HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Chiba Narita Masa terluang antara ketibaan dan pelepasan kapal terbang! Membeli-belah di kawasan Lapangan Terbang Narita.
Masa terluang antara ketibaan dan pelepasan kapal terbang! Membeli-belah di kawasan Lapangan Terbang Narita.

Masa terluang antara ketibaan dan pelepasan kapal terbang! Membeli-belah di kawasan Lapangan Terbang Narita.

Date published: 15 Ogos 2019

Memperkenalkan 2 pusat membeli belah yang boleh dikunjungi dengan menaiki bas limosin
dari Lapangan Terbang Narita. Tanpa membazirkan masa yang terluang, marilah keluar mencari barangan yang diingini.

"Shisui Premium Outlet"

"Shisui Premium Outlet"

Pusat “Outlet” yang menggabungkan "American Art Deco" yang menjadi lambang pada tahun 1930. Jalan besar yang diletakkan payung-payung, dan dipenuhi dengan perasaan yang luas terbuka.
Mempunyai deretan kedai sebanyak 183 (sehingga Januari 2016) kesemuanya, dan menyenangkan anda untuk membeli-belah kerana setiap kawasan telah dikategorikan seperti fesyen, pinggan mangkuk, medan selera, barangan dapur dan sebagainya. Barangan pelancongan yang bermula dengan “Flight One” iaitu barangan pelancongan yang dijual di “Outlet” pada pertama kali di dunia, telah membangunkan kedai pertama yang menjadi popular di Jepun seperti “Hanes” dan juga “Chums”. Anda hanya dapat membelinya di sini sahaja.

Dipenuhi dengan makanan dan juga manisan

Dipenuhi dengan makanan dan juga manisan

Di dalam medan selera “outlet” terdapat 800 tempat duduk kesemuanya. Bumbungnya tinggi dan di dalamnya mempunyai kawasan yang luas dipenuhi dengan pelbagai genre makanan yang terdiri daripada makanan Jepun dan Barat. Anda juga boleh menikmati makanan dan manisan yang popular diluar medan selera, seperti masakan Jepun yang menggunakan bahan-bahan keluaran Chiba-ken iaitu “dashi sho hannari” (hidangan lengkap Jepun bersama sup), dan juga pankek sos kacang macadamia di kafe Hawaian “Hanao Café”. Selain itu, di “Narita Yume Bokujyo” (Ladang impian Narita) terdapat aiskrim yang diperbuat daripada susu segar terus dari ladang, dan juga bertih jagung di “Garrett Popcorn Shop” kedai kedua di Jepun, yang mana boleh menjadikan pelanggan beratur untuk menikmatinya pada hari minggu.

Perkhidmatan yang terbaik bagi pelancong asing

Perkhidmatan yang terbaik bagi pelancong asing

"Shisui Premium Outlet" yang berdekatan dengan lapangan terbang telah dilakukan pelbagai usaha bagi menarik pelancong asing. Di kaunter pertanyaan disediakan juga kakitangan yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan juga Cina. Di dalam “floor guide” (panduan tingkat) pula boleh didapati dalam empat bahasa termasuk bahasa Korea dan Thai, dan turut disediakan perkhidmatan seperti pembayaran kad UnionPay, kaunter bebas cukai, mesin pertukaran wang asing, perkhidmatan awam LAN tanpa wayar percuma, dan juga bilik solat. Selain itu, disediakan juga maklumat jadual penerbangan pelepasan dan ketibaan.

Bas Ekspres dari Lapangan Terbang Narita yang sangat memudahkan

Bas Ekspres dari Lapangan Terbang Narita yang sangat memudahkan

Sangat menyenangkan kerana terdapat kemudahan bas ekspres ke “Shisui Premium Outlet”. Dalam sehari terdapat 18 kali perkhidmatan pergi dan balik yang disediakan dari Bangunan Terminal 1 (tempat naik No. 30) dan Bangunan Terminal 2 (tempat naik No.13 dan No. 3). Masa perjalanan adalah antara 15 minit hingga 20 minit. Jika menaiki kereta api, dari stesen “Keisei Narita Kukou” ke stesen “Keisei Shisui” mengambil masa lebih kurang 20 minit, selepas itu, turun, dan naiki pula bas kira-kira 18 minit.

Terdapat apa-apa sahaja di “Aeon Mall Narita”

Terdapat apa-apa sahaja di “Aeon Mall Narita”

Di sini juga terdapat pusat membeli belah besar yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Narita. Terdapat 174 buah kedai meliputi barangan bermula dengan pasar, fesyen, barangan keperluan harian, pelbagai jenis kedai minuman dan makanan, pakaian sehinggalah kepada hiburan. Dianggapkan “tidak ada barangan yang tiada jika datang ke sini”. Di dalamnya juga terdapat beberapa tempat yang disediakan untuk acara-acara khas seperti pesta makanan yang lazat-lazat dari seluruh Jepun, dan juga diadakan konsert muzik. Medan selera yang terdiri daripada 12 kedai, di mana anda dapat menikmati hidangan masakan Jepun dan Barat, dan pelbagai manisan seperti aiskrim, donut, dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga bilik bayi dan juga tempat permainan kanak-kanak yang disediakan.

Perkhidmatan yang disediakan kepada pelancong asing

Perkhidmatan yang disediakan kepada pelancong asing

Ramai pelancong asing dan juga penumpang yang melawat kerana kemudahan yang disediakan dari Lapangan Terbang Narita. Di dalamnya terdapat 2 tempat Kaunter Pertanyaan yang bermula dengan bahasa Inggeris dan Thai, manakala “Floor Guide” (Panduan Tingkat) pula disediakan dengan pelbagai bahasa. Wi-Fi percuma dapat diakses di dalam bangunan, dan juga disediakan mesin pertukaran wang asing. Oleh kerana terdapat ramai warga asing yang singgah, disediakan juga kotak untuk membungkus di tingkat 1 bahagian jualan makanan. Tambahan pula, borang pengecualian cukai yang sebelum ini perlu diisi dengan tangan kini boleh dilancarkan urusan dengan sistem elektronik.

Beli cenderahati dalam kuantiti yang banyak di bahagian pasar makanan

Beli cenderahati dalam kuantiti yang banyak di bahagian pasar makanan

Snek berkotak seperti “Kit Kat” dan “Pokki” yang pastinya menggembirakan untuk dijadikan sebagai buah tangan. Di tingkat 1 Aeon bahagian pasar jualan bahan makanan tersusun pelbagai snek yang lazat. Selain dari snek, terdapat juga pelbagai jenis barangan yang menggembirakan sebagai cenderahati seperti teh Jepun, arak Jepun, alatan tulis, produk kosmetik dan sebagainya.

Bas ulang alik dari lapangan terbang yang menyenangkan

Bas ulang alik dari lapangan terbang yang menyenangkan

Terdapat 7 buah bas ulang alik beroperasi dari Terminal 1 No. 30 ke Terminal 2 No. 3. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Jika menaiki kereta api, dengan mengggunakan “Keisei Electric Railway” pergi ke laluan dari stesen “Narita Kukou” ke stesen “Narita”, seterusnya “Stesen Narita” dari perhentian bas No. 6 dan akan tiba bas laluan terus setiap 15 minit sekali.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari