HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ikebukuro Jom terokai Ikebukuro buat kali pertama!
Jom terokai Ikebukuro buat kali pertama!

Jom terokai Ikebukuro buat kali pertama!

Last updated: 6 Ogos 2020

Ikebukuro adalah sebuah bandar besar yang sama gah dengan Shinjuku dan Shibuya. Ikebukuro merupakan pusat bandar terkenal yang mempunyai pelbagai wajah seperti kawasan hiburan di pintu barat Ikebukuro, kawasan bandar pelajar yang mempunyai universiti, kemudahan kebudayaan seperti teater dan sebagainya. Artikel ini akan memperkenalkan tempat yang anda wajib dikunjungi untuk mengenali Ikebukuro!

Main image: PIXTA

  1. 1
    Di sinilah taman Ikebukuro!
  2. 2
    Laluan utama di Ikebukuro
  3. 3
    Persembahan ikan dan singa laut yang menarik
  4. 4
    Makanan dan tarikan juga boleh dinikmati!
  5. 5
    Berpeluang mendapatkan barangan anime yang jarang ditemui!
1

Di sinilah taman Ikebukuro!

Di sinilah taman Ikebukuro!

Taman yang terletak berhampiran pintu barat Ikebukuro, iaitu "Ikebukuro Nishiguchi Koen". Berkedudukan di tengah-tengah pusat bandar, ia sering menerima ramai pengunjung dari golongan muda hinggalah ke golongan pekerja syarikat. Di taman ini terdapat pentas terbuka di mana kadang kala pelbagai acara akan diadakan pada hujung minggu. Pada waktu malam, anda juga dapat melihat latihan tarian jalanan oleh golongan muda. Ia juga merupakan lokasi terbaik untuk bertemu janji.

  • Ikebukuro Nishiguchi Park
    • Address 1-8-26, Nishiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 171-0021
      View Map
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3981-0534
2

Laluan utama di Ikebukuro

Laluan utama di Ikebukuro

Nama jalan dari Stesen Ikebukuro menghala ke Sunshine 60 ialah Jalan "Sunshine 60-dori". Di dalam banyak-banyak kawasan membeli-belah di Ikebukuro, ia adalah kawasan yang paling makmur dan sentiasa sesak dengan lautan manusia tidak kira siang atau malam. Terdapat banyak deretan kedai karakter dan pusat permainan video di sini, menjadikannya sebagai sebuah laluan untuk menikmati budaya hobi Jepun.

3

Persembahan ikan dan singa laut yang menarik

Persembahan ikan dan singa laut yang menarik

"Sunshine Aquarium" adalah sebuah akuarium yang terletak di atas bumbung bangunan World Import Mart di Sunshine City. Berkonsepkan "oasis di atas langit", ia dipenuhi dengan ruangan luar biasa dengan air dan kehijauan. Anda boleh menyaksikan persembahan singa laut yang menunjukkan aksi dan teknik dengan penuh disiplin serta aksi penguin dan burung undan mengambil makanan. Pameran yang unik adalah merupakan daya tarikan di sini.

  • Sunshine Aquarium
    • Address World Import Mart Building/Rooftop, 3-1 Higashiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 170-8630
      View Map
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
      10 minutes on foot
    • Phone Number 03-3989-3466
4

Makanan dan tarikan juga boleh dinikmati!

Makanan dan tarikan juga boleh dinikmati!

"Namja Town" adalah sebuah taman tema di dalam bangunan. Ia terdiri daripada 3 ruangan iaitu "Plaza Dokkingham", sebuah tempat bermain yang membuatkan anda seolah-olah sesat di dalam dunia buku bergambar, "Fukubukuro-nanachome-shotengai", iaitu tempat suasana zaman Showa tahun 30 Jepun direalisasikan, dan "Mononoke-bangaichi", iaitu bandar yang dirasuk oleh momonoke (roh pendendam). Anda bukan sahaja boleh bersuka ria dengan tarikan dan perangkap yang menyeronokkan, ia juga dilengkapi dengan ruang makan yang menyediakan makanan seperti gyoza dan pencuci mulut yang juga boleh dinikmati oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa.

  • Namja Town
    • Address The second floor of the sunshine city world import Mart Building, 3, Higashiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 170-0013
      View Map
    • Nearest Station Higashi-Ikebukuro Station (Tokyo Metro Yurakucho Line)
      3 minutes on foot
    • Phone Number 03-5950-0765
5

Berpeluang mendapatkan barangan anime yang jarang ditemui!

Berpeluang mendapatkan barangan anime yang jarang ditemui!

Di Tokyo, terdapat banyak kedai yang menjual barangan anime dan di antaranya adalah tempat bernama "Otome Road" yang menjual barangan khas untuk perempuan. Terdapat deretan kedai yang menjual barang-barang khusus untuk peminat anime dan manga membuat cosplay dan rambu palsu sendiri. Jika anda menerokainya dengan teliti, mana tahu anda boleh terjumpa barangan anime yang jarang ditemui? Cubalah berkunjung ke sana sebagai persinggahan terakhir di Ikebukuro.

  • Otome Road
    • Address 3, Higashiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 170-0013
      View Map
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
      8 minutes on foot
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari