Noboribetsu / Tasik Toya

Noboribetsu / Tasik Toya

HOME Hokkaido Noboribetsu / Tasik Toya

Noboribetsu / Tasik Toya:Gambaran keseluruhan dan Sejarah

Noboribetsu / Tasik Toya:Gambaran keseluruhan dan Sejarah

Noboribetsu · Toyako merupakan tempat yang popular dengan tempat peranginan kolam air panas yang paling hampir dengan Sapporo. Perjalanan ke kedua-dua tempat ini dari Sapporo, mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit hingga 2 jam dengan kereta, dan kemudahan bas ekspres dari Sapporo juga ada disediakan. Noboribetsu Onsen terkenal sebagai bandar kolam air panas di mana terdapat banyak mata air panas di sini, dan tempat-tempat menarik yang unik berasaskan mata air panas seperti "Jigokudani" dan "Ounonuma" juga amat terkenal. Di Tasik Toya, yang juga didaftarkan di World Geopark, anda boleh mengamati keindahan Gunung Yotei dan Gunung Usu sambil menikmati Lake Cruise, dan juga boleh menikmatinya dari Lake Toya Observation Deck. Toyako Onsen terletak berhampiran tasik, dimana anda juga boleh menikmati mandian kolam air panas di sini, dan terdapat banyak kemudahan penginapan dengan kolam air panas disediakan untuk pelanggan yang ingin pulang pada hari yang sama.