HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Asakusa [MOVIE] Taman Tema Untuk Berseronok Bersama Arnab Di Asakusa!
[MOVIE] Taman Tema Untuk Berseronok Bersama Arnab Di Asakusa!

[MOVIE] Taman Tema Untuk Berseronok Bersama Arnab Di Asakusa!

Update: 21 Februari 2018

Adakah wujud orang yang tidak suka arnab? Apakah yang anda akan lakukan jika terdengar tentang adanya tempat yang boleh berseronok bersama arnab sepuasnya? Di LIVE JAPAN,kami telah menemui satu tempat yang terletak di Asakusa, yang mempunyai 5 tingkat bangunan, dimana kita boleh bergambar bersama arnab dan memberi makanan kepada arnab. Kali ini, kami akan memperkenalkan ‘taman arnab’ tersebut!

Bermain Dan Mengabadikan Gambar Kenangan Bersama Arnab!

Bermain Dan Mengabadikan Gambar Kenangan Bersama Arnab!

Oleh kerana saya sukakan binatang sejak kecil lagi, saya telah membuat keputusan untuk melawat taman tema itu sejurus selepas mendengar tentang adanya taman tema arnab di Asakusa. Kafe kucing di Jepun juga telah menjadi terkenal dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. Ia menjadi satu ruang yang membolehkan kita berehat bersama kucing-kucing sambil menikmati kopi. Namun, kewujudan ‘kafe arnab’ di Jepun merupakan suatu perkara yang sangat luar biasa. Jika dibandingkan dengan kucing, tidak terdapat gambaran pada arnab untuk bermain dan berseronok bersama, tetapi persoalannya adalah adakah arnab akan makan apabila diberikan lobak merah,? Adakah arnab akan takut dengan saya? Bercampur perasaan teruja dan sedikit resah, saya terus melangkah menuju ke tempat yang diperkatakan ini.

Pertemuan Yang ‘Comel’ Bersama Arnab

Pertemuan Yang ‘Comel’ Bersama Arnab

Pada bulan Disember 2016 pembukaan kedai yang sama bersempena pembaharuan sepenuhnya, terdapat 26 ekor dari 8 jenis arnab yang tinggal bersama-sama. Pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung berseronok bersama arnab, keterangan lebih lanjut akan diringkaskan pada akhir artikel yang sama ini. Tiket masuk ke Bunny Museum ini bagi dewasa adalah 1,800 yen. Bayaran berasingan akan dikenakan sekiranya anda ingin memeluk arnab, mengambil gambar bersama arnab atau ‘temu janji’ bersama arnab di dalam bilik khas. Saya semestinya mengambil pakej Happy 300% yang merangkumi semua aktiviti bersama arnab-arnab yang comel!

Memilih ‘Rakan’ Berbulu Lembut Dan Gebu

Memilih ‘Rakan’ Berbulu Lembut Dan Gebu

Sewaktu saya tiba di sini, saya disambut dengan penuh mesra oleh kakitangan kedai, dan terlebih dahulu saya dibawa ke muzium bunny. Di sana tempatnya saling tak tumpah seperti sebuah ‘hotel arnab’. Banyak bilik kecil arnab tersusun di situ, setiap 4 ekor arnab dimasukkan ke dalam sebuah bilik kecil yang begitu moden dan mempunyai ruang yang cukup bergaya. Di dalam bilik kecil itu juga disediakan makanan, minuman, mainan jerami dan anak patung. Saya telah memilih 2 ekor arnab untuk dibawa ke bilik khas. Apabila saya lihat setiap seekor arnab itu, saya baru tersedar bahawa bukan sahaja luaran nya yg tampak berlainan malahan sifat mereka juga turut berbeza. Saya beranggapan bahawa arnab adalah haiwan yang penakut, tetapi ada juga yang berani dan tidak takut langsung di situ, membuatkan saya berasa sangat teruja dan sedikit terkejut.

“Puan mahu arnab yang mana satu?“ tanya kakitangan kedai itu kepada saya, namun sukar untuk saya membuat pilihan kerana arnab yang mana-mana pun adalah terlalu comel! Oleh itu, dengan mesranya saya meminta mereka mencadangkan arnab yang terbaik untuk saya pilih. Sejurus selepas itu, saya diberi peluang untuk mendukung arnab yang mempunyai telinga yang tergantung, warna coklat dan putih dan merupakan arnab betina. Namanya Biigelle. Seekor lagi arnab, saya telah memilih jenis yang amat berbeza dari sebelumnya. Jeanne adalah namanya, aktif bergerak dan sangat kelihatan sangat bertenaga. Melihat keadaannya yang suka melompat dan berpusing-pusing di dalam bilik, saya berpendapat bahawa arnab ini memerlukan bilik yang lebih besar.

Masa Untuk Bersantai Di Bilik Peribadi

Masa Untuk Bersantai Di Bilik Peribadi

Arnab yang dipilih kemudiannya dimasukkan ke dalam bakul seperti bakul berkelah untuk dibawa ke tingkat atas. Bilik peribadi dibina seperti bilik persendirian dalam pusat karaoke Jepun, dilengkapi skrin televisyen yang besar dan 2 buah. Sofa diletakkan seperti memisahkan bilik, oleh itu 2 ekor arnab yang dibawa bersama tidak akan bertembung sesama sendiri, boleh bermain di sekeliling dengan bebas. Tetapi, kebanyakan masa saya habiskan bersama Bigelle yang manja dengan mendukungnya di atas peha saya.

Masa Untuk Bermain!

Masa Untuk Bermain!

Beberapa minit kemudian, saya turunkan Bigelle ke atas lantai, saya berfikir untuk beri peluang kepadanya melompat ke atas dan ke bawah. Dalam pada itu, saya berfikir untuk bermain dengan Jeanne, rupa-rupanya arnab ini nampaknya lebih suka untuk bermain dengan bebas berbanding didukung. Ia boleh didukung sekitar 2 hingga 3 minit sahaja, kemudiannya, ia melompat turun ke lantai dan mula melompat ke atas dan ke bawah sekali lagi. Maka saya pun membuat keputusan untuk kembali kepada Bigelle. Apabila saya ingin bergerak ke sebelah, Jeanne mengikut saya dari belakang, ia naikkan kaki depan ke dinding sofa dan berdiri, kemudiannya bergerak ke arah Bigelle seakan mengucapkan salam. Alangkah comelnya!

Bersiar-siar Di Taman Atas Bumbung

Bersiar-siar Di Taman Atas Bumbung

Setelah puas berseronok dan bermain,saya mengucapkan selamat tinggal buat 2 ekor kawan baru saya lalu terus menuju ke taman atas bumbung. Cuaca yang sedikit panas pada musim luruh, dan petang yang ceria, ia merupakan hari yang sempurna untuk menikmati udara segar. Ketika tiba di atas bumbung, terdapat 2 ekor arnab berlainan jenis muncul di taman ini yang dilengkapi sebuah buaian kecil dan satu kawasan taman herba mini. Taman herba ini bukan sekadar hiasan, malah ia dibina supaya arnab bebas untuk datang bermain dan jadikan herba yang ditanam sebagai makanan. Saya kemudiannya memasangkan tali yang comel pada arnab yang bernama Shin yang diserahkan oleh kakitangan kepada saya. “Maka, bermulalah aktiviti berjalan kaki bersama Shin!” fikir saya, tetapi Shin kelihatan begitu sibuk memakan parsli, pudina, basil dan lain-lain di sepanjang jalan.

Duduk Di Buaian Sambil Melihat Matahari Terbenam

Duduk Di Buaian Sambil Melihat Matahari Terbenam

Detik-detik terakhir adalah bersama Bibi. Bulunya yang lembut, telinganya yang tergantung dan longgar, hati siapa pun pasti akan cair dengan kecomelannya. Bulunya juga sangat panjang, hinggakan mukanya sukar kelihatan. Saya letakkan Bibi di atas peha saya sambil duduk di atas buaian, lantas mengambil gambar kenangan berlatar belakangkan rumah,kedai dan lorong jalan Asakusa. Bibi kelihatan begitu selesa duduk di atas peha saya sambil buaian diayunkan.

Pelan pembayaran adalah seperti berikut

Akses ke tempat ini sangat mudah hanya 4 minit berjalan kaki dari Stesen Asakusa. Sila pilih pelan yang anda suka ya.

Pakej

HAPPY 100% - Melihat sepuas hati & pengalaman memberi makan snek dan minuman serta boleh mengambil gambar (tidak boleh sentuh).
Harga adalah sama untuk dewasa dan kanak-kanak 1,800 yen


HAPPY 200% - Memeluk & mendukung tanpa had & pengalaman memberi makan snek & minuman & mengambil gambar tanpa had.
Dewasa 3,800 yen dan kanak-kanak 2,800 yen.


HAPPY 300% - Bermain tanpa had di bilik khas & pengalaman memberi makan snek & minuman & mengambil gambar tanpa had
Dewasa 7,800 yen dan kanak-kanak 4,800 yen


※Tiada had masa ditentukan untuk mana-mana pakej di atas

Jika ingin melihat arnab, ingin cuba bermain dengan arnab, silalah berkunjung ke kedai ini. Pengalaman yang tidak dapat anda nikmati di negara selain Jepun sedang menanti anda.

  • HUTCH ASAKUSA
    HUTCH ASAKUSA
    • Address 1-7-1 Hanakawado, Taito-ku, Tokyo 111-0033
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini