HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Kagurazaka Mari mengenali tarikan Jepun dengan mengelilingi "Kagurazaka" selama 3 jam!
Mari mengenali tarikan Jepun dengan mengelilingi "Kagurazaka" selama 3 jam!

Mari mengenali tarikan Jepun dengan mengelilingi "Kagurazaka" selama 3 jam!

Last updated: 15 Julai 2020

"Kagurazaka" terletak di sebuah cerun yang menghubungkan antara Stesen Tokyo Metro Tozai Line "Kagurazaka" dan Stesen JR "Iidabashi". Ia merupakan sebuah bandar hiburan yang pernah menjadi pusat tumpuan para geisha (pelayan wanita Jepun) dan meninggalkan pelbagai suasana dari zaman tersebut termasuklah lorong-lorong kecil yang juga boleh didapati dengan banyak pada masa kini.

Bersiar-siar di lorong-lorong

Bersiar-siar di lorong-lorong

Kagurazaka dikelilingi oleh bukit dan ia merupakan bandar yang mempunyai banyak cerun, seperti namanya juga. Walaupun ia berbukit-bukau, namun suasananya adalah amat berbeza. Ia mempunyai banyak deretan kedai makanan dan minuman di sepanjang lorong yang dikenali sebagai "Honda Yokochou". Setiap kedai tersebut mempunyai ciri-ciri tersendiri yang membuatkan anda terasa seperti ingin singgah di semua kedai dari hujung jalan satu per satu. Di "Geisha Shindou" pula, anda akan berasa seperti berada di satu dunia yang lain dengan lorongnya yang sempit. Kagurazaka pada masa dahulu merupakan tempat kebanyakan geisha datang dan pergi. Ia mempunyai suasana yang sama seperti di Gion, Kyoto walaupun terletak di Tokyo. Di kiri dan kanan jalan belakang yang sempit ini, terdapat banyak restoran Jepun dan mempunyai kualiti yang bersesuaian sebagai tempat hiburan dewasa. Cubalah meneroka kawasan ini sambil membawa kamera.

"Kuil Akagi" yang diselubungi dengan suasana penghayatan

"Kuil Akagi" yang diselubungi dengan suasana penghayatan

Kuil ini dikatakan memakbulkan doa tentang ikatan perkahwinan dan kelulusan peperiksaan. Pada tahun 2010 (Heisei 22), kuil ini menjalani pembinaan semula menjadi sebuah kuil yang lebih moden oleh seorang arkitek Jepun yang terkenal sebagai pereka bentuk Muzium Nezu iaitu Kengo Kuma. Tempat suci utama kuil ini yang dilengkapi dengan kaca pada keseluruhan dinding menjadikan ia kelihatan lebih bergaya dan terbuka. Di "Kafe Akagi" yang terdapat di sini pula, anda boleh menikmati seni latte (minuman yang bercorak di permukaan cawan).

  • Akagi Shrine
    赤城神社
    • Address 1-10, Akagi Motomachi, Shinjuku-ku, Tokyo, 162-0817, Japan

Restoran rumah lama "Angela"

Restoran rumah lama "Angela"

Shoji (pintu, tingkap atau pemisah daripada kertas tradisi Jepun), tatami (tikar jerami tradisi Jepun), kaca lut cahaya...Dengan suasana seperti pada zaman Showa ini, anda akan dihidangkan dengan rasa "Italian Mamma". Walaupun makanannya ringkas, ia pasti mendatangkan kesan yang mendalam kepada para pengunjung. Dengan 9 jenis makanan (8 jenis makanan pada waktu tengah hari) yang menggunakan bahan-bahan segar mengikut musim, pasti akan menyenangkan mata dan kaya dengan pelbagai pilihan. Selain itu, ia juga mempunyai kuantiti yang banyak di samping peminatnya yang ramai.

  • Angela Kagurazaka
    アンジェラ神楽坂
    • Address 23, Iwatocho, Shinjuku-ku, Tokyo, 162-0832, Japan

"Pekochan yaki", hanya boleh didapati di sini jika di Jepun!

"Pekochan yaki", hanya boleh didapati di sini jika di Jepun!

"Fujiya" merupakan sebuah kedai pastri di Jepun. Manisan yang menyerupai watak kartun terkenal iaitu "Pekochan" dan "Pokochan" boleh didapati di sini. Pekochan yaki adalah sejenis makanan yang menyerupai lempeng yang diperbuat daripada adunan tepung yang mempunyai rasa yang sedap dan diapit dengan inti kacang merah atau krim kastard di dalamnya. Kedai-kedai yang terkenal dengan pekochan yang sedap sudah semestinya mempunyai barisan pelanggan yang panjang, tetapi jangan berputus asa untuk turut beratur kerana ia boleh dibeli dengan cepat.

  • Fujiya
    不二家 飯田橋神楽坂店
    • Address 1-12, Kagurazaka, Shinjuku-ku, Tokyo, 162-0825, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari