HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Odaiba 9 perkara yang mesti dilakukan semasa di Odaiba
9 perkara yang mesti dilakukan semasa di Odaiba

9 perkara yang mesti dilakukan semasa di Odaiba

Last updated: 24 Disember 2020

Memperkenalkan 10 tempat menarik yang harus dikunjungi semasa berada di Odaiba. Marilah meluangkan masa seharian di tempat menarik di Odaiba seperti di stesen televisyen yang merupakan simbol di sini, tempat terletaknya watak kartun dan kapal persiaran.

Menikmati panorama Tokyo Bay di "bilik pemerhatian berbentuk sfera"

Menikmati panorama Tokyo Bay di "bilik pemerhatian berbentuk sfera"

Fuji Television yang merupakan salah satu stesen penyiaran yang terkenal di Jepun mempunyai ibu pejabat di Odaiba yang merupakan lambang kewujudannya. Sebahagian kawasan di dalam bangunan dibuka kepada orang awam dan dikenakan bayaran masuk. Ia juga merupakan pusat tumpuan para pelancong di Odaiba. Bilik pemerhatian berbentuk sfera yang dikenali sebagai "Hachitama" terletak di tingkat 25 dengan menaiki lif setelah membeli tiket masuk di tingkat 1. Pemandangan keseluruhan Odaiba boleh dilihat dari bilik ini dan semasa cuaca baik pula, para pengunjung berpeluang melihat pemandangan bandar seperti Gunung Fuji dan Tokyo Tower.

Menaiki "Ferris Wheel Palette Town"

Menaiki "Ferris Wheel Palette Town"

Ia merupakan roda berputar gergasi yang terbesar di Jepun dengan ketinggian sehingga mencecah 115m. Ketika cuaca baik, pemandangan bandar Tokyo seperti Tokyo Tower boleh dilihat dari sini. Disyorkan untuk menaiki 4 buah gondola yang lutsinar daripada 64 buah gondola yang terdapat di roda berputar gergasi ini. Pada waktu malam pula, ia akan dihiasi dengan cahaya lampu yang berbeza mengikut tema pada musim tertentu yang semestinya menarik perhatian dengan pemandangan malam yang indah.

Mengunjungi onsen (kolam air panas) di "Ooedo Onsen Monogatari"

Mengunjungi onsen (kolam air panas) di "Ooedo Onsen Monogatari"

Ia merupakan sebuah taman tema air panas berbumbung dengan suasana bandar pada zaman Edo. Yukata (baju tradisional jepun) boleh dipinjam secara percuma dan terdapat dalam pelbagai jenis untuk lelaki dan perempuan. Marilah nikmati onsen (kolam air panas) sama ada untuk kunjungan sehari atau pun menginap di situ. Keunikan onsen (kolam air panas) ini adalah punca air panasnya sedalam 1400m dan mempunyai 13 jenis bahan semulajadi. Selain itu, suasana lelaki dan perempuan merendam kaki dalam air panas dengan berpakaian yukata juga boleh dilihat di sini. Di samping itu, terdapat juga batu-batu kerikil sepanjang 50m yang terdapat di dalam taman Jepun seluas 700 meter persegi untuk menghilangkan keletihan dan melancarkan semula perjalanan darah dalam badan.

Merasai kemajuan sains di "MIRAIKAN (National Museum of Emerging Science and Innovation)"

Merasai kemajuan sains di "MIRAIKAN (National Museum of Emerging Science and Innovation)"

Pengarah muzium ini adalah angkasawan negara Jepun iaitu Mamoru Mohri. Muzium ini mempunyai pelbagai pameran dan acara yang membolehkan para pengunjung mempelajari teknologi terkini dari sudut sains. Pameran tetap telah diperbaharui pada bulan April lepas. Terdapat banyak tempat pameran yang membenarkan para pengunjung menyentuh sendiri bahan pameran seperti robot terapi "Paro" yang terdapat di "Mirai wo tsukuru" di tingkat 2. Selain itu, para pengunjung dari pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak sehinggalah dewasa, dapat mempelajari mengenai bumi sehinggalah ke angkasa lepas dan juga boleh mendapat gambaran tentang masyarakat pada zaman akan datang. Marilah merasai sains dan teknologi yang menjadi kebanggaan di Jepun seperti teknologi robot!

Membeli-belah di "Venus Fort"

Membeli-belah di "Venus Fort"

Ia merupakan sebuah pusat membeli-belah berbumbung yang menyerupai bandar lama pada zaman pertengahan di Eropah. Jadi, anda boleh membeli-belah tanpa bimbing tentang cuaca semasa. Patung dewi yang mempunyai pancuran air di kawasan gereja merupakan tempat mengambil gambar yang terkenal di sini. Program Sky Feature yang merupakan sebuah penggambaran produksi jugak wajib ditonton di sini. Ia merupakan sebuah karya selama satu jam yang memaparkan keindahan langit biru sehingga ke langit senja, langit yang dipenuhi bintang dan perubahan panorama langit yang dipancarkan di bumbung bangunan.

Menikmati makan tengah hari di "TARLUM BIANCO"

Menikmati makan tengah hari di "TARLUM BIANCO"

"TARLUM BIANCO" terletak di persisiran pantai berpasir putih di Odaiba Seaside Park. Keunikan kedai ini adalah rekabentuk dalaman yang mengingatkan para pengunjung seperti di Sicily, Itali. Setiap hari, para chef di sini sendiri yang akan pergi membeli bahan-bahan mentah di Tsukiji Market dan mereka terkenal dengan masakan yang menggunakan bahan-bahan segar. Nikmatilah panorama persisiran Tokyo sambil menjamu selera masakan utama daripada daging atau ikan, sup, salad dan minuman sebagai menu makan tengah hari.

  • TARLUM BIANCO
    TARLUM BIANCO
    • Address 1-4-1, Daiba, Minato-ku, Tokyo, 135-0091, Japan

Merasai pengalaman di "MEGA WEB"

Merasai pengalaman di "MEGA WEB"

Ia terletak di Palette Town yang merupakan pusat pameran pengeluar jenama kereta terkemuka di Jepun iaitu "Toyota". Taman tema kereta dengan slogan "lihat, naik, alami" ini boleh dinikmati oleh semua peringkat dari golongan kanak-kanak sehinggalah ke dewasa. Para pengunjung juga boleh mempelajari sistem syarikat Toyota ini seperti keselamatan dan alam sekitar. Bayaran masuk adalah percuma.

Menikmati pemandangan Odaiba dengan menaiki "Sea Bus"

Menikmati pemandangan Odaiba dengan menaiki "Sea Bus"

Jika anda ingin melihat pemandangan Odaiba dari atas laut, disyorkan untuk menaiki bas di atas laut yang bermula dari Odaiba Seaside Park dan Palette Town. Bas laut yang bermula dari "Odaiba Seaside Park" ke "Hinode Sanbashi" yang terletak di Hamamatsu-cho mengambil masa selama 20 minit dengan bayaran sebanyak 480 JPY sehala. Ia bukan sahaja merupakan salah satu pilihan pengangkutan ke tempat menarik di Odaiba, tetapi juga ia merupakan peluang keemasan bagi para pengunjung untuk melihat bandar-bandar di Odaiba dan pusat bandar Tokyo dari atas laut.

  • Tokyo Kankoukisen
    東京都観光汽船(株)
    • Address 1-4-1, Daiba,Minato-ku, Tokyo, 135-0064, Japan

Mengambil gambar lampu-lampu bercahaya di "Yume no Oohashi (Dream Bridge)"

Mengambil gambar lampu-lampu bercahaya di "Yume no Oohashi (Dream Bridge)"

Ia merupakan sebuah jambatan pejalan kaki yang cantik dengan lebar maksimum lebih kurang 60m yang menghubungkan Aomi dan Ariake. Seperti namanya sendiri, jambatan yang diterangi dengan cahaya berkelipan ini seringkali disiarkan di kaca televisyen dan filem serta terkenal sebagai salah satu tempat mengambil gambar yang menarik. Gambar Ferris Wheel Palette Town juga boleh diambil dari atas jambatan ini dengan menghala ke arah pusat bandar. Pemandangan di waktu siang yang amat cantik ditambah pula dengan panorama matahari terbenam di waktu senja dan cahaya berkelipan sudah pasti merupakan sesuatu yang amat hebat. Sumber gambar: (C) Tokyo Port Terminal Co., Ltd.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari