HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R) Nikmati keseronokan bersama sukan nasional Jepun! Pengalaman menyaksikan perlawanan gusti Sumo.
Nikmati keseronokan bersama sukan nasional Jepun! Pengalaman menyaksikan perlawanan gusti Sumo.

Nikmati keseronokan bersama sukan nasional Jepun! Pengalaman menyaksikan perlawanan gusti Sumo.

Last updated: 9 Mei 2018

Sumo adalah salah satu budaya tradisional di Jepun yang mempunyai sejarah lebih 1500 tahun dahulu. Menyaksikan perlawanan Sumo pasti akan menjadi lebih menarik sekiranya anda memahami sejarah dan peraturan Sumo terlebih dahulu!

Sejarah Sumo

Sejarah Sumo

Menurut hikayat Jepun kuno, Sumo dikatakan bermula sekitar tahun 712. Pada ketika itu, Sumo adalah satu acara tradisi dalam perayaan penuaian hasil tanaman pada saban tahun. Sumo mempunyai sejarahnya yang tersendiri, dimana dengan pertambahan usianya, peraturannya diatur dengan lebih baik, dan akhirnya dibentuk menjadi sukan yang kita kenali sekarang. Kini Sumo terkenal di seluruh dunia sebagai sukan negara Jepun.

Pengetahuan Asas Menyaksikan O-zumo (pertandingan Sumo terbesar)

O-zumo di Jepun dianjurkan sebanyak 6 kali dalam setahun dan pada bulan Januari, Mei dan September, ia diadakan di Ryogoku Kokugikan. Tempat ini dikatakan tempat yang suci bagi Sumo, dan sehingga kini, banyak perlawanan yang terkenal telah dianjurkan di sini.

Apa itu Banzuke

Apa itu Banzuke

“Banzuke” ialah senarai ranking prestasi ahli gusti Sumo. Ahli gusti Sumo yang berada pada kedudukan yang tertinggi digelar Yokozuna. Gelaran Ozeki diberikan kepada ahli gusti pada ranking kedua, seterusnya digelar Sekiwake, Komusubi dan Maegashira. Banzuke dibahagikan kepada dua senarai yang berasingan iaitu ahli gusti timur dan ahli gusti barat Jepun, dan ianya ditetapkan mengikut prestasi perlawanan masing-masing yang terkini. Sekiranya, kedua-dua ahli gusti yang berada pada berkedudukan sama, kedudukan ahli gusti timur ditetapkan lebih tinggi.

Panduan untuk menyaksikan O-zumo

Panduan untuk menyaksikan O-zumo

Sumo merupakan sukan yang diwarisi secara turun temurun, dimana ia amat menitik beratkan aspek budaya dan etika selain kalah menang dalam perlawanan. Sikap dan adab penonton perlawanan Sumo amatlah dipandang serius bagi terus memelihara kebudayaan Sumo. Maka, di sini akan diperkenalkan beberapa perkara mengenai perjalanan perlawanan Sumo serta adab-adab yang perlu dipatuhi.

Cara-cara membeli tiket

Terdapat 2 jenis tiket bagi menyaksikan O-zumo iaitu tiket yang dijual terlebih dahulu sebelum hari perlawanan dan tiket dijual pada hari O-zumo, dimana ianya dan boleh dibeli melalui panggilan telefon atau secara atas talian. Adalah dimaklumkan bahawa walaupun tiket boleh dibeli di setiap lokasi O-zumo, namun tiket bagi perlawanan hari terakhir adalah yang paling diminati ramai dimana kebiasaannya kesemua tiket ini habis dijual dalam waktu yang singkat.

Jenis tempat duduk

Tempat duduk bagi Ozumo dibahagikan kepada 3, iaitu “tamari-seki”, “masu-seki” dan “nikai-seki”.

“Tamari-seki”adalah tempat duduk yang paling hampir dengan Dohyo (gelanggang)

“Tamari-seki” ialah tempat duduk yang berkelas tinggi, dan ia dipanggil “sunakaburi-seki”. Tempat duduk ini terletak di tempat yang paling hampir dengan Dohyo. Pada asasnya, tempat duduk ini dikhaskan untuk kakitangan yang berkenaaan sahaja, namun terdapat juga beberapa bahagian yang boleh dibeli oleh penonton biasa. Tempat duduk ini membolehkan penonton menyaksikan perlawanan secara dekat, namun anda perlu berhati-hati kerana ahli gusti sumo mungkin terjatuh daripada gelanggang ketika bertarung.

“Masu-seki” disyorkan kepada penonton yang menyaksikan perlawanan untuk kali pertama

Jika dibandingkan dengan “Tamari-seki” yang merupakan tempat duduk kelas tinggi, “Masu-seki” dilihat lebih menarik kerana penonton boleh menikmati perlawanan sambil menjamu selera. “Masu-seki” berbentuk empat segi dan dikhaskan kepada setiap individu. Bentuk tempat duduk tersebut menyerupai cawan sake (minuman keras tradisional Jepun) iaitu “Masu” dan kerana itulah tempat duduk ini dipanggil “Masu-seki”. Masu-seki mempunyai 3 seksyen, dan kedudukan yang paling hampir dengan gelanggang ialah tempat duduk seksyen A, diikuti dengan tempat duduk seksyen B dan tempat duduk seksyen C. Tempat duduk A mempunyai tempat duduk untuk seorang, 2 orang dan 4 orang, manakala tempat duduk B dan C pula mempunyai tempat duduk untuk 4 orang. Tempat duduk bebas juga disediakan di tingkat 2. Penonton juga boleh memilih tempat duduk mengikut bilangan orang.

Adab-adab semasa menyaksikan perlawanan sumo

Peraturan bagi menyaksikan perlawanan sumo berbeza mengikut tempat duduk. Di “Tamari-seki”adalah dilarang sama sekali makan atau minum, membuat rakaman dan menggunakan telefon bimbit. Peraturan di “Tamari-seki” lebih ketat berbanding tempat duduk yang lain kerana kedudukannya yang paling hampir dengan ahli gusti sumo. Manakala, peraturan semasa menyaksikan perlawanan di bahagian “Masu-seki” dan tingkat 2 tidaklah begitu ketat, malah makan atau minum juga dibenarkan. Sebagai peraturan asas ketika perlawanan berlangsung, anda dilarang sama sekali untuk bergerak, juga dilarang membaling kusyen serta diingatkan supaya tidak melakukan perkara yang boleh mengganggu orang lain.

“Dohyoiri” menarik perhatian anda sebelum perlawanan bermula

Selain daripada perlawanan, kemunculan Yokozuna dan upacara ketika ahli gusti memasuki gelanggang yang dipanggil Dohyoiri juga menarik untuk ditonton. Selain itu, corak dan warna “Kesho-mawashi” iaitu lilitan di perut yang dipakai oleh setiap ahli gusti sumo ketika upacara tersebut yang berbeza juga menarik untuk disaksikan. Jangan lupa untuk bersorak dengan pekikan “Yoisho!” sambil bertepuk tangan semasa ahli gusti sumo yang memakai “Kesho-mawashi” memasuki gelanggang untuk memanaskan badan. Anda juga disyorkan untuk menyaksikan keadaan sebelum dan selepas perlawanan.

Belajar berkenaan sumo di Muzium Sumo

Belajar berkenaan sumo di Muzium Sumo

Ketika O-zumo tidak dijadualkan berlangsung, anda masih boleh melawat “Muzium Sumo” yang terletak di tingkat 1 “Ryogoku Kokugikan”. “Sumo-nishikie” iaitu ukiran blok kayu Jepun yang mengambarkan muka dan penampilan ahli gusti sumo pasti dapat menarik perhatian anda. Disamping itu, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan sumo seperti “banzuke” dan “kesho-mawashi” juga ada dipamerkan di sini.

  • Sumo Museum
    相撲博物館
    • Address 1-3-28 Yokoami, Sumida-ku, Tokyo 130-0015, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari