HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ikebukuro Air terjun di dalam taman? Oasis yang menenangkan fikiran, masuk percuma dan berdekatan dengan stesen kereta api.
Air terjun di dalam taman? Oasis yang menenangkan fikiran, masuk percuma dan berdekatan dengan stesen kereta api.

Air terjun di dalam taman? Oasis yang menenangkan fikiran, masuk percuma dan berdekatan dengan stesen kereta api.

Last updated: 27 Julai 2020

Terletak di Oji, Kita-ku, Tokyo, terdapat sebuah taman yang kaya dengan alam semulajadi dan berdekatan dengan stesen kereta api yang merupakan tempat menenangkan fikiran. Setiap taman sudah pasti dilengkapi dengan landskap untuk para pengunjung berjalan-jalan sambil mengambil angin!

"Nanushi no taki koen" yang mempunyai air terjun.

"Nanushi no taki koen" yang mempunyai air terjun.

"Nanushi no taki koen" merupakan air terjun yang diterokai oleh ketua kampung Oji di kawasan tempat tinggal mereka. Ia mula dikenali apabila air terjun ini dibuka kepada orang ramai semasa musim panas dan melalui kemunculan Medaki-Odaki (nama air terjun) di dalam buku yang bertajuk "Ehon Edo Miyage" (Buku Lukisan Cenderamata Edo) oleh pelukis ukiyo-e (ukiyo-e adalah lukisan kayu yang diukir yang menggambarkan kehidupan seharian pada zaman Edo), Ando Hiroshige, air terjun ini menjadi semakin terkenal. Pada masa kini, penggambaran drama dan filem juga dilakukan di sini disamping menjadi tempat tarikan yang kaya dengan alam semulajadi di tengah-tengah bandar. Sekarang, mari berlepas dari stesen kereta api Oji dengan segera! Selepas berjalan kaki selama lebih kurang 10 minit di kawasan perumahan yang tenang, anda akan menjumpai pintu masuk ke taman air terjun Nanushi. Sekali imbas, pintu masuk tersebut kelihatan seperti binaan pagar di kuil-kuil. Masuk adalah percuma.

Pertama sekali, mari kita menuju ke Odaki dengan berjalan terus. Sepanjang perjalanan ke Odaki, kita akan menemui beberapa buah jambatan. Terdapat juga sungai kecil di sepanjang laluan. Anda pasti akan berasa sangat tenang semasa berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan ini. Di hujung jalan, anda akan melihat satu kawasan lapang yang luas, di situlah terletaknya arah tuju kita iaitu Odaki.

Tiba di Odaki! Dapat melihat Odaki, air terjun yang mempunyai ketinggian sehingga 8 meter di Tokyo, sudah pasti ia adalah sesuatu yang menakjubkan. Anda boleh pergi dengan lebih hampir ke air terjun tersebut dan merasai sendiri kesegaran serta menghayati bunyi air yang sedang mengalir. Tarik nafas sedalam-dalamnya untuk lebih nikmat.

Di dalam taman tersebut, setiap sudut amat cantik tidak kira dari sudut mana anda melihatnya. Batu-batu yang terdapat di sekitar air terjun ini juga mencantikkan lagi pemandangan. Terdapat 99 batang pokok mapel yang ditanam di seluruh taman ini, jadi ia juga amat sesuai untuk dikunjungi semasa musim luruh. Selain itu, terdapat juga 2 punca mata air di bahagian lebih hadapan.

Apabila anda menelusuri sungai, anda akan menemui air terjun Yuutama. Kuantiti air yang mengalir di air terjun ini berbeza mengikut hari-hari tertentu, pada hari ini (semasa lawatan dibuat) kuantiti airnya adalah lebih sedikit. Selain itu, terdapat juga air terjun Dokko dan Medaki. Anda mungkin akan terleka berehat lama di tempat rehat yang amat selesa sekali yang disediakan berhampiran dengan air terjun Medaki. Selain itu, taman ini amat tenteram kerana terletak di dalam kawasan perumahan.

Selain itu, untuk mengelakkan penggunaan barangan artifak, kawasan pejalan kaki juga diperbuat daripada pokok-pokok dan batu-batuan. Setiap pengunjung pasti akan berpuas hati dengan penyelenggaraan yang rapi dan pemandangan yang menarik di taman ini!

0 minit dengan berjalan kaki dari stesen kereta api Oji! "Otonashishinsui koen"

0 minit dengan berjalan kaki dari stesen kereta api Oji! "Otonashishinsui koen"

Otonashishinsui Koen juga turut terpilih sebagai antara 100 taman dalam bandar terbaik di Jepun. Taman ini yang mengaplikasikan alam semula jadi mempunyai pemandangan yang cantik serta amat bersesuaian untuk bermain air semasa musim panas. Air yang mengalir di taman ini merupakan kitaran air daripada laluan lama aliran sungai Shakujii. Pasti menakjubkan kerana taman air yang indah ini juga amat hampir dengan stesen kereta api iaitu 0 minit jika berjalan kaki!

Anda dapat melihat kincir air jika anda pergi ke bahagian yang lebih bawah. Suasana yang indah! Di sini juga amat sesuai sekali untuk mengambil gambar kenang-kenangan.

Pandang ke atas dan anda akan melihat jambatan Otonashi di mana terdapat jalan raya 455 Gosen di atas jambatan ini. Anda boleh menikmati bekal yang dibawa sambil berehat-rehat di sini bersama-sama pasangan di kawasan ini yang tidak ubah seperti di dalam gua. Walaupun berdekatan dengan stesen kereta api, anda pasti berasa seperti berada di satu alam yang berbeza.

Masa perjalanan ○ minit!? Monorel yang paling pendek di Jepun.

Masa perjalanan ○ minit!? Monorel yang paling pendek di Jepun.

Jika kita berpatah semula ke stesen kereta api Oji, kita akan menemui monorel yang terletak di pintu masuk bahagian tengah. Ia dikenali sebagai "Asuka Park Monorail" yang mempunyai monorel terpendek di Jepun yang mengambil masa selama 2 minit untuk menghubungkan pintu masuk taman Asukayama dan puncak bukit yang berketinggian lebih kurang 18m. Jangan ketinggalan untuk singgah di taman Asukayama juga kerana ia mempunyai 3 buah muzium yang terkenal.

Di puncak bukit Asukayama yang berketinggian 25.4m, terdapat monumen dan kompas solar. Taman Asukayama dikatakan dibuka oleh Shogun Edo (Jeneral tentera zaman Edo) ke-8, Yoshimune selepas menanam pohon-pohon sakura di sini. Amatlah disyorkan untuk berjalan-jalan di sini sambil melihat pohon-pohon sakura, ketiga-tiga muzium dan juga tinggalan monumen! Di sekitar stesen kereta api Oji juga, terdapat banyak kedai-kedai yang masih mengekalkan citarasa dan budaya di sini. Cubalah untuk singgah sambil berjalan-jalan di taman yang indah ini kerana mudah diakses dari bandar juga.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari