HOME Musim luruh
Musim luruh

Musim luruh

Last updated: 13 Februari 2020

Musim luruh merupakan musim yang iklimnya sederhana dan selesa. Ia juga merupakan waktu yang terbaik untuk melihat daun luruh yang cantik. Di Jepun, musim luruh turut dipanggil "musim luruh yang membuka selera", kerana musim ini kaya dengan makanan laut dan darat yang lazat.

Daun luruh

Daun luruh

Daun luruh di Jepun boleh dilihat pada bulan September bermula daripada Hokkaido di Utara sehingga akhir bulan November di Kyushu yang terletak di Selatan. Melihat pemandangan tempat suci dan kuil yang diwarnai dengan daun luruh juga menyeronokkan. Kawasan tumpuan yang popular untuk melihat daun luruh di Kyoto adalah Arashiyama dan Higashiyama, manakala di Tokyo adalah Meijijingu Gaien dan Taman Peringatan Showa. Terdapat juga negara lain yang membolehkan kita melihat daun luruh tetapi tiada yang setanding Jepun yang berwarna-warni daun luruhnya.

Ekuinoks (waktu malam dan siang sama panjang)

Ekuinoks (waktu malam dan siang sama panjang)

Semasa musim bunga dan luruh, 3 hari sebelum dan selepasnya berjumlah 7 hari dipanggil “Ekuinoks”. "Ekuinoks" adalah sepadan dengan tempoh peralihan daripada musim sejuk ke musim bunga dan musim panas ke musim luruh. Bunga lili merah menandakan kedatangan ekuinoks musim luruh yang menjadi kebanggan. Kebanyakan orang Jepun melawat kubur nenek moyang pada waktu ini. Mereka membersihkan kubur nenek moyang dan menyediakan bunga serta "ohagi" untuk disembah. Ohagi adalah manisan Jepun menggunakan beras yang dimasak, dibentuk menjadi kecil dan diselaputi dengan kacang merah.

Pesta sukan

Pesta sukan

Dengan keadaan iklim yang sederhana dan selesa pada musim bunga atau musim luruh, kebanyakan sekolah di Jepun biasanya mengadakan pesta sukan. Di pesta sukan, pasukan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pasukan merah dan pasukan putih. Pelbagai pertandingan diadakan di dalam pesta ini termasuklah lumba lari dan tarian berkumpulan. Hari isnin minggu kedua bulan Oktober telah diisytiharkan "hari sukan" dan menjadi cuti kebangsaan dimana pesta sukan diadakan kebanyakannya pada waktu ini.

Pesta kebudayaan

Musim luruh disebut juga sebagai "musim luruh kesenian", dimana kebanyakan universiti dan sekolah menengah mengadakan pesta kebudayaan. Semasa pesta kebudayaan, para pelajar kebiasaannya mempersembahkan drama dan pementasan. Malah ketika ini juga gerai-gerai menjual makanan seperti “yakisoba”(mee goreng) dan crepe turut didirikan, di mana para pelajar sendiri yang menyediakan sajian makanan dan pencuci mulut. Orang luar juga dijemput untuk turut serta meraikan pesta kebudayaan yang diadakan di pusat-pusat pendidikan seluruh Jepun.

Pertukaran pakaian

Pertukaran pakaian

Peralihan musim juga menandakan masa untuk menukar pakaian yang dipanggil “pertukaran pakaian”. Pada masa era Heian, masa untuk bertukar pakaian turun temurun semasa musim panas dan musim sejuk telah ditetapkan. Pada masa kini, bagi sekolah dan polis di Jepun, pakaian seragam ditukar pada 1hb Jun bagi pakaian nipis dan akan ditukar pada 1hb Oktober bagi pakaian tebal juga telah ditetapkan. Sebagai persedian musim sejuk, setiap keluarga juga menukar jenis pakaian mereka di dalam almari baju.

Kepelbagaian sumber makanan musim luruh

Kepelbagaian sumber makanan musim luruh

Dibentuk menjadi “musim luruh yang membuka selera”, terdapat pelbagai makanan yang menyambut ketibaan musim luruh. Selain kacang dan anggur, matsutake iaitu sejenis cendawan, ikan sake dan ikan sanma, beras dan mee dan sebagainya boleh dinikmati pada musim ini. Di dalam makanan tradisi Jepun, sumber makanan yang hanya boleh didapati semasa musim ini, akan dimasak dengan cara yang betul sebelum dihidangkan. Hanya ketika musim ini sahaja dapat kita merasai kelazatan bahan-bahan tersebut.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari