HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Akihabara Tokyo・Akihabara|Peta sekitar Stesen Akihabara & informasi pelancongan
Tokyo・Akihabara|Peta sekitar Stesen Akihabara & informasi pelancongan

Tokyo・Akihabara|Peta sekitar Stesen Akihabara & informasi pelancongan

Last updated: 18 Mei 2020

Bandar Akihabara merupakan syurga bagi peminat tegar anime dan komik yang dipanggil sebagai 「Geek Culture」dan juga terdapat pelbagai kedai menjual barangan elekrik di situ. Selepas Perang Dunia Ke-2, ramai tentera-tentera asing menjadikan Akihabara sebagai tempat pertemuan mereka.

「Akiba」merupakan singkatan nama kepada Akihabara, juga berdekatan dengan tempat pelancongan seperti Asakusa dan Ueno. Bandar ini mempunyai kedai-kedai seperti Maid Café iaitu kafe yang mempunyai pengkhususan tersendiri memperlihatkan keunikan dan kepelbagaian「Geek Culture」.

Tetapi Akihabara bukan sahaja terkenal dengan「Geek Culture」. Di sini juga terkenal dengan kedai-kedai yang bersaiz kecil sehingga kedai yang bersaiz besar mempunyai 10 level yang menjual peralatan elektrik. Anda juga berpeluang untuk melawat kuil-kuil, tempat-tempat suci, dan muzium yang berdekatan dengannya setelah puas anda membeli belah di Akihabara. Banyak tempat menarik berada sekitar Akihabara.

Membeli-belah di Akihabara

Membeli-belah di Akihabara

Sebaik sahaja anda memijakkan kaki di Akihabara, anda akan merasai seolah-olah berada di dalam dunia yang lain. Lampu neon berada di merata tempatan, bunyi mainan muzik sepanjang jalan, dan ribuan pelancong daripada rakyat tempatan mahupun pelancong luar negara datang ke sini siang dan malam untuk mendapatkan barangan elektrik yang terkini dan barangan「Geek」. Anda akan dapat melihat game center, kedai menjual barang elektrik, kafe dan restoran yang mempunyai keunikannya yang tersendiri sebaik sahaja anda keluar daripada Stesen Akihabara.

Salah satu yang menjadi daya tarikan adalah Akihabara Radio Kaikan. Barang elektrik dan koleksi produk berkaitan anime boleh didapati di sini, dan game center, SEGA pula berada bersebelahannya.

Selain itu, kepada anda yang ingin mendapatkan game terkini dan figura anime bolehlah datang berkunjung ke Kotobuki-ya Akihabara-kan. Kepada anda yang mencari permainan video retro dan produk-produk berkaitan pula bolehlah mengunjungi Super Potato. Untuk meraka yang mencari barangan elektrik pula, anda boleh pergi ke Yodobashi Camera yang mempunyai 9 level, dan turut menempatkan pelbagai jenis restoran. Kalau anda ingin mencuba kafe yang melambangkan keunikan Akihabara, kami cadangkan anda mencuba maid café seperti Mai:lish、@home café dan Maidreamin.

  • SEGA  Akihabara  4th
    SEGA Akihabara 4th
    セガ 秋葉原4号館
    • Address 1-15-9 Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021
    • Nearest Station Akihabara Station (JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / Tokyo Metro Hibiya Line / Tsukuba Express / JR Sobu Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3254-8406
  • SEGA  Akihabara  3rd
    SEGA Akihabara 3rd
    セガ 秋葉原3号館
    • Address 1-11-11 Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021
    • Nearest Station Akihabara Station (JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / Tokyo Metro Hibiya Line / Tsukuba Express / JR Sobu Line)
      2 minutes on foot
    • Phone Number 03-5297-3601
  • Cafe Mai:lish
    カフェ メイリッシュ
    • Address 2F FH Kyowa Square, 3-6-2 Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021
  • @home café Honten
    @ほぉ~むカフェ本店
    • Address Mitsuwa building 4-7F, 1-11-4 Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo 101-0021, Japan
  • Maidreamin Akihabara
    めいどりーみん 秋葉原本店
    • Address Sumiyoshi Building 6F, 3-16-17 Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo 101-0021, Japan

Muzium kesenian sekitar Akihabara

Muzium kesenian sekitar Akihabara

Di dalam Tokyo sahaja terdapat pelbagai muzium kesenian, ini juga termasuk muzium kesenian yang terdapat di sekitar Akihabara. Yang pertama adalah Origami Kaikan yang berdekatan dengan Stesen Akihabara. Di sini anda dapat mempelajari cara membuat origami secara percuma. Kemudian, berdekatan dengan Ocha-no-Mizu pula terdapat Meiji University Museum yang menempatkan koleksi sejarah Jepun lama dan negara-negara lain.

Selain itu, terdapat galeri seni yang dipanggil Arts Chiyoda 3331 di Akihabara. Bukan sahaja mempamerkan koleksi barangan seni tetapi turut membuat bengkel dan mengadakan seminar di situ. 3331 pula merupakan salah satu budaya Jepun yang membawa maksud tepukan sebagai tanda penghormatan dalam istiadat untuk menunjukkan penghargaan yang diperkenalkan sejak zaman pemerintahan Edo.

Kuil-kuil dan tempat-tempat suci sekitar Akihabara

Kuil-kuil dan tempat-tempat suci sekitar Akihabara

Mungkin susah untuk anda membayangkan Akihabara dengan kuil-kuil dan tempat-tempat suci, tetapi sebenarnya di sekitar Akihabara terdapat kuil-kuil dan tempat-tempat suci yang terkenal. Yang pertama adalah Kanda Myojin di mana anda dapat merasai suasana asimilasi budaya di antara anime dan tradisi Jepun. Juga terkenal kerana banyak festival yang unik-unik diadakan di situ. Ramai orang yang datang melawat ke sini terdiri daripada golongan orang berbisnes sehinggakan kepada golongan geek atau pun otaku.

Jangan melepaskan peluang mengunjungi Yushima seidō, yang masih lagi wujud sejak dibina pada tahun 1600. Di sekitarnya terdapat peninggalan sejarah sekolah yang diperintah oleh kerajaan tentera ketika itu yang merupakan asas kepada pendidikan Jepun moden. Selain itu, berbeza dengan kuil atau pun tempat suci, terdapat juga gereja pertama Jepun yang mempunyai konsep seperti Byzantine, iaitu Holy Resurrection Cathedral, suatu tempat yang mempunyai nilai untuk anda lawati.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari