Hakodate

Hakodate

HOME Hokkaido Hakodate

Hakodate:Gambaran keseluruhan dan Sejarah

Hakodate:Gambaran keseluruhan dan Sejarah

Hakodate merupakan bandar pelabuhan perdagangan antarabangsa pertama di Hokkaido. Salah satu aktiviti yang menarik di sini ialah bersiar-siar sambil menikmati keindahan senibina gereja lama dan bangunan yang bergaya barat.
Tempat yang wajib anda kunjungi ialah "Hakodate Mountain Top Observsation Deck" dan taman pohon sakura iaitu "Taman Goryokaku" dimana anda boleh menikmati pemandangan malam bandar Hakodate yang menakjubkan. Bagi penggemar makanan laut, anda boleh menikmati "Kaisendon" di "Hakodate Asa Ichi" atau pasar pagi Hakodate dimana hampir kesemua makanan laut terdapat di sini, tidak lupa juga hidangan Masakan Sotong istimewa dan Shio Ramen. Selain itu, anda juga boleh menikmati keseronokan membeli belah di "Aka Renga Souko Gun" sekitar Bay Area.