HOME Jepun:Penginapan

Jepun:Penginapan

Menginap di “Ryokan” iaitu tempat penginapan ala Jepun dimana terdapat kolam air panas yang besar dan setiap bilik mempunyai tatami (lantai Jepun), pasti akan menjadikan pengalaman melancong ke Jepun satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Ryokan kebiasaannya terdapat di kawasan yang mempunyai kolam air panas semulajadi. Ryokan yang terdapat di pekan-pekan adalah bercirikan hotel dimana konsepnya adalah ringkas dan minimal. Manakala, hotel-hotel pelancongan yang besar dan mewah pula kebanyakkannya terdapat di pusat-pusat peranginan utama seperti Okinawa, Izu dan Atami. Selain itu, terdapat pelbagai jenis tempat penginapan yang ada di Jepun seperti homestay, hotel kapsul dan sebagainya.

Artikel Terkini