HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Asakusa Satu Malam 4000 Yen! Rumah Tumpangan Yang Unik di Asakusa, Kuramae dan Ikebukuro
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ikebukuro Satu Malam 4000 Yen! Rumah Tumpangan Yang Unik di Asakusa, Kuramae dan Ikebukuro
Satu Malam 4000 Yen! Rumah Tumpangan Yang Unik di Asakusa, Kuramae dan Ikebukuro

Satu Malam 4000 Yen! Rumah Tumpangan Yang Unik di Asakusa, Kuramae dan Ikebukuro

Last updated: 5 November 2020

Ketika melawat Tokyo, ia bukan sahaja penting untuk merangka pelan bersiar-siar bagi memenuhi rasa ingin tahu anda tetapi pemilihan tempat penginapan juga perlu diberi perhatian. Kali ini kami mengkhususkan untuk anda memilih rumah penginapan yang anda boleh menginap kira-kira 4,000 Yen satu malam, yang terletak di kawasan-kawasan perumahan indah Nishi-Ikebukuro, Asakusa, dan Kuramae. Percutian yang selesa dan menyeronokkan dengan acara yang meriah, pasti menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika anda berada di Tokyo.

Sheena dan Ippei / Nishi-Ikebukuro, Shiinamachi

Sheena dan Ippei / Nishi-Ikebukuro, Shiinamachi

“Sheena dan Ippei” dibuka pada bulan Mac 2016, terletak hanya kira-kira 20 minit berjalan kaki dari kesibukan di Stesen Ikebukuro, dan kira-kira 4 minit berjalan kaki dari Stesen Shiinamachi di Ikebukuro Seibu Line. Shiinamachi adalah salah satu kawasan kejiranan Ikebukuro, yang dikenali dengan suasana selesa dan kawasan membeli-belah yang meriah di jalan-jalan berhampiran. Sheena dan Ippei terletak betul-betul di tengah-tengahnya. Bangunan yang diubahsuai bagi menjadikan rumah tamu ini terletak di satu restoran Tonkatsu yang popular (dilapisi tepung roti hirisan daging babi ) sejak 44 tahun lepas, dan warisannya masih dikekalkan dengan penggunaan papan tanda kayu yang besar di atas pintu masuk. Pemilik Sheena dan Ippei, Hikamiyama-san, sebenarnya adalah pengurus sebuah syarikat perabot dan impiannya adalah untuk membawa langsir buatan tangan ke serata Jepun. Beliau juga ingin orang di luar sana belajar dan memahami keadaan masyarakat di Tokyo dengan memutuskan untuk menjalan perniagaan rumah tamu berkonsepkan "rutin seharian rakyat Tokyo". Dengan kemahirannya berasaskan kain, seni hiasan dalaman Sheena dan Ippei dihiasi dengan baju dan kain buatan tangan, dan di tingkat pertama pula dijadikan sebuah kafe yang selesa dengan berkonsepkan tema menarik iaitu "menghubungkan dunia dengan kain, menghubungkan kejiranan dengan tenunan jahitan mesin”. Atmosfera ruang ini sangat selesa dan menjadi ruang pertukaran budaya antarabangsa dan antara generasi. Kafe ini juga merupakan tempat dimana pameran tetap karya Hikamiyama dan disini jugalah diadakan bengkel kraftangan secara berjadual diadakan, jadi jangan teragak-agak untuk singgah dan menikmati secawan atau dua cawan kopi sambil menghayati seni yang dipamerkan. Pengalaman-pengalaman yang menarik seperti ini sudah tentu memainkan peranan yang besar dalam membuatkan percutian anda menjadi sesuatu yang unik dan tidak dapat dilupakan!

Bilik di tingkat 1 dan 2 diubah suai sedikit namun masih mengekalkan reka bentuk asal dengan pencahayaan dan pintu kertas gelangsar tradisional Jepun. Secara keseluruhannya, terdapat empat bilik tidur persendirian gaya-Jepun dan satu bilik tidur besar berkonsepkan dormitori dimana setiap bilik adalah selesa dan menenangkan dengan suasana retro Jepun yang pasti akan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tandas, bilik mandi, cerek elektrik dan peti sejuk berkonsepkan kongsian bersama tetamu yang lain dan setiap bilik juga menawarkan akses Wi-Fi secara percuma. Andai boleh memilih untuk bersantailah di rumah tamu atau pergi membeli belah di Shiinamachi atau juga menikmati hidangan yang lazat di gerai makanan dan restoran yang terdapat di kawasan itu. Bagi mereka yang di luar sana yang inginkan pengalaman pertama tentang bagaiman kehidupan harian penduduk Tokyo, Sheena dan Ippei yang terletak di bandar Ikebukuro ini amatlah disyorkan.
Bilik tidur besar: 3800 yen semalam / seorang
Bilik tidur persendirian: antara 14,000 yen dan 18,000 yen setiap malam / setiap bilik (semua tidak termasuk cukai)

  • Sheena To Ippei
    Sheena To Ippei
    シーナと一平
    • Address Toshima-ku Nagasaki 2-12-4, Tokyo, 171-0051
    • Nearest Station Shiinamachi Station (Seibu Ikebukuro Line)
      3 minutes on foot

Rumah Tamu Tokyo Hikari / Asakusa Kuramae

Rumah Tamu Tokyo Hikari / Asakusa Kuramae

Rumah Tamu Tokyo Hikari dibuka pada Oktober 2014 boleh diakses dengan hanya berjalan kaki selama satu minit dari Stesen Kuramae Asakusa Line Toei. Ciri yang paling unik rumah tumpangan ini adalah gabungan yang indah elemen kontemporari dan daya tarikan nostalgia, mewujudkan suasana retro yang mesra dan selesa. Bangunan tersebut dahulunya merupakan sebagai bengkel pertukangan kayu tetapi pemilik dan keluarganya mengubahsuai bangunan tersebut dalam tempoh satu tahun – dimana hampir keseluruhan ruang dalaman, termasuk perabot dan juga katil, adalah buatan tangan oleh isteri pemilik. Bekas bengkel pertukangan kayu telah bertukar menjadi bilik awam yang selesa dengan ruang yang terbuka termasuk 4 meter siling yang tinggi. Ia menawarkan ruang yang baik untuk berehat sambil menikmati secawan teh dan membaca buku, dan juga tempat untuk pertukaran budaya antarabangsa sama ada dengan kakitangan atau tetamu lain. Mungkin anda juga boleh menemui rakan baru di sini? Memandangkan pemilik rumah tumpangan ini pernah bekerja di Pasar Tsukiji, beliau juga menawarkan perkhidmatan lawatan percuma ke pasar yang terkenal setiap hari Selasa. Jangan teragak-agak untuk bertanya mengenainya apabila anda tiba nanti!

Menawarkan pelbagai bilik tidur, seperti bilik tidur besar yang boleh memuatkan sehingga tiga orang tetamu, bilik tamu yang boleh dikongsi oleh lelaki dan wanita, atau bilik khas untuk golongan wanita sahaja. Tandas, bilik mandi, dan dapur dikongsi oleh semua tetamu dan setiap bilik disediakan Wi-Fi percuma. Selain itu, rumah tamu ini terletak di lokasi strategik iaitu kira-kira 15 minit berjalan kaki ke tempat pelancongan utama sekitar Asakusa, seperti Kuil Senso-ji dan Kaminarimon. Dengan suasana yang selesa dan perabot buatan tangan, rumah tamu Tokyo Hikari adalah oasis yang sempurna dan tenang di tengah-tengah Tokyo dan anda pasti akan merasa seolah-olah pulang ke rumah apabila kembali dari bersiar-siar pada waktu malam.
Bilik Tidur Besar untuk lelaki dan wanita: 3200 yen bagi setiap malam / seorang
Bilik Tidur Besar untuk wanita sahaja: 2800 yen semalam / seorang
Bilik tidur persendirian: antara 6000 yen dan 12,000 yen setiap malam / setiap bilik
(Termasuk cukai, bayaran disemak semula pada 1 Januari 2017. Lihat laman web rasmi untuk maklumat lanjut.)

  • Tokyo Hikari Guesthouse
    Tokyo Hikari Guesthouse
    東京ひかりゲストハウス
    • Address Taito-ku Kuramae 2-1-29, Tokyo, 111-0051
    • Nearest Station Kuramae Station (Toei Asakusa Line / Toei Oedo Line)
      2 minutes on foot

Hostel Bunka Tokyo / Asakusa

Hostel Bunka Tokyo / Asakusa

Hostel Bunka Tokyo, dibuka sejak Disember 2015, terletak di Asakusa Sushiya-Dori, jalan yang terkenal dengan jolokan "jalan kedai sushi " dan tidak sesak dengan pejalan kaki dan pelawat seperti di tempat lain di Asakusa, 5 minit berjalan kaki dari stesen keretapi bawah tanah Asakusa. Pada 2016, rumah tamu ini juga memenangi anugerah reka bentuk yang baik dalam kategori pembangunan wilayah / komuniti dan aktiviti sumbangan sosial. The "Izakaya Bunka," sebuah pub tradisional Jepun, boleh didapati di tingkat pertama di rumah tamu ini, membolehkan pelawat dari seluruh dunia merasai pengalaman pertama budaya pub Jepun yang asli. Dihiasi dengan tingkap kaca besar di hadapan, menjadikannya untuk suasana yang terbuka dan menyeronokkan. Ramai pengunjung luar yang bukan tetamu Hostel Bunka Tokyo juga datang untuk menikmati Izakaya Bunka yang terkenal dengan reka bentuknya yang unik. Jadi singgahlah di sini untuk merasai sendiri "wa"(Kejepunan) bersama semangat Jepun yang asli, dalam kehangatan cahaya tanglung kertas.

Bilik di Hostel Bunka Tokyo ini menekankan konsep fungsi dan kebersihan, itulah sebabnya para tetamu akan sentiasa menemui bilik tidur yang dilengkapi dengan segala kemudahan dan sangat bersih. Selain bilik tidur besar untuk lelaki dan wanita atau bilik khas untuk wanita sahaja, rumah tumpangan ini turut menyediakan katil dua tingkat dan menawarkan bilik besar untuk keluarga yang mempunyai bilik mandi dan tandas sendiri. Menginap di Hostel Bunka Tokyo juga akan memberikan anda akses yang mudah bukan sahaja untuk Tokyo Skytree (R) tetapi untuk keseluruhan tempat pelancongan yang terkenal di Asakusa. Selain itu, anda disarankan untuk mencuba masakan istimewa Jepun yang asli di Izakaya Bunka di tingkat satu rumah tamu ini.
Bilik Tidur Besar lelaki dan wanita (jenis katil dua tingkat): 3,000 yen bagi setiap malam / seorang
Bilik Tidur Besar lelaki dan wanita (jenis katil bujang): 5,000 yen bagi setiap malam / seorang
Bilik Tidur Besar wanita sahaja (jenis katil dua tingkat): 3,000 yen bagi setiap malam / seorang
Bilik Keluarga (dilengkapi bilik mandi & tandas): 16.800 yen semalam / per bilik
Semua harga yang disenaraikan adalah termasuk cukai.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari