HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Akihabara Kafe pembantu rumah yang mesti anda lawati!
Kafe pembantu rumah yang mesti anda lawati!

Kafe pembantu rumah yang mesti anda lawati!

Last updated: 29 Januari 2020

Kafe pembantu rumah atau maid-kissa mula muncul di Akihabara lebih kurang pada tahun 2000. Popularitinya terus meledak memandangkan konsepnya yang berlainan daripada yang lain, iaitu pengunjung akan dilayan oleh wanita yang berpakaian seperti pembantu rumah. Kini ianya telah menjadi lokasi hiburan yang menawarkan kepelbagaian idea dan pilihan.

Merasai pengalaman sebagai komander di kafe pembantu rumah ala zaman perang!

Merasai pengalaman sebagai komander di kafe pembantu rumah ala zaman perang!

Hiasan dalaman kedai yang berkonsepkan zaman perang. Pembantu rumah berpakaian pembantu rumah ala Jepun yang diolah daripada kimono akan menceriakan pelanggan. "Uijin Set" disyorkan kepada pelanggan yang baru pertama kali berkunjung ke sini. Pengunjung dapat menikmati omu-rice (nasi telur goreng omelet) berilustrasi serta takoyaki ala rolet Rusia yang diisi dengan wasabi. Terdapat juga kos yang membolehkan pengunjung menikmati minuman tanpa had dari lebih 100 jenis minuman. Cubalah juga membaca mantera, "oishiku na-re. Moe-kiri!" bersama-sama pembantu rumah di sini.

  • Mononopu
    戦国メイドカフェ&バー もののぷ
    • Address Isuzu Bld.5F(Bfuroa), 4-6-2, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021, Japan

Kafe lama yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem

Kafe lama yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem

Kedai Pinafore dibuka pada tahun 2003. Kedai ini merupakan kedai yang lama di Akihabara, serta merupakan kedai terawal yang dipanggil kafe pembantu rumah. Kedai ini juga terkenal sebagai lokasi pengambaran filem Densha Otoko dan DEATH NOTE "L change the world". Kostum serta hiasan dalaman kedai ini merupakan hasil rekaan daripada para pembantu rumah. Pengunjung boleh berkomunikasi dengan pembantu rumah yang bukan sahaja comel, tetapi juga mempunyai bakat yang tinggi di sini. Suasana kedai yang ceria memudahkan pengunjung datang walaupun berkeseorangan.

  • Pinafore
    メイドカフェぴなふぉあ1号店
    • Address Santyuu Bld.1F, 1-19, Kandasakumacho, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0025, Japan

Beristirehat di dalam suasana klasik

Beristirehat di dalam suasana klasik

Schatz Kiste membawa maksud kotak harta karun di dalam Bahasa Jerman. Ianya terkenal dengan konsep perpustakaan peribadi yang menawarkan karya yang berdebar serta yang menyeronokkan. Pakaian pembantu rumah ini menggariskan perbezaan berbanding pembantu rumah yang lain, iaitu berpakaian klasik dengan mengenakan skirt panjang hitam serta apron putih. Pasti pengunjung kembali segar apabila dapat menikmati manisan yang baru dibakar sambil berborak panjang mengenai kegemaran masing-masing di kafe bersuasana antik di Eropah ini.

  • Schatz Kiste
    私設図書館カフェ シャッツキステ
    • Address Hasegawa Bld.1kai, 6-5-11, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021, Japan

Disambut dengan senyuman di ruangan yang selesa

Disambut dengan senyuman di ruangan yang selesa

Mailish, di mana pengunjung disambut dengan senyuman oleh pelayan yang memakai kostum beropol yang comel. Setiap hari rabu pengunjung akan disambut dengan pelayan yang berpakaian pembantu rumah rekaan klasik. Setiap hari selasa pula merupakan hari hobi, di mana acara seperti kereta mini empat roda dijalankan. Terdapat juga pelbagai makanan dan minuman. Terdapat juga pelbagai menu yang memuaskan pada waktu makan tengah hari, minum petang, serta makan malam. Pengunjung boleh menikmati pelbagai menu istimewa Mailish seperti minuman bersaiz tiga kali ganda besar, koktel yang berimejkan pelayan, dan sebagainya.

  • Mailish
    カフェ メイリッシュ
    • Address FHkyouwa Square2F, 3-6-2, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari