Ginza

Ginza

Ginza:Gambaran keseluruhan dan Sejarah

Ginza:Gambaran keseluruhan dan Sejarah

Kawasan Ginza telah lama menjadi tarikan terutamanya kepada golongan dewasa. Terdapat jalan utama dan jalan belakang, dimana setiap daripadanya mempunyai suasananya yang tersendiri yang berubah-ubah dari pagi hingga ke malam hari, dan mempunyai campuran menarik antara perniagaan tradisional dan butik-butik serta industri baru terkini. Kepelbagaian ini adalah keunikan yang mentakrifkan Ginza. Nama Ginza membawa maksud "tempat perak", berasal dari era Edo dimana kawasan ini menempatkan faundri yang mencetak syiling. Ginza selepas itu berubah setelah faundri telah dipindahkan ke tempat lain semasa bermulanya era Meiji dimana banyak pemodenan dilakukan seperti bangunan batu bata gaya Barat telah dibina, dan ia menjadi tempat tumpuan kepada fesyen terkini dan makanan dari luar negara. Semasa era Taisho, Ginza telah menjadi tempat tumpuan golongan belia berkumpul dan frasa ‘Ginbura’(berjalan-jalan di Ginza) telah tercipta. Semasa Perang Dunia ke-II, seluruh kawasan kejiranan di sini telah dimusnahkan dari serangan udara. Ketika ini, kedua-dua sektor awam dan swasta memainkan peranan penting bagi membangunkan semula kawasan kejiranan tersebut. Pada tahun 1970 (pertengahan era Showa), Ginza Chuo-dori telah kembali kepada asal dan "Syurga Pejalan Kaki" turut diperkenalkan, dimana kenderaan diharamkan dari jalan raya pada petang Ahad, dan pengunjung yang berjalan kaki boleh berjalan pada hari Sabtu, Ahad, dan cuti (bermula tengah hari hingga 6.00 petang pada musim panas, dan dari tengah hari hingga 5:00 petang di musim sejuk). Terdapat tiga stesen keretapi bawah tanah di Ginza (Ginza, Ginza-Itchome dan Higashi-Ginza) dan satu stesen kereta api JR, Yurakucho. Ini menjadikan bandar ini mudah diakses dari bahagian-bahagian lain di Tokyo. Satu fakta menarik mengenai Ginza ialah, ia merupakan bandar yang sentiasa sibuk, namun, jumlah penduduk sebenar bandar ini adalah kecil iaitu sekitar 3500 orang sahaja. Ini kerana kawasan Chuo Bunkyo-ku Kyobashi, yang merupakan sebahagian daripada Ginza adalah terdiri daripada syarikat-syarikat, kedai-kedai dan restoran, dan hanya mempunyai beberapa bangunan kediaman.

Maklumat Lanjut

Ginza:maklumat kawasan

Kawasan Lintasan Sukiyabashi

Kawasan Lintasan Sukiyabashi

Lintasan Sukiyabashi, bersempadan dengan Yurakucho Marion dan Tokyu Plaza Ginza, mempunyai auranya yang tersendiri. Berdekatan adalah Sukiyabashi Jiro, salah satu kedai sushi terbaik di negara ini, yang dianugerahkan tiga bintang oleh anugerah Michelin dan sebagai salah satu lokasi untuk makanan petang Presiden Obama ketika beliau berkunjung ke Jepun pada tahun 2014. Walaupun harga hidangannya agak mahal, tetapi tempahan sentiasa penuh. Anda perlu membuat tempahan melalui telefon sebulan lebih awal bagi mengelakkan sukar mendapat tempat. Kawasan Sukiyabashi adalah ‘rumah’ kepada beratus-ratus bar dan kedai minuman larut malam. Di kawasan Yurakucho Ga-do Shita, anda boleh memilih kedai-kedai yang menyediakan suasana retro era-Showa, yang juga dikenali sebagai Koridor Bandar Ginza. Anda juga boleh menikmati pemandangan indah di Ginza, di sekitar lintasan Sukiyabashi dan juga di Kiriko Lounge di tingkat keenam Tokyu Plaza Ginza.

Kawasan lintasan Ginza 4-chome

Kawasan lintasan Ginza 4-chome

Tempat ini adalah terletak di tengah Ginza, dan persimpangan ini sentiasa dilalui oleh ramai penduduk Tokyo dan pelawat setiap hari. Menara jam yang terletak di bangunan Wako menjadi simbol dan sering digunakan dalam gambar-gambar bagi menunjukkan kawasan itu. Jam tersebut merupakan yang kedua dihasilkan, dimana jam asal telah diperbaharui pada tahun 1932 dengan gaya Neo-Renaissance. Pengunjung yang kerap melalui kawasan tersebut pasti tahu bahawa loceng Westminster mengumumkan setiap jam bermula 45 saat lebih awal daripada masa sebenar. Di seberang jalan terdapat satu lagi simbol Ginza, iaitu gedung membeli-belah Ginza Mitsukoshi (ditubuhkan pada 1930). Di Ginza Place, terdapat sebuah restoran yang menyajikan daging lembu Kobe panggang, di Ginza Lion, terdapat dewan bir yang terkenal, dan juga terdapat bilik-bilik pameran Sony dan Nissan. Di sini juga terdapat koleksi kertas kraf Jepun, wangian yang unik, alat tulis atau cenderamata gaya-Jepun yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Kyukodo, yang ditubuhkan pada sekitar tahun 1663 dan seterusnya ke kawasan berdekatan Wako, iaitu Ginza Kimuraya, yang dikenali kerana terdapat roti kacang yang dipanggil "Anpan".

Kawasan lintasan Ginza 3-chome

Kawasan lintasan Ginza 3-chome

Meneroka lorong-lorong kecil di belakang gedung membeli-belah Matsuya Ginza bagi mencari kedai-kedai kecil yang terkenal juga merupakan pengelaman yang menarik untuk anda cuba. Sebagai contoh, Rengatei, yang mula dibuka pada tahun 1895, dikenali sebagai salah satu restoran pertama menggunakan gaya Barat di Jepun. Malah anda juga boleh mencuba hidangan "set babi panggang" di sini. Set daging babi merupakan satu lagi hidangan istimewa yang pertama kali disediakan bagi memberi makan kepada kakitangan, dimana kemudiannya dimasukan dalam menu dek kerana permintaan yang tinggi. "Versi asal Omuraisu : Nasi berisi telur dadar yang dimasak (Tidak sama dengan nasi berperisa yang dibungkus dalam telur dimasak yang terdapat di restoran-restoran lain) juga boleh didapati di sini". Ini adalah tempat yang tepat untuk menikmati "makanan Barat." yang terbaik dalam gaya masakan ala Jepun. Satu lagi tempat yang terkenal adalah Grill Switzerland (Ginza Swiss), restoran yang mula-mula menyediakan makanan kegemaran Jepun,iaitu Katsu Kare, dilapisi serbuk tepung roti yang digoreng beserta nasi dan dihidangkan bersama sos kari.

Kawasan lintasan Ginza 1-chome

Kawasan lintasan Ginza 1-chome

Hotel Daiwa Roynet Ginza terletak tepat di luar pintu keluar 10 stesen kereta bawah tanah Ginza-itchome. Dibuka pada tahun 2015, hotel ini mempunyai reka bentuk yang cantik dan lokasi yang hebat di tengah-tengah Ginza dan berhampiran dengan beberapa stesen yang berbeza. Perkara pertama yang patut dilakukan pada waktu pagi adalah, sarapan yang santai di restoran Salvatore Cuomo Itali, dimana anda boleh memilih sama ada hidangan bufet gaya Jepun atau gaya Barat. Hotel ini dikelilingi oleh butik berjenama dan tempat-tempat tradisional Ginza, termasuk kedai alat tulis Ginza Itoya dan Qu'il Fait Bon Grand Maison Ginza yang terkenal dengan tart buah-buahan yang elegan dan lazat.

Kawasan Kabukiza

Kabuki adalah antara seni tradisional Jepun yang terkenal. Teater Kabukiza yang asal telah dibina pada tahun 1889, dan seterusnya digantikan beberapa kali kerana kebakaran, dan sebagainya. Teater semasa Kabuzaki yang ke-lima telah disiapkan pada 2013. Seni bina gaya-Jepun sepenuhnya menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia. Bangunan ini dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian dalam "jonai" untuk penonton kabuki, dan di luar "jogai" dimana kawasan awam untuk pengunjung lain. Kawasan jogai adalah disyorkan bagi pelancong kerana terdapat banyak benda untuk dilihat dan dilakukan. Plaza Kobikicho adalah tempat terbaik untuk mencari cenderamata kabuki yang unik, terletak di tingkat bawah tanah tingkat ke dua, dan boleh diakses terus dari pintu keluar 3 Stesen Higashi-Ginza di laluan keretapi Hibiya. Di tingkat lima terdapat Studio Alice, di mana pengunjung boleh mengambil gambar memakai pakaian kabuki yang sebenar bersama-sama prop di teater. Di tingkat yang sama, anda boleh memahami tradisi kabuki dan budaya Jepun yang lain di Balai Pameran Kabukiza. Jika anda ingin mengambil gambar depan teater, sudut yang terbaik ialah di pintu keluar 4 (bawah tanah) daripada Stesen Higashi-Ginza.

Latest Spot Info

  • Coupons
  • Events
  • Goods
  • Menu
  • Appealing

Rencana Pilihan