HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Roppongi Membeli-belah sambil makan di tengah-tengah Tokyo Shitamachi dan Azabu Juban
Membeli-belah sambil makan di tengah-tengah Tokyo Shitamachi dan Azabu Juban

Membeli-belah sambil makan di tengah-tengah Tokyo Shitamachi dan Azabu Juban

Last updated: 18 Julai 2017

Pusat membeli belah Azabu Juban merupakan sebuah bandar bersejarah sejak lebih daripada 300 tahun dahulu. Suatu masa dahulu, bandar ini pernah popular dengan bandar orang dewasa tetapi, pada masa sekarang kedai-kedai yang bergaya dan kasual kian meningkat. Di samping menikmati perjalanan di Azabu Juban, saya akan memperkenalkan makanan Shitamachi yang sesuai dijadikan sebagai cenderahati.

Kedai khusus kekacang yang berterusan dari zaman Edo

Kedai khusus kekacang yang berterusan dari zaman Edo

Kedai lama kekacang telah ditubuhkan pada tahun 1865. Pemprosesan rasa kacang telah ditradisikan sejak zaman penubuhannya lagi. Kekacang yang paling popular adalah “ kacang atoboke”. Ia adalah campuran 3 jenis rasa iaitu “aonori” (rumpai laut), kizami nori (rumpat laut yang dipotong panjang) dan udang. Di samping itu, cubalah rasai snek berperisa kacang yogurt, kacang keju, dan juga karamel macadamia. Kedai ini bukan sahaja menjual kekacang, tetapi terdapat lebih dari 100 jenis barangan seperti “okaki” (snek daripada beras), “mamekan” (sejenis kacang), ”kuzukiri” (sejenis bihun), dan sebagainya, yang pasti memberikan kenikmatan kepada pelanggan yang datang.

  • Mamegen
    豆源 麻布十番本店
    • Address 1-8-12, Azabujuban, Minato-ku, Tokyo, 106-0045, Japan

Kenikmatan sebenar ”Adzuki” (kacang merah) yang melimpah-ruah

Kenikmatan sebenar ”Adzuki” (kacang merah) yang melimpah-ruah

“Naniwaya souhon-ten” iaitu kedai yang membuat “taiyaki” (sejenis kuih Jepun berbentuk ikan) dari tahun 1909 lagi. Semasa di Tokyo, kedai tersebut diberi nama “Naniwaya” yang bermaksud Osaka, kerana pengasasnya yang berasal dari Osaka. ”Taiyaki” adalah kuih berkulit nipis berbau wangi, yang dibakar dengan garing. Di dalam kulitnya, kacang azuki (kacang merah) yang dimasak selama 8 jam disumbatkan sehingga ke bahagian ekor. Selain taiyaki, kedai ini juga boleh menikmati “yakisoba” (mi goreng), “oshiruko” (sejenis mochi yang dimakan bersama kuah kacang merah), ais kisar, dan sebagainya. Dan dikatakan juga pada tahun 1975, lagu yang menjadi hit iaitu “Oyoge! Taiyaki kun” turut menjadi model kedai ini.

  • Naniwaya
    浪花家総本店
    • Address 1-8-14, Azabujuban, Minato-ku, Tokyo, 106-0045, Japan

"Agemochi” popular yang ranggup dan garing

"Agemochi” popular yang ranggup dan garing

Di dalam kedai terdapat susunan indah bungkusan yang berwarna-warni. Di dalam bungkusan tersebut, dimasukkan “agemochi” (snek beras bakar) pelbagai perisa. Jika anda keliru dengan lebih dari 40 jenis”agemochi” di hadapan anda, cubalah anda merasainya terlebih dahulu. Selain "agemochi" utama seperti “Azabu agemochi Shoyu”, dan “Azabu agemochi garam” anda juga disyorkan untuk merasai "agemochi" seperti, “kimpira gobou agemochi”, dan “truffle salt agemochi".

  • Agemochiya
    麻布十番 あげもち屋
    • Address B, 1-7-9, Azabujuban, Minato-ku, Tokyo, 106-0045, Japan

Wafel gebu yang penuh dengan kenikmatan

Wafel gebu yang penuh dengan kenikmatan

“Kibundo” adalah kedai “wagashi” (kuih tradisi Jepun) sejak dari tahun 1890 lagi. Antara yang menjadi popular adalah seperti kuih bakar berbentuk Seven Lucky God, wafel, dan juga Kibundo “sembei” (biskut beras) dan sebagainya. Antara kuih utama adalah wafel yang dohnya yang sangat gebu dibakar dan disumbatkan dengan krim kastard sehingga penuh. Bukan sahaja dibelikan sebagai buah tangan, tetapi ramai yang membelinya seorang satu untuk dimakan sambil berjalan. Perkara yang tidak boleh dinafikan bagi kedai Kibundo ini adalah, ia menggunakan bahan-bahan organik, dan dibakar sendiri. Proses pembuatannya juga dikekalkan sejak penubuhannya sehinggalah sekarang.

  • Kibundou
    紀文堂
    • Address 2-4-9, Azabujuban, Minato-ku, Tokyo, 106-0045, Japan

Rasai keenakan sebenar “Korokke” (makanan yang diperbuat dari daging cincang, ubi kentang dan sebagainya dan digoreng dalam minyak yang banyak)

Rasai keenakan sebenar “Korokke” (makanan yang diperbuat dari daging cincang, ubi kentang dan sebagainya dan digoreng dalam minyak yang banyak)

Hidangan yang boleh dinikmati di “Rakuman korokke-ten” ialah “korokke” mewah dari semua segi iaitu bahan-bahan, cara masakan, rasa dan sebagainya. Ubi kentang yang digunakan adalah “kitaakari” iaitu keluaran Hokkaido Niseko, dan tidak menggunakan bahan pengawet seperti perasa kimia, dan bahan tambahan makanan sama sekali, dan kemudiannya disediakan dengan digoreng. Minyak yang digunakan pula bermutu tinggi, dan selepas itu ditukar, membolehkan anda menikmati “korokke” yang garing di luar, dan ranggup di dalamnya. Hidangan yang paling popular adalah “Korokke mewah dipenuhi “wagyu” (daging lembu keluaran Jepun).” Semasa makan, sos tidak digunakan, sebaliknyai kuah “ rausa garam konbu” buatan sendiri yang direneh selama 9 jam dimakan bersama-sama.

  • Rakuman
    楽万コロッケ店
    • Address 1-5-26, Azabujuban, Minato-ku, Tokyo, 106-0045, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari