HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ginza Bersiar-siar di kedai peralatan tulis di Ginza pada masa lapang semasa melancong!
Bersiar-siar di kedai peralatan tulis di Ginza pada masa lapang semasa melancong!

Bersiar-siar di kedai peralatan tulis di Ginza pada masa lapang semasa melancong!

Last updated: 19 Jun 2020

Di Ginza terdapat kedai pakar alat tulis yang sudah lama bertapak serta kedai alat tulis setia mengumpul alat tulis pilihan pekedai. Di sini pengenalan kepada 3 buah kedai alat tulis yang dipilih secara rapi akan diberikan.

Satu-satunya kedai pakar alat tulis yang serba lengkap di Jepun "Ginza Itoya"

Satu-satunya kedai pakar alat tulis yang serba lengkap di Jepun "Ginza Itoya"

Kedai pakar alat tulis yang dibina bermula tahun 1904. Kedai ini dikatakan begitu kaya dengan pelbagai jenis alat tulis, sehingga ia dikatakan semua jenis alat tulis ada di kedai ini. Setiap tingkat mempunyai tema tersendiri, bagi tingkat 1 G.Itoya, “SENSE” yang mengadap lorong Ginza mengumpulkan pelbagai jenis kad ucapan dari seluruh dunia, manakala di tingkat 2 “SHARE” pula menjual kertas penulisan surat, sampul surat serta poskad. Di sini, pelanggan boleh menulis surat dengan kertas penulisan surat yang dibeli di sini, dan mengirim surat itu dengan menampal setem corak khas Itoya.

Item asli yang popular di Itoya

Item asli yang popular di Itoya

Di Itoya ia menghasilkan produk tersendiri yang mengguna pakai pengalaman dan pengetahuan sebagai kedai pakar alat tulis. Ia menjual kertas penulisan surat, barangan kulit kecil, dan buku memo, selain alatan menulis. Penghasilan semula “pen fountain ROMEO”, iaitu pen asli Itoya yang dijual pada 1914 sangat penting. Ia sangat popular di kalangan ahli perniagaan kerana mudah dipegang dan keselesaan dan kestabilan yang memudahkan penulisan.

  • G.Itoya
    • Address 2-7-15 Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061
      View Map
    • Nearest Station Ginza Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      2 minutes on foot
    • Phone Number 03-3561-8311

“Kyukyodo” yang lengkap dengan pelbagai kemenyan dan alatan tulis Jepun

“Kyukyodo” yang lengkap dengan pelbagai kemenyan dan alatan tulis Jepun

Ia ditubuhkan pada tahun 1663 sebagai perniagaan perubatan kelas kedua. Ia telah memulakan jualan kemenyan kayu pada tahun 1700-an oleh kerana bahan buatan kemenyan yang sama dengan bahan untuk hasilkan ubat. Ia kemudian mula menghasilkan juga alatan tulis dalam berurusan dengan golongan intelek, kini ia menjual barangan seperti kemanyan, peralatan kaligrafi, poskad, kertas penulisan surat dan juga barangan seperti kertas Jepun (washi). Kecantikan barangan peralatan tulis jenis Jepun yang disusun rapi dalam kedai, serta kemenyan yang dihasilkan dengan teknik yang diwarisi turun temurun bagi jangka masa lama sungguh menawan hati.

Buku nota nipis asli

Buku nota nipis asli

Buku nota nipis asli kedai Kyukyodo, “Marukyunote” dibuat menggunakan kertas Yuuzen Kyoto yang bertema corak tradisional turun-temurun selama beberapa ratus tahun dari zaman Edo. Ia boleh diapit dalam buku memo dan mudah untuk dibawa ke mana-mana kerana saiznya, muka depannya yang penuh dengan pelbagai warna dengan tenunan corak tradisional yang merupakan hasil karya seni yang memberi impak kecantikan tradisional Jepun.

Kedai pakar pen dan pensil "Gojuon"

Kedai pakar pen dan pensil "Gojuon"

Jika berjalan terus lorong belakang deretan kedai di Ginza, akan kelihatan papan tanda yang berbentuk seperti pensil dan peti pos berwarna biru. Di dalam kedai yang kecil ini terdapat pelbagai pen yang mempamerkan ciri-ciri setiap zaman, pensil, bekas pen serta pemegang pen, menjadikan ia kelihatan seperti kedai antik. Di bahagian dalam kedai ini terdapat muzium yang mempamerkan alatan tulis mengikut tahun, serta menganjurkan juga pameran secara berkala. Bayaran 300 JPY dikenakan untuk masuk ke kedai, dan kanak-kanak bawah umur sekolah menengah dilarang masuk. Anda digalakkan menyemak maklumat kedai di laman web terlebih dahulu sebelum mengunjungi kedai ini kerana hari cutinya tidak menentu.

Alat tulis buatan kayu yang menenangkan

Alat tulis buatan kayu yang menenangkan

Pen dan pensil tekan buatan kayu yang mempunyai plat berbentuk muka kucing pada kayu biasa. Merupakan hasil yang comel dengan impak rasa ketenangan dan kesederhanaan. Mendapat reputasi sebagai alat yang mudah digenggam dan menulis kerana bentuk sisinya yang berbentuk heksagon sama seperti pensil.

  • Gojuuon
    五十音
    • Address 4-3-5, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari