HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shinjuku Mengunjungi Tempat-Tempat Menarik dari Wayang Anime (Kimi no Na Wa.) di Tokyo
Mengunjungi Tempat-Tempat Menarik dari Wayang Anime (Kimi no Na Wa.) di Tokyo

Mengunjungi Tempat-Tempat Menarik dari Wayang Anime (Kimi no Na Wa.) di Tokyo

Last updated: 3 Ogos 2020

Diarahkan oleh Makoto Shinkai, filem anime tahun 2016 ‘Kimi No Na Wa.’ (Nama Kamu.) ini bukan sahaja telah menjadi satu kejayaan dan fenomena di Jepun, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Filem ini ditayangkan di pawagam di seluruh dunia, Kimi No Na Wa telah memenangi anugerah Animasi Terbaik di Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Los Angeles 2016 dan di China, ia memecahkan setiap rekod bagi kategori bilangan penonton yang hadir di pawagam untuk menonton filem Jepun. Ini bermakna Kimi No Na Wa telah berjaya memenangi hati penonton di seluruh dunia, tidak kira di mana mereka berada.

(C)2016「君の名は。」製作委員会

Taki, watak utama lelaki Kimi No Na Wa, adalah seorang pelajar sekolah tinggi yang tinggal di bandar, manakala watak utama perempuan pula dikenali sebagai Mitsuha, seorang pelajar sekolah tinggi yang tinggal di kawasan pergunungan luar bandar Jepun. Pada mulanya kedua-dua mereka tidak pernah bertemu, tetapi cerita mereka bermula dengan keajaiban. Pada suatu pagi, mereka bangun dan menyedari bahawa badan mereka bertukar diantara satu sama lain! Selain jalan ceritanya yang menarik, ciri animasi yang dilukis dengan cantik, gambaran realistik landskap di Jepun, seperti bandaraya Tokyo dan bandar Hida di wilayah Gifu juga amat menarik. Terutamanya tempat-tempat suci di Tokyo yang telah muncul dalam filem telah menarik sebilangan besar pelawat sejak pengeluaran filem Kimi No Na Wa. Begitu juga dengan tempat-tempat lain yang merupakan lokasi filem Kimi No Na Wa telah menjadi inspirasi dan memberi pengalaman bermakna kepada pelawat.

Banyak lokasi dalam anime ini di Tokyo memberikan kenangan abadi buat peminatnya. Berikut akan diperkenalkan enam lokasi yang ‘fotogenik’ di sekitar ibu negara Jepun. Jadi, dapatkan kamera anda dan mari kita meninjau lokasi pelancongan ini di Tokyo!

Jejambat di hadapan Stesen JR Shinanomachi

Jejambat di hadapan Stesen JR Shinanomachi

Babak yang berlatar belakangkan jejambat ini, banyak kali ditayangkan dalam filem ini. Terletak di belah kanan dan kiri di hadapan Stesen Shinanomachi. Ini adalah di mana Taki dan Okudera, senior di tempat kerja sambilan beliau mengucapkan selamat tinggal selepas mereka berjumpa, dan di mana Mitsuha cuba memanggil Taki selepas perjalanan Mitsuha ke Tokyo. Jejambat ini menuju ke jalan yang sempit yang dipenuhi dengan pelbagai pokok ginkgo dan suasana yang begitu tenang dan santai. Sukar untuk mempercayai bahawa ianya adalah terletak di tengah-tengah salah satu tempat yang terbesar di antara bandar yang paling sibuk di dunia.

  • The Pedestrian Bridge in Front of JR Shinanomachi Station
    JR信濃町前歩道橋
    • Address Minamimotomachi Shinjuku, Tokyo 160-0012 Japan

(2) Menara Docomo, yang kelihatan dari Stesen JR Shinanomachi

(2) Menara Docomo, yang kelihatan dari Stesen JR Shinanomachi

Megah diterangi oleh cahaya mentari pagi yang cerah, Menara Docomo dan bentuknya yang unik amat menonjol walaupun didalam lukisan berlatarkan langit di Tokyo dalam Kimi No Na Wa. Menara yang dibina oleh NTT DoCoMo iaitu salah satu syarikat telekomunikasi utama di Jepun, ia adalah bangunan keempat terbesar antara kesemua bangunan di Tokyo. Walaupun bangunan itu sendiri adalah berhampiran Stesen Yoyogi, pemandangan dari filem ini, sebenarnya boleh diambil dari luar Stesen Shinanomachi, yang terletak di sebelah kanan jejambat tersebut. Anda akan dapat melihat dengan mata anda sendiri pemandangan dalam filem itu bermula dari setiap bangunan disertai pokok, yang akan membuatakan anda benar merasakan seperti anda seorang watak dalam filem Kimi No Na Wa.

  • The Docomo Tower, Seen from JR Shinanomachi Station
    JR信濃町駅から見たドコモタワー
    • Address Minamimotomachi Shinjuku, Tokyo 160-0012 Japan

Galeri Gambar Memori Meiji

Galeri Gambar Memori Meiji

Dalam filem Kimi No Na Wa, bangunan yang boleh dilihat dari belakang sekolah Taki adalah Galeri Gambar Memorial Meiji, yang terletak di luar taman Meiji Jingu, juga berhampiran Stesen Shinanomachi. Terletak di dalam sebuah bangunan yang diiktiraf sebagai aset budaya penting dalam Jepun, muzium ini mempamerkan artifak yang menggambarkan pelbagai peristiwa dan pemandangan perindustrian dan pemodenan Jepun, dari era Bakumatsu, pengakhiran bagi era Shogun, iaitu dalam tempoh era Meiji. Sebagai contoh perubahan cara pemakaian pakaian seharian yang ditukarkan daripada kimono kepada pakaian gaya Barat. Anda boleh melihat asimilasi menarik budaya Barat dan Jepun, dimana ianya dipaparkan melalui lukisan yang memberikan gambaran indah yang sangat unik Jepun kuno.

Buka: 9:00pagi -05:00petang. (kemasukan terakhir 4:30petang)
Hujung Tahun : 30 Disember - 2 Januari: 10:00pagi-05:00petang. (kemasukan terakhir 4:30petang.)
Bayaran masuk: 500yen
Cuti: Tiada ketetapan
Alamat : 1-1 Kasumigaokamachi, Shinjuku-ku, Tokyo-to 160-0013

Pusat Seni Negara, Tokyo

Pusat Seni Negara, Tokyo

Dipertengahan perjalanan, anda pasti akan mendapati diri anda terasa lapar dan mungkin sedikit letih - maka mari kita menuju ke Pusat Seni Negara, Tokyo! Ini adalah dimana watak utama lelaki iaitu Taki dan Okudera, senior di tempat kerja sambilan beliau, pergi pada tarikh yang dijanjikan dan makan di Restoran Salon de The Rond di tingkat dua muzium. Dibina di atas kon yang terbalik, restoran ini seolah-olah terapung di udara dan amat terkenal dengan pastri yang lazat, seperti kek dan macaroons. Selain itu, menu khas yang dihasilkan biasanya disediakan di sekitar pameran yang diadakan di Pusat Seni Lukis Negara. Kedai muzium di dalam dewan utama boleh dikunjungi dengan kemasukan percuma dan tempat yang paling sesuai untuk mencari cenderahati unik kerana ia menawarkan pelbagai barangan warna-warni, hasil kerja oleh artis Jepun bersama-sama bagi menghasilkan kraftangan yang indah.

Buka : 10:00pagi.-06:00petang (kemasukan terakhir 5:30petang.)
Jumaat: 10:00pagi-08:00petang (kemasukan terakhir 7:30petang.)
Bayaran masuk: 500yen
Cuti: Selasa (muzium dibuka jika Selasa adalah hari cuti kebangsaan) atau Tahun Baru
Alamat : 7-22-2 Roppongi, Minato-ku, Tokyo-to 106-0032

Salon de The Rond
Buka : 11:00-06:00 (tempahan terakhir 17:30)
Jumaat: 11:00-07:00 (tempahan terakhir 18:30)
Cuti: Selasa

Persimpangan di Balai Polis Shinjuku

Persimpangan di Balai Polis Shinjuku

Pemandangan ini adalah salah satu pemandangan yang paling terkenal apabila ia digunakan untuk memperindahkan gambaran perbezaan antara bandar yang tenang dan indah di bandar Hida dan bandar yang sibuk, metropolis Tokyo. Kebanyakan pemandangan dalam filem Kimi No Na Wa, disertakan dengan muzik, dan salah satu daripada tempat kegemaran peminat filem di kalangan mereka adalah tempat kejadian diiringi oleh muzik Radwimps 'Zen Zen Zense. Dengan lampu isyarat banyak yang tersusun di persimpangan yang betul-betul terletak di Balai Polis Shinjuku amat menonjol, meransang imej yang berteknologi tinggi Cyber-Tokyo dan kontemporari Jepun. Sekitar persimpangan ini tersusun banyak bangunan pencakar langit Shinjuku yang paling seperti Pejabat Kerajaan Metropolitan Tokyo, dan tempat yang amat disyorkan bagi pengunjung yang berminat untuk melihat seni bina moden di Jepun yang memukau.

  • The Intersection at the Shinjuku Police Station
    新宿警察署裏交差点
    • Address 6 Chome-5 Nishishinjuku, Shinjuku-ku, Tōkyō-to 160-0023, Japan

Shinjuku Ohga-do Higashi

Shinjuku Ohga-do Higashi

Bercakap tentang pemandangan di Tokyo, satu tempat lagi yang menonjol dipaparkan dalam filem Kimi No Na Wa dikenali sebagai Shinjuku Ohga-do. Terowong besar ini terletak betul-betul di luar pintu keluar timur Stesen Shinjuku, menghadap ke daerah hiburan Kabukicho, sepanjang Jalan Yasukuni, dan adalah satu mercu tanda yang terkenal di kawasan ini. Skrin besar terpapar di latar belakang, bersama-sama dengan penglihatan yang berwarna-warni dan ciri-ciri bangunan yang besar dan lampu neon, menunjukkan iklan, video muzik, dan berita terkini untuk pejalan kaki. Jika anda ingin menikmati Shinjuku Ohga-do pada sudut yang sama seperti ditunjukkan dalam filem Kimi No Na Wa, pandanglah ke arah terowong dari betul-betul di hadapan Stesen Shinjuku Seibu!

  • Shinjuku O-Guard East
    新宿大ガード東
    • Address 1 Chome Kabukichō Shinjuku-ku, Tōkyō-to 160-0021

Writer : Sumiko Kodama

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari