. Gerai- gerai dan tarian yang dipersembahkan di pentas telah ditetapkan di dalam Senarai Harta Kebudayaan Ketara Negara. Musium ini mempamerkan gerai-gerai, dan juga mempunyai teater mini yang memperkenalkan "Chichibu Yomatsuri". "Kasaboko" besar yang terletak di berhampiran pintu masuk dihiaskan secara mewah dan cantik.

Kilang sake "Bukou Shuzou" yang membuat sake terkenal di Chichibuji

Kilang sake "Bukou Shuzou" yang membuat sake terkenal di Chichibuji

Air terkenal "Bukou sanpuku ryusui" merupakan air yang digunakan oleh kilang ini untuk membuat sake, dan boleh dibawa keluar jika anda membawa botol sendiri pada waktu beroperasi. Jika penempahan dibuat oleh sekumpulan yang terdiri 10 orang ke atas, anda boleh mencuba sake dan menyertai lawatan di kilangnya. Adalah berbaloi untuk melawat kilang yang ditetapkan sebagai Harta Kebudayaan Ketara Negara.

"Chichibu meisenkan" yang mempamerkan maklumat tentang tekstil

"Chichibu meisenkan" yang mempamerkan maklumat tentang tekstil

"Chichibu meisenkan" mempamerkan maklumat kisah rakyat mengenai tekstil, iaitu kain yang dibuat di Chichibu. Bangunan yang dibina pada tahun 1930 telah didaftarkan sebagai Harta Kebudayaan Ketara Negara. Anda boleh mencuba menenun kain dan mewarnakan kain, dan mengenali kehidupan pada masa lampau melalui tekstil.

Mencari cenderamata di "Nakamise dori"

※写真は2016年3月現在のイメージ
※写真は2016年3月現在のイメージ

Pusat membeli-belah yang terletak di stesen "Seibu-chichibu" yang merupakan pintu masuk Chichibu. Terdapat banyak kedai cenderamata, sake tempatan dan makanan, dan antara kedai makanan di situ juga mempunyai udon, soba dan "waraji katsu don" yang terkenal di Chichibu. Sebagai tambahan, "Nakamise dori" akan diperbaharui pada tahun 2017 sebagai kemudahan kompleks onsen. Konsepnya ialah "matsuri (pesta)", dan ia menyambut pelawat dengan bangunan bergaya Jepun. *Gambar ini diambil pada bulan Mac tahun 2016

  • Seibuchichibunakamisedoori
    西武秩父・仲見世通り
    • Address 1-16-15, Nosakamachi, Chichibu-shi, Saitama, 368-0033, Japan

Jeruk miso daging khinzir di "Nosaka”!

Jeruk miso daging khinzir di "Nosaka”!

Seperti waraji-katsu, buta-miso-don juga terkenal di Chichibu. Memanggang daging khinzir yang dijeruk di dalam sos miso, dengan mengunakan api arang. Potongan besar daging khinzir yang dipanggang dengan api arang melimpah daripada mangkuk dan memang menambahkan keseleraan. Hidangan ini sungguh enak!

  • Osyokujidokoronosaka
    お食事処・野さか
    • Address 1-13-11, Nosakamachi, Chichibu-shi, Saitama, 368-0033, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari