HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Akihabara 3 lokasi bergambar pilihan di Akihabara
3 lokasi bergambar pilihan di Akihabara

3 lokasi bergambar pilihan di Akihabara

Last updated: 18 Mei 2020

Artikel ini akan memperkenalkan beberapa lokasi pilihan untuk bergambar sambil membeli-belah di bandar elektronik ini! Kesemua lokasi ini terletak berdekatan dengan stesen kereta api, dan amat sesuai bagi mereka yang gemar mengambil gambar sambil melancong. Tarikan Akihabara bukan sahaja pada waktu siang, malah nyalaan lampu neon pada waktu malam juga sangat menarik. Pengunjung juga disyorkan untuk mengambil gambar pada waktu malam.

Rakamkan suasana Akihabara di sini!

Rakamkan suasana Akihabara di sini!

Syurga pejalan kaki yang dibuka pada setiap hari Ahad di Chuo-dori ini merupakan salah satu lokasi bergambar di mana terdapat deretan kedai-kedai barangan elektronik di bahagian kiri dan kanan sepanjang jalan ini. Waktu operasi adalah dari jam 13:00 hingga jam 18:00 (hingga jam 17:00 pada bulan Januari hingga Mac), dan tidak dibuka jika cuaca hujan. Sekiranya bernasib baik, pengunjung berpeluang bertemu dengan staf "maid kissa" (kafe pembantu rumah) ataupun orang yang memakai seragam "cosplay" di sini.

Mari bergambar di atas jambatan yang lama yang menawan!

Mari bergambar di atas jambatan yang lama yang menawan!

Manseibashi merupakan lokasi bergambar pada masa kini yang menggambarkan suasana indah Jepun pada zaman dahulu. Jambatan ini dikatakan telah dibina berasaskan rekaan jambatan yang dibina pada era Meiji. Pengunjung dapat menikmati pemandangan bangunan dari atas jambatan, dan ini telah menjadikan lokasi ini sebagai tempat kunjungan pelancong yang ingin bergambar. Selain pada waktu siang, penggambaran pada waktu malam juga amat disyorkan dengan suasana indah nyalaan lampu pada waktu malam.

  • Mansei Bridge
    • Address 1, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021
      View Map
    • Nearest Station Akihabara Station (JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / Tokyo Metro Hibiya Line / Tsukuba Express / JR Sobu Line)

Pemandangan deretan "gacha-gacha" (mesin mainan kapsul) yang menakjubkan!

Pemandangan deretan "gacha-gacha" (mesin mainan kapsul) yang menakjubkan!

Lokasi ini ialah kedai khusus "gacha-gacha" iaitu mesin jualan automatik kapsul yang mengandungi mainan di dalamnya. Terdapat lebih kurang 480 buah mesin gacha-gacha yang boleh dicuba di "Akihabara Gachapon Kaikan" ini. Kedai ini menawarkan pilihan produk seperti karakter anime, haiwan, makanan dan sebagainya dalam bentuk model yang diukir dengan teliti. Dengan deretan gacha-gacha yang pelbagai, kedai ini merupakan salah satu lokasi bergambar yang wajib dikunjungi di Akihabara. Jangan lupa juga untuk mendapatkan produk yang anda gemari di sini.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari