HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Shizuoka Atami Tempat Kuasa Atami! Laluan Persiaran di Sekeliling Tokong Kinomiya
Tempat Kuasa Atami! Laluan Persiaran di Sekeliling Tokong Kinomiya

Tempat Kuasa Atami! Laluan Persiaran di Sekeliling Tokong Kinomiya

Last updated: 30 Mac 2017

Tokong Kinomiya yang terletak di Bandar Atami adalah kawasan pelancongan yang terkenbal sebagai tempat kuasa nombor 1 di Jepun. Pokok suci "Okusu" yang terlatak didalam tokong ini sering dikunjungi oleh ramai penganut untuk memanjangkan umur dan memenuhi permintaan, setiap hari. Mari melawat ke sini, kami akan memperkenalkan kafe yang terbaik untuk anda nikmati bersama.

Pelindung Tanah Atami "Tokong Kinomiya"

Pelindung Tanah Atami "Tokong Kinomiya"

Tokong Kinomiya terletak di tempat 20 minit berjalan kaki daripada stesen "Atami" Laluan JR Tokaido, dan 3 minit berjalan kaki daripada stesen Kinomiya Laluan JR Ito.
Tundukkan kepala sedikit ketika di depan pintu masuk odorii ialah etika ketika melawat ke sini. Laluan tengah di pintu masuk adalah laluan untuk tuhan. Pastikan anda berjalan dibahagian tepi.
Sebagai tuhan di Atami, tokong ini mempunyai hubungan yang erat dengan penduduk setempat, dimana anda boleh melihat penduduk setempat disini bersiar-siar. Bersihkan tangan dan mulut anda di "temizuya" yang terletak di pertengahan laluan sebelum masuk ke bangunan utama. Cara sembahyang yang betul adalah "2 kali tunduk, 2 kali tepuk tangan, 1 kali tunduk". Tundukkan kepala anda dalam keadaan senyap dan panjatkan kesyukuran dan doa anda.

Berdoa di Tempat Kuasa

Berdoa di Tempat Kuasa

Tokong Kinomiya dipercayai menempatkan tuhan "pembawa rahmat, dan nasib baik" sejak zaman dahulu kala. Pohon Okusu ini bukan sahaja boleh "memanjangkan usia" dan "memenuhi permintaan, malah ramai juga penyembah yang datang untuk berdoa mencari pasangan.
Malah, terdapat ramai juga penyembah yang memohon untuk menjauhkan diri daripada arak dan rokok, kerana pokok juga dipercayai menempatkan tuhan "pantang arak".
Tambahan pula, ramai juga yang datang untuk mendapatkan kesihatan berpanjangan, kerana tertarik dengan daya kuasa hidup pokok suci Okusu.

Pokok yang Berumur Lebih 2000 Tahun

Pokok yang Berumur Lebih 2000 Tahun

Batang pokok Okusu yang disahkan oleh negara Jepun sebagai monumen semulajadi ini berukuran lilit 23.9m, dengan ketinggian lebih kurang 26m, bersamaan dengan bangunan 8~9 tingkat. Terdapat mitos yang mengatakan "Jika anda mengelilingi batang pokok ini sekali, nyawa anda akan bertambah setahun" dan "permintaan anda akan dipenuhi jika anda mengelilingi pokok ini sekali".
Pokok Okusu ini akan diterangi dengan cahaya lampu pada waktu malam sehingga jam 11 malam. Ini adalah salah satu daripada "the Kodama Forest Project", dimana 160 lampu diletakkan untuk mencahayai pohon-pohon di dalam kawasan tokong.

Tangkal Mencegah Nasib Malang

Tangkal Mencegah Nasib Malang

Lebih 30 jenis tangkal (500 yen~) untuk pelbagai perkara disediakan di tempat pembayaran. Tangkal mengelakkan nasib malang "Okusu mushi yoke mamori (Azimat pencegah serangga Okusu)", adalah terkenal dikalangan orang ramai untuk mengelakkan "Kan no mushi (seranga baran)", "Uwaki mushi (serangga curang)", "Tobaku mushi (serangga judi)". Perkara ini adalh berkaitan dengan orang zaman dahulu yang membandingkan nasib malang bersama serangga. Pokok Okusu mempunyai kesan mencegah serangga, menjadikan ia tangkal azimat yang digemari ramai.

Masa sembahyang: 9:00~16:30
Masa melawat: Bebas di kawasan halaman tokong

Kafe Berstail Jepun Lama di Lorong Belakang Berhampiran Stesen Atami

Kafe Berstail Jepun Lama di Lorong Belakang Berhampiran Stesen Atami

"CAFÉ KICHI" terselindung di lorong belakang Nakamise-dori yang terletak di hadapan stesen Atami. Kedai ini telah diubahsuai untuk menghidupkan keistimewaan ciri-ciri rumah Jepun lama dengan meja yang diperbuat dengan menyambung "Kamoi", bingkai bangunan yang digunakan pada rumah zaman dahulu. Dengan lampu jed yang dibuat istimewa oleh pereka, ruang dalamannya menggambarkan keharmonian antara lama dan baru.
Selain blended mocha berharga 510 yen (tidak termasuk cukai), terdapat 4 jenis kopi drip tangan yang disediakan satu demi satu.Selain itu juga, terdapat juga minuman edisi terhad mengikut musim.

Masa perniagaan: Hari biasa 13:00~21:00 (pesanan terakhir 20:45), hari minggu 12:00~21:00 (pesanan terakhir 20:45) , cuti umum 12:00~21:00 (pesanan terakhir 20:45)
Cuti tetap: Rabu

  • CAFE KICHI
    CAFE KICHI
    • Address 5-9, Taharahoncho, Atami-shi, Shizuoka, 413-0011

Written by : Noriko Kobayashi

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari