HOME Atami Tempat peranginan kolam air panas yang menghadap laut : Atami
Tempat peranginan kolam air panas yang menghadap laut : Atami

Tempat peranginan kolam air panas yang menghadap laut : Atami

Update:

Atami adalah tempat yang sesuai untuk perjalanan pergi balik hari kerana ia terletak berhampiran dengan Tokyo dan pengunjung boleh manghabiskan masa satu hari untuk menikmati makanan laut yang segar dan bermandi-manda di kolam air panas.

Ciri-ciri indah Atami

Ciri-ciri indah Atami

Atami adalah kawasan yang mempunyai sejarah yang gemilang sebagai bandar mata air panas sejak zaman Edo. Ia dikatakan mendapat nama sebagai "Atami" disebabkan oleh air panas yang memancur keluar daripada dalam laut. Oleh kerana terdapat banyak mata air panas di sini, kita bebas untuk memilih dan menikmatinya.
Kebiasaannya di kawasan Kanto, bunga sakura akan berkembang mekar pada bulan Mac. Tetapi persekitaran Atami yang dingin semasa musim panas dan hangat semasa musim sejuk, menyebabkan sejenis bunga yang dipanggil "Sakura Atami" mula mekar sekitar awal bulan Januari lagi. Keistimewaan yang besar bagi Atami juga adalah pada kesegaran makanan lautnya yang boleh dinikmati kerana kedudukannya yang menghadap laut.
Selain itu, ia juga dikenali sebagai tempat yang kerap dikunjungi oleh para penulis seperti Dazai Osamu dan Mishima Yukio, yang mana mereka telah meninggalkan banyak karya sastera yang menggambarkan keindahan Atami. Ia adalah tempat tumpuan kolam air panas yang utama di Jepun, Shinkansen (kereta api peluru) Tokaido juga kerap singgah, oleh itu ia bukan sahaja boleh dikunjungi oleh pelancong dari Tokyo bahkan pelancong dari tempat yang jauh.

Panduan perjalanan ke Atami

1) Perjalanan Tokyo - Atami
Atami boleh dihubungkan dari Stesen "Tokyo" dengan menggunakan Shinkansen (kereta api peluru). Perjalanan adalah sekitar 40 hingga 50 minit. Selain itu, ada pilihan lain iaitu kereta api ekspres, umpamanya "Odoriko-go" yang mana penumpang boleh melihat panorama daripada tingkap (perjalanan kira-kira 1 jam dan 40 minit) dan "Acty Kaisoku" yang mana boleh dinaiki tanpa memerlukan tiket kereta api ekspres (perjalanan kira-kira 1 jam dan 40minit), kedua-duanya beroperasi tanpa perlu menukar kepada kereta api jenis lain, untuk tiba di Stesen "Atami".

2) Melawat di dalam sekitar bandar Atami
Oleh kerana kawasan Atami banyak terdapat bukit, adalah lebih mudah memakai kasut untuk berjalan. Banyak kawasan pelancongan terdapat dalam lingkungan dua kilometer. Oleh itu, disyorkan bersiar-siar dengan berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam. "Bas Yu~yu~" adalah bas yang mudah diakses untuk mengelilingi tempat-tempat menarik di sekitar Atami. Tambangnya adalah 700 yen bagi satu hari perjalanan tanpa had. Tiket bas boleh didapati di hadapan Stesen "Atami", juga dijual di dalam pejabat pelancongan dan di tingkat dua Bangunan Atami Dai-ichi, serta boleh dibeli di dalam bas tersebut.

Memperkenalkan cara mudah untuk melancong di Atami!

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini