HOME Hokkaido Otaru
Otaru
Otaru

Otaru

Bandar pelabuhan Otaru merupakan bandar yang dibangunkan sebagai pusat ekonomi Hokkaido. Otaru mudah diakses dari bandar Sapporo, dan kawasan tarikannya adalah berdekatan, maka ianya sangat popular sebagai tempat lawatan untuk sehari. Bersiar-siar di sekeliling Terusan Otaru dimana terletaknya kumpulan gudang lama sambil membeli-belah cenderamata yang diperbuat daripada kaca, dan kotak muzik serta manisan di Sakaicho Street juga mengujakan. Apabila tiba di kawasan pelabuhan, jangan lupa untuk menikmati makanan laut dan sushi yang segar dan lazat.