HOME Sashimi (Hirisan ikan mentah)/ikan segar
Sashimi (Hirisan ikan mentah)/ikan segar

Sashimi (Hirisan ikan mentah)/ikan segar

Last updated: 23 Mac 2017

Sashimi ialah sejenis masakan dimana hirisan ikan mentah dari pelbagai jenis ikan dipotong dan disajikan. Kebiasaan sebelum menjamu selera, hirisan ikan mentah yang dipotong akan dicolet dengan wasabi dan kicap terlebih dahulu. Kesegaran bahan bagi sashimi perlu diberi keutamaan.
Keadaan muka bumi Jepun yang dikelilingi oleh laut yang kaya dengan pelbagai jenis ikan menjadikan budaya memakan sashimi semakin berkembang.

Sejarah

Sejarah

Pelbagai sejarah yang telah tertulis berkenaan sashimi. Sashimi biasanya dimakan dikalangan keluarga diraja pada zaman Heian, isi ikan dihiris halus-halus dan dipadankan dengan perisa”namasu” dan ianya berasal daripada perkataan itu, dan juga cerita dongeng yang mengatakan ia berasal daripada zaman Kamakura iaitu nelayan yang membuat masakan yang pantas dengan menghiris halus ikan mentah. Ketika zaman teknologi penyejukan masih belum tercipta, cara menyediakan dan tempat boleh memakannya adalah terhad. Namun, sekarang setiap keluarga dapat menikmatinya setiap hari.

Jenis-jenis ikan yang dibuat hirisan ikan mentah

Jenis-jenis ikan yang dibuat hirisan ikan mentah

Ikan yang kebiasaanya digunakan adalah seperti ikan tuna, ikan sebelah, ikan salmon dan sebagainya. Selain itu, udang, sotong, pelbagai jenis cengkerang dan sebagainya juga digunakan untuk hidangan sashimi. Ikan “ayu” dan “koi” yang terdapat di sungai kurang digemari secara amnya jika dibandingkan dengan pelbagai hidupan segar yang terdapat di laut.

Cara penyediaan yang beraneka

Cara penyediaan yang beraneka

Hidangan yang paling terkenal adalah hidangan sashimi yang isi ikannya dihiris halus-halus. “Pisau menghiris” adalah pisau yang digunakan khas untuk menghiris dengan halus dan cantik. Anda boleh melihat sendiri seni hirisan, dengan hirisannya yang halus sehingga menembusi isi ikan yang dipotong. Selain itu, hidangan ikan tongkol yang dipanggil “tataki”, dicelup ke dalam campuran bawang dan halia serta kicap, serta ikan yang dibasuh dengan air sejuk atau ais dipanggil “arai” juga adalah sejenis sashimi yang boleh anda cuba dan nikmati ketika di Jepun. Ikan hidup yang dihiris menjadi “ikezukuri” atau udang dan sebagainya yang dimakan hidup-hidup yang dipanggil “odorikui” juga merupakan cara pemakanan yang unik yang boleh dinikmati.

Hirisan ikan mentah dan bahan lainnya

Hirisan ikan mentah dan bahan lainnya

Sashimi kebiasaanya dimakan bersama wasabi dan kicap. Wasabi yang keistimewaannya adalah kepedasan hingga menusuk hidung, dapat menghilangkan bau ikan dan kehanyiran. Selain itu, pada hirisan ikan mentah juga diletakkan lobak putih yang dihiris halus dan sejenis daun. Ini dipanggil “tsuma”. Tsuma juga, digunakan untuk menghilangkan bau hanyirnya, selain menaikkan rasa sedap sashimi. Sayur yang dihidangkan bersama-sama sashimi juga dibentukkan menjadi seperti bunga, memerlukan teknik tertentu yang hanya boleh dibuat oleh pakar.

Tempat yang boleh dimakan

Tempat yang boleh dimakan

Kebanyakannya sashimi disediakan di restoran makanan Jepun, restoran sushi atau bar. Terdapat juga kedai dimana anda boleh memancing ikan didalam bekas air besar yang ada di dalam kedai dan hasil tangkapan dijadikan sashimi yang akan disediakan disitu juga. Disamping itu di kebanyakan supermarket terdapat sudut yang menjual ikan-ikan yang segar. Di Jepun, ikan yang dijual bergantung kepada musim. Menu yang terhad kepada musim ada dijual di tempat makan tertentu, jika anda terjumpa sashimi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari