HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Odaiba Menyelami Odaiba yang penuh dengan hiburan!
Menyelami Odaiba yang penuh dengan hiburan!

Menyelami Odaiba yang penuh dengan hiburan!

Last updated: 2 Jun 2020

Odaiba merupakan tempat berkumpulnya pusat beli-belah yang besar, pusat hiburan dan muzium. Pastinya kunjungan bersama keluarga atau kekasih ke sini seharian tidak akan pernah bosan kerana ia mempunyai banyak tempat pilihan untuk berhibur. Oleh kerana jarak antara bangunan Fuji Television dan Daikanransha (ferris wheel) adalah 15 minit dengan berjalan kaki, setiap tempat menarik di sini boleh dijejaki dengan berjalan kaki sahaja. Namun begitu, disyorkan untuk menaiki monorel semasa mengelilingi Odaiba supaya lebih efisyen.

Berkunjung ke "Ooedo Onsen Monogatari"

Berkunjung ke "Ooedo Onsen Monogatari"

Ia merupakan sebuah onsen (kolam air panas) berbumbung yang berkonsepkan bandar kecil di Edo. Para pengunjung boleh berhibur di sini dengan pakej onsen balik hari atau menginap dengan memakai baju yukata (baju tradisional Jepun) yang boleh dipinjam secara percuma. Keunikan onsen ini adalah punca air panasnya yang berada 1400m di bawah tanah dan mengandungi 13 jenis sumber alam semulajadi. Selain itu, terdapat juga kelibat lelaki mahupun wanita yang berpakaian yukata merendam kaki di dalam kolam yang terbesar dan terpanjang di Tokyo ini. Anda juga boleh mencuba permainan berbayar seperti membaling shuriken (senjata tradisional berbentuk bintang) yang dibuka setiap hari.

Panorama yang dilihat dari dek pemerhatian berbentuk sfera "Fuji Television"

Panorama yang dilihat dari dek pemerhatian berbentuk sfera "Fuji Television"

Bangunan Fuji Television juga dikatakan sebagai salah satu simbol Odaiba. Bola berbentuk sfera yang berwarna perak dan berdiameter 32m merupakan sebuah dek pemerhatian yang membolehkan anda melihat pemandangan seluas 270 darjah dari dalamnya. Oleh kerana ia terletak di tingkat 25, banyak tempat menarik di Tokyo boleh dilihat dari sini seperti Tokyo Tower dan Roppongi Hills pada hari cuaca baik.

Langit yang mesti dilihat! "Venus Fort"

Langit yang mesti dilihat! "Venus Fort"

Ia merupakan pusat membeli-belah berbumbung yang terletak di "Palette Town" dan mempunyai deretan kedai menyerupai bandar di Eropah pada zaman pertengahan. Oleh kerana ia mempunyai pelbagai kedai beli-belah dan juga kedai makan yang berbumbung, para pengunjung tidak perlu risau akan cuaca atau masa semasa membeli-belah. Bahagian langitnya yang sentiasa berubah setiap sejam adalah perkara yang mesti dilihat di sini. Bumbung langit di sini memancarkan pelbagai jenis langit yang cantik seperti langit biru pada waktu tengah hari, langit kemerahan pada waktu senja, langit pada waktu malam dan langit di waktu dinihari.

  • VenusFort
    VenusFort
    ヴィーナスフォート
    • Address 1-3-15 Aomi, Koto Ward, Tokyo, 135-0064
    • Nearest Station Aomi Station (Yurikamome)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3599-0700

Menikmati sendiri pemandangan Tokyo di "Daikanransha (ferris wheel)"

Menikmati sendiri pemandangan Tokyo di "Daikanransha (ferris wheel)"

Daikanransha yang terletak di Palette Town merupakan yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian sehingga 115m dan memakan masa selama 16 minit bagi satu pusingan. Ia merupakan lokasi yang strategik untuk melihat Tokyo Tower, TOKYO SKYTREE(R) dan Rainbow Bridge pada hari cuaca baik. Pada waktu malam pula, para pengunjung boleh menikmati sinaran cahaya lampu yang dipasang pada binaannya. Langit malam di sini dihiasi dengan suasana romantik dari lampu-lampu ini yang berubah mengikut musim seperti warna sakura pada musim bunga dan warna salji pada musim sejuk.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari