HOME Jepun:Jamu selera

Jepun:Jamu selera

Jepun mempunyai budaya pemakanan yang tersendiri. Secara amnya budaya ini dipengaruhi oleh keadaan muka buminya yang dikelilingi oleh lautan dan iklimnya yang mempunyai empat musim. Budaya pemakanan Jepun yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai budaya warisan menampilkan bahan-bahan masakan yang hasil tuaiannya bergantung pada musim-musim tertentu sahaja dan keistimewaannya dari segi rasa serta keunikan hidangannya. Selain itu, terdapat juga makanan barat dan masakan cina dimana anda boleh menikmati kepelbagaian hidangan. Kepelbagaian restoran di Jepun juga menjadi salah satu tarikan dimana anda boleh memilih sama ada mahu menjamu selera di restoran ternama yang bertaraf antarabangsa, café mahu pun restoran makanan segera bergantung kepada selera dan bajet anda sendiri.

Artikel Terkini