HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Harajuku Peta dan maklumat pelancongan di sekitar Stesen Keretapi Harajuku |Harajuku, Tokyo
Peta dan maklumat pelancongan di sekitar Stesen Keretapi Harajuku |Harajuku, Tokyo

Peta dan maklumat pelancongan di sekitar Stesen Keretapi Harajuku |Harajuku, Tokyo

Last updated: 21 Mei 2020

Kebelakangan ini, ramai golongan muda-mudi datang berkunjung ke Harajuku kerana ia terkenal sebagai bandar fesyen dengan gaya yang kasual dan harga yang berpatutan. Antara yang terkemuka adalah Takeshita Street yang sepanjang 350 meter. Ia merupakan tempat cabang kebudayaan dan tempat untuk trend terkini disampaikan. Harajuku merupakan bandar yang boleh memenuhi pelbagai citarasa fesyen termasuk mereka yang sukakan Gothic & Lolita, ataupun yang suka rock, atau yang suka rap.

Beberapa minit berjalan kaki dari Takeshita Street, terdapat juga kedai pilihan yang bersambung antara satu sama lain, dipanggil cat street. Berlainan dengan Takeshita Street yang merupakan jalan buat golongan muda, jalan ini lebih bergaya dan sesuai buat golongan dewasa. Terdapat deretan kedai-kedai yang unik, dengan genre yang luas dari gaya fesyen jalanan hingga ke gaya yang kemas.

Buat mereka yang ingin membeli-belah barangan berjenama mewah, adalah disyorkan untuk membeli di Omotesando yang menghimpunkan kedai-kedai berjenama terkenal dari seluruh dunia.

Takeshita Street

Takeshita Street

Sebaik sahaja keluar dari Stesen JR Harajuku anda boleh lihat deretan kedai sepanjang jalan seperti kedai-kedai pakaian, kedai aksesori dan kedai makanan crepe. Papan tanda yang berwarna-warni dan menarik seakan-akan menyambut kehadiran para pengunjung, pastinya mengajak kita ke alam dunia yang luar biasa. Sukar untuk percaya bahawa dahulunya ia merupakan sebuah perkampungan kecil yang semakin sesak dipenuhi orang ramai yang datang berkunjung kini.
Di Takeshita Street terdapat kedai antena dan kedai Calbee Plus yang dimiliki oleh Calbee, pengeluar utama gula-gula. Setiap hari Harajuku Alta dipenuhi dengan pelanggan yang terutamanya golongan remaja yang mencari trend terkini. Selain itu sekiranya anda berkunjung ke Harajuku, silalah cuba sekurang-kurangnya sekali di kedai Marion crepe yang wujud di jalan ini sejak dahulu lagi.

cat street

cat street

Jika anda ingin membeli-belah dengan tenang dan jauh dari kebisingan Takeshita Street, adalah disyorkan untuk ke cat street. Dari barangan aktiviti luar hingga ke pakaian lama, pelbagai kedai pilihan ada di sini. kawasan ini juga dipanggil dengan nama Uraharajuku (kawasan belakang Harajuku). Ianya adalah kawasan yang tidak dilalui kenderaan. Orang ramai juga sesuai membawa anjing bersiar-siar atau membawa anak kecil berjalan bersama. Kedai-kedainya dihias dengan gaya yang tersendiri, dan pemandangan dalam bandar boleh dinikmati tanpa perlu rasa bimbang pada persekitaran. Faktor-faktor inilah yang mungkin menjadi rahsia betapa terkenalnya kawasan ini. Antaranya terdapat Kiddyland yang dikendalikan oleh pengeluar mainan terkemuka Takara Tommy. Ianya merupakan tempat yang tidak harus dilepaskan peluang untuk dikunjungi. Apabila anda pergi ke tingkat 6 pula, watak-watak yang terkenal di Jepun dan juga barangan trend terkini juga boleh didapati disini.

  • KIDDY LAND
    KIDDY LAND 原宿店
    • Address 6-1-9 Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo 150-0001, Japan
  • Design Festa Gallery
    デザインフェスタギャラリー
    • Address East Building:3-20-2 Jingu-Mae, Shibuya, Tokyo 150-0001 / West Building:3-20-18 Jingu-Mae, Shibuya, Tokyo 150-0001
    • Open everyday, 11:00 a.m. - 8:00 p.m.

  • B-Side Label
    B-Side Label 原宿店
    • Address 〒150-0001 Tōkyō-to, Shibuya-ku, Jingūmae, 4-25-6 Hanae Building
  • BEAMS
    BEAMS
    • Address 〒150-0001 Tōkyō-to, Shibuya-ku, Jingūmae, 3-24-7

Omotesando

Omotesando

Omotesando adalah kawasan di mana pokok-pokok besar berbaris di sepanjang satu jalan yang panjang dan di situ terletaknya kedai-kedai barangan berkualiti tinggi dan canggih yang terletak bersebelahan di antara satu sama lain.

  • Omotesando Hills
    • Address 4-12-10, Jinguumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001
      View Map
    • Nearest Station Omotesando Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Chiyoda Line / Tokyo Metro Hanzomon Line)
      2 minutes on foot
    • Phone Number 03-3497-0310

Kuil Meiji

Kuil Meiji

Kuil ini merupakan kuil yang didewakan oleh Maharaja Meiji dan Shoukenkoutaigou. Tapak kawasannya yang melebihi 700,000 meter persegi, ditanam dengan 100,000 batang pokok yang rendang yang didermakan dari seluruh Jepun. Ianya menjadi tempat untuk menikmati empat musim yang berubah-ubah dan unik di Jepun. Dari 1 haribulan hingga 3 haribulan Januari sewaktu musim Tahun Baru setiap tahun, lebih 3,000,000 orang akan berhimpun di sini dan dikatakan ia merupakan kuil yang mempunyai bilangan pengunjung terbesar, di Jepun.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari