HOME Atami Laluan Representatif Pelancongan Atami
Laluan Representatif Pelancongan Atami

Laluan Representatif Pelancongan Atami

Update:

Berehat di tepi pantai bersama makanan laut gourmet dan kolam air panas! Kami memperkenalkan laluan yang disyorkan untuk anda menikamati "semua perkara yang anda ingin lakukan di Atami". Gunakan Istana Atami yang terletak diatas bukit untuk "berendam, berehat, dan mandi".

  1. 1
    Kedai-kedai yang teratur di kompleks membeli-belah
  2. 2
    Nikmati Makanan Laut yang Segar
  3. 3
    Kolam Air Panas untuk Pelanggan Pulang Hari
  4. 4
    Tempat Peranginan Tepi Laut Berstail Negara Selatan
  5. 5
    Tempat Mengambil Gambar Bersama Tugu Penulis Karya Sastera Terkenal
  6. 6
    Dek Pemerhatian yang Boleh Melihat Seluruh Atami
1

Kedai-kedai yang teratur di kompleks membeli-belah

Kedai-kedai yang teratur di kompleks membeli-belah

Di "Kompleks beli-belah Nakamise dori" dan "Kompleks beli-belah Heiwa dori" yang berdekatan dengan stesen Atami, terdapat banyak kedai makan dan cenderamata. Nikmati pengalaman membeli-belah disini sambil menikmati "pau kolam air panas" yang terkenal di bandar kolam air panas ini.

2

Nikmati Makanan Laut yang Segar

Nikmati Makanan Laut yang Segar

"Maguroya", kedai yang terkenal dengan makanan laut yang segar ini juga mendapat perhatian dikalangan penduduk tempatan. Menu utamanya, "Nasi Maguro", adalah berpatutan dengan isi yang banyak, walaupun berharga hanya 500 yen. Selain itu juga, terdapat juga menu terkenal lain seperti "Set Sashimi" dan "Nasi Ikan Bilis Goreng Kawah".
"Sup Ara", iaitu sup yang dibuat daripada bahagian ikan yang tidak digunakan, disediakan bersama sebagai servis istimewa di Atami.

Masa perniagaan: 11:00~14:30, 16:00~17:30(Kedai akan ditutup jika makanan habis)
Cuti tetap: Rabu(Sebulan 2 kali tidak cuti)

  • Maguroya
    熱海 まぐろや
    • Address ATAMIX B1F,Tawarahontyou9-1, Atami-shi, Shizuoka, 413-0000
3

Kolam Air Panas untuk Pelanggan Pulang Hari

Kolam Air Panas untuk Pelanggan Pulang Hari

"Kolam Air Panas Nikkotei Oyu" adalah kolam air panas bersejarah yang terkenal dikalangan pelancong pulang hari. Ia juga sesuai untuk anda mengalirkan peluh anda.
Kolam air panas terbuka dikelilingi oleh hutan buluh dengan keluasan yang mampu menampung 20 orang pada satu masa. Tambahan pula, terdapat juga ruang mandi persendirian yang mampu menampung 5 orang pada satu masa untuk kegunaan keluarga.

Masa perniagaan: 9:00~20:00
Cuti tetap: Selasa (bertukar pada berikutnya jika cuti umum)
Bayaran: 1000 yen seorang dewasa
Bilik persendirian:1 bilik 5 orang, 2 jam 2000 yen

  • Nikkotei Ooyu
    • Address 5-26, Kamijukucho, Atami-shi, Shizuoka, 413-0018
      View Map
    • Nearest Station Atami Station (Tokaido Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Ito Line)
      10 minutes on foot
    • Phone Number 0557-83-6021
4

Tempat Peranginan Tepi Laut Berstail Negara Selatan

Tempat Peranginan Tepi Laut Berstail Negara Selatan

Pada musim panas, ramai pelancong datang ke "Sun Beach" untuk berenang di pantai yang dihiasi dengan pokok palma. Sebuah suasana yang pasti membuatkan anda tidak menjangka ia di Jepun. Pada waktu malam, pantai diterangi dengan cahaya lampu, menyerlahkan pemandangan seperti di pusat peranginan negara di selatan. Pantai akan dibuka kepada awam bermula hari sabtu ke-dua bulan Julai sehingga 31hb Ogos,

Masa dibenarkan berenang: 9:00~17:00
Nyalaan lampu: Setiap malam bermula matahari terbenam sehingga jam 22:00

5

Tempat Mengambil Gambar Bersama Tugu Penulis Karya Sastera Terkenal

Tempat Mengambil Gambar Bersama Tugu Penulis Karya Sastera Terkenal

"Pokok pain Omiya no Matsu dan Tugu Kanichi Omiya" yang terletak di tepi pantai adalah terkenal sebagai kawasan mengambil gambar di kalangan pelancong. Ini adalah tugu watak utama karya sastera terkenal zaman Meiji "Konjikiyasha" yang ditulis oleh Ozaki Koyo. Karya ini telah menyebabkan nama Atami tersebar ke seluruh Jepun.

6

Dek Pemerhatian yang Boleh Melihat Seluruh Atami

Dek Pemerhatian yang Boleh Melihat Seluruh Atami

"Istana Atami" yang terletak di puncak gunung Nishikigaura. Anda boleh melihat pemandangan seluruh kawasan Atami di dek pemerhatian menara istana. Atami di gelar "Monaco di timur" kerana kecantikan laut dan hotel pusat peranginannya.
Pada hari cerah, anda boleh melihat pemandangn yang cantik sambil merendam kaki di kolam air panas kaki (percuma) di tingkat 1.

Masa perniagaan: 9:00~17:00
Cuti tetap: Tiada
Bayaran: Dewasa 900 yen

  • Atami Castle
    • Address Atami-shi, Shizuoka Sogayama 1993, 413-0000
      View Map
    • Nearest Station Atami Station (Tokaido Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Ito Line)
    • Phone Number 0557-81-6206

Written by Takamasa Yamashita

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini