Jika anda ingin berseronok dengan sedikit masa yang ada, marilah pergi mencari barangan karakter! Cenderamata berupa barangan edisi terhad yang hanya boleh didapati di Odaiba sahaja ataupun budaya popular di Jepun seperti barangan anime pasti menggembirakan si penerima.
Mencari permainan dari seluruh dunia di "Toys R Us"
Kedai permainan yang meluas di seluruh dunia iaitu Toys R Us juga boleh didapati di Odaiba. Terdapat pelbagai permainan di dalam kedai ini yang pastinya menggembirakan kanak-kanak dan orang dewasa seperti kereta mini, anak patung dan permainan berpapan. Barangan watak lain yang dikenali di seluruh dunia dan watak anime di Jepun juga banyak dijual di sini.
-
Toys“R”Us/Babies“R”Us Odaibaトイザらス ベビーザらスお台場店
- Address 1-7-1, Daiba, Minato-ku, Tokyo, 135-8707, Japan
Membeli barangan cosplay di "Animega"
Terdapat deretan kedai yang menjual komik popular dan barangan karakter yang terkenal di Jepun serta kedai DVD dan figura. Sudah pasti pakaian beragam untuk peminat cosplay dijual di sini termasuklah kasut serta pelbagai barangan lain. Selain itu, terdapat juga kedai yang menjual kira-kira 100 jenis rambut palsu dari rambut pendek sehinggalah ke rambut panjang dan juga dibenarkan mencuba. Di samping itu, terdapat juga barangan penjagaan rambut palsu yang susah didapati seperti sikat dan penyembur air.
-
Animega Venus Fort Shopanimega ヴィーナスフォート店
- Address 1-3-15, Aomi, Koto-ku, Tokyo, 135-0064, Japan
Membeli barangan kereta api di "Ekitetsu POP SHOP"
Kedai ini menjual pelbagai barangan yang berkaitan dengan kereta api dan watak kartun terkenal yang telah berkolaborasi dengan kereta api seperti sapu tangan dan kuih-muih. Antara barangan yang terkenal di sini adalah sarung kaki kanak-kanak yang bermotifkan kereta api dari segenap Jepun dikenali sebagai "tetsushita" yang berharga 432 JPY.
-
Ekitetsu Pop Shop駅鉄POP SHOP
- Address 1-1-10, Aomi, Koto-ku, Tokyo, 135-0064, Japan
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Masa lapang semasa melancong! Mencari cenderamata di "Akihabara"
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo