HOME Hotel
Hotel

Hotel

Last updated: 30 Mac 2017

Hotel masih menerima kunjungan ramai walaupun terdapat banyak lagi jenis pusat penginapan di Jepun. Memperkenalkan kelebihan hotel dan cara menggunakannya.

Hotel mewah

Dalam 10, 20 tahun kebelakangan ini, banyak hotel mewah telah dibuka disekitar Tokyo. Hotel-hotel ini dilengkapi kolam renang, gimnasium dan juga staf yang boleh berbahasa Inggeris. Bukan sahaja itu, hotel-hotel mewah ini dilengkapi dengan restoran sajian Jepun dan Barat yang bertaraf tinggi disamping lounge dan juga bar yang boleh dikunjung oleh orang luar. Juga terdapat hotel Jepun klasik seperti Imperial Hotel dan juga Hotel Stesen Tokyo.

Hotel Bandar

Hotel Bandar

Hotel-hotel yang terletak di pusat bandar juga terkenal dengan kemudahan yang disediakan seperti dewan bankuet disamping restoren sajian Jepun yang terkenal dan juga lounge mahupun bar. Kemudahan-kemudahan seperti ini sering kali menarik perhatian pelancong yang datang secara berkumpulan.

Hotel Ekonomi

Hotel Ekonomi

Hotel-hotel seperti ini digelar sebagai hotel bisnes dimana kebiasaannya digunakan oleh pengunjung yang datang ke sesuatu kawasan atas tujuan bisnes. Hotel-hotel ini biasanya terletak berhampiran dengan stesen keretapi. Biliknya agak kecil tetapi dilengkapi dengan keperluan ameniti asas. Hotel seperti ini juga tiada room service akan tetapi ianya menyediakan kemudahan akses internet dan pusat bisnes.

Hotel Resort

Di Jepun, terdapat juga hotel atau pusat peranginan yang terletak berdekatan dengan gunung atau pun pusat mata air panas. Sesetengah mencari rekreasi di tempat peranginan jenis Barat. Pusat peranginan seperti ini banyak didapati di Okinawa. Pusat peranginan sebegini kebiasaannya dilengkapi dengan gimnasium, kolam renang, spa dan juga padang golf. Oleh kerana itu, pengunjung dapat berseronok tanpa perlu keluar dari kawasan penginapan.

Bilik tema

Bilik tema

Bilik tema ini menerima pengaruh yang cukup kuat dari sub-budaya Jepun yang diketahui umum iaitu anime; dimana bilik-bilik ini dihiasi dengan pelbagai jenis karektar. Bilik tema sebegini dipenuhi dengan pelbagai jenis barangan original sesuatu anime dan juga menu-menu menarik.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari