HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Gunung Fuji Gunung Fuji Pengetahuan Asas Mengenai Gunung Fuji
Pengetahuan Asas Mengenai Gunung Fuji

Pengetahuan Asas Mengenai Gunung Fuji

Last updated: 25 Jun 2020

Terletak kira-kira 100km dari Tokyo, ia terkenal sebagai salah satu daripada "Tiga Gunung Suci". Pada tahun 2013 ia telah didaftar sebagai Warisan Kebudayaan Dunia UNESCO. Beribu-ribu orang dari seluruh dunia datang untuk mendaki gunung setiap tahun, sejak perasmian laluan mendaki.

Menggapai Puncak Gunung Fuji

Menggapai Puncak Gunung Fuji

Gunung Fuji mempunyai 4 laluan berbeza untuk mendaki. Anda disyorkan untuk mengambil bas dari Tokyo dan terus menuju ke stesen-5. Jika anda merancang untuk menaiki kereta api ke sana, anda perlu mengambil bas atau teksi dari stesen kereta api ke gunung dimana mana ianya agak sukar. Apa pun pilihan anda untuk ke Gunung Fuji, perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam dari Tokyo.

Untuk sampai ke puncak Gunung Fuji terdapat empat laluan mendaki. Bergantung kepada kelajuan anda dan laluan yang anda pilih untuk memulakan pendakian, kebiasaannya mengambil masa antara 4 ~ 8 jam untuk mendaki dan kira-kira 2 ~ 4 jam untuk turun.

Laluan Yoshidaguchi/Kawaguchikoguchi

Laluan Yoshidaguchi/Kawaguchikoguchi

Laluan yang paling popular dan paling mudah adalah laluan Yoshidaguchi/Kawaguchikoguchi. Stesen ke-5 terletak di 2,305m dari paras laut. Di stesen, anda boleh menemui pelbagai kedai-kedai menjual barangan untuk pendakian anda atau cenderamata. Para pendaki perlu memulakan pendakian pada lewat petang untuk melihat kecantikan matahari terbit.

Laluan dari stesen ke-5 ke stesen-6 adalah kenaikan selama 30 minit yang agak mudah dan baik bagi memanaskan badan untuk memudahkan pendakian seterusnya. Dari stesen ke-6 dan seterusnya, pendakian sebenar bermula. Laluan yang bercampur antara pasir yang lembut dan batu kecil, cerun yang curam, jalan yang berliku dan masa untuk sampai ke tempat rehat berikutnya adalah kira-kira 60-80 minit.

Dari stesen ke-7, anda akan mendaki tanah merah dan berliku. Jika anda dapat melihat pancaran cahaya matahari yang terang di dalam awan, itu menandakan stesen-8 telah hampir. Secara lazimnya, anda boleh sampai ke puncak kira-kira 4 ~ 7 jam pendakian.

Laluan Subashiriguchi

Laluan Subashiriguchi

Tidak sesak seperti laluan Yoshidaguchi/Kawaguchikoguchi, laluan Subashiriguchi menawarkan pendakian yang lebih tenang dan penuh kehijauan. Jika anda membuat keputusan untuk mendaki pada lewat malam, mendaki di tengah hutan akan memerlukan anda memasang lampu di kepala. Di stesen-5, anda boleh menemui beberapa kedai kecil dan pondok. Terdapat sedikit pondok dalam perjalanan ketika mendaki, berbanding laluan lain, maka laluan ini amat sesuai untuk mereka di luar sana yang menginginkan pengalaman pendakian yang sebenar.

Dari stesen-8, laluan Subashiriguchi akan bertembung dengan laluan Yoshidaguchi/Kawaguchikoguchi untuk sampai ke puncak. Dijangkakan akan berlaku kesesakan hingga ke puncak pada peringkat ini.

Laluan Gotembaguchi

Laluan Gotembaguchi

Laluan ini sangat sesuai bagi mereka yang berpengalaman disamping boleh menikmati keindahan pemandangan sepanjang pendakian. Berlepas dari stesen-5 pada 1,440 meter dan pendakian mengambil masa purata 8 jam melalui cerun curam. Tiada pondok atau tandas sehingga stesen-7.

Kelebihannya adalah ia mempunyai bilangan pendaki yang paling kecil di antara empat laluan tersebut dan anda boleh melihat matahari terbit dari mana-mana sahaja laluan. Kepada mereka yang mahu cuba laluan ini, anda dinasihatkan untuk bertolak awal dan membawa bekalan makanan dan air yang mencukupi.

Laluan Fuji-Nomiyaguchi

Laluan Fuji-Nomiyaguchi

Laluan yang mudah diakses oleh pendaki dari kawasan Kansai, Jepun. Stesen-5 terletak 2,380 meter dari paras laut. Laluan ini adalah laluan yang paling singkat. Bagaimanapun cerun di laluan ini yang sangat curam dan kawasannya pula berbatu, jadi anda dinasihatkan untuk berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

Cuaca Di Gunung Fuji

Cuaca Di Gunung Fuji

Cuaca di Gunung Fuji tidak dapat diramal dan boleh berubah dari cahaya matahari yang cerah kepada hujan lebat dengan sekelip mata. Malah semasa pertengahan musim panas, suhu di bahagian atas gunung ini adalah diantara 5 ° C ke 8 ° C. Adalah dinasihatkan supaya mengambil tahu ramalan cuaca sebelum memulakan pendakian. Selain itu, bekalan air dan makanan yang cukup, juga peralatan pendakian perlu disediakan sebelum memulakan pendakian anda.

Membawa Keperluan Mendaki

Membawa Keperluan Mendaki

Tidak kiralah pukul berapa anda memulakan pendakian, anda dinasihatkan supaya membawa bersama lampu suluh kerana kesemua laluan pendakian adalah agak gelap. Membawa bersama kayu untuk mendaki juga satu idea yang baik. Anda perlu bersedia secara mental dan fizikal memandangkan kita kebiasaanya bersemangat pada awal pendakian kemudiannya semakin pudar kerana keletihan.. Jangan lupa juga untuk membawa kasut yang khas untuk mendaki, beg galas yang sesuai untuk mendaki, kot hujan dan pakaian sejuk.

Mendaki Di Luar Musim

Mendaki Di Luar Musim

Secara rasminya musim mendaki adalah apabila pondok di Gunung Fuji dan bas beroperasi. Tidak digalakkan untuk mendaki Gunung Fuji ketika luar musim. Pada asasnya amatlah bahaya sekiranya mendaki ketika di luar musim.

Gunung Fuji mengalami tiupan angin yang dahsyat, terutama di musim sejuk. Musim bunga adalah masa salji mula mencair, dimana ketika ini biasanya berlaku runtuhan salji. Jika anda masih ingin mendaki, anda perlu mendapatkan kebenaran dengan mengemukakan borang kepada jabatan polis tempatan.

Buat Persediaan Lebih Awal Untuk Pendakian Yang Selamat

Buat Persediaan Lebih Awal Untuk Pendakian Yang Selamat

Jika ingin mendaki bersama kanak-kanak, kami mencadangkan anda mengupah pengasuh. Pendakian Gunung Fuji boleh memberikan pengalaman yang menarik untuk mereka, tetapi harus diingatkan bahawa kanak-kanak kecil biasanya akan cepat berasa letih walaupun dalam pendakian biasa.

Jika anda mengambil tahu segala perkara yang kami sampaikan di atas, kami pasti anda tidak dapat melupakan pengalaman mendaki Gunung Fuji!

Akses: Menaiki bas Fujikyuko menuju ke arah stesen Fujisan Gogome, sama ada dari Kawaguchiko (Fujikyuko Line) atau stesen Fujisan (Fujikyuko Line). Laluan ini mengambil masa 1 jam. Akses Stesen Kawaguchiko dari Tokyo: Fujikyuko Line dari Stesen Otsuki (JR Chuo Line) ke Stesen Kawaguchiko. Laluan ini mengambil masa kira-kira 40 minit.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari