HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Haneda [MOVIE] 4 Sebab Perkhidmatan Kurier Jepun Adalah Hebat
[MOVIE] 4 Sebab Perkhidmatan Kurier Jepun Adalah Hebat

[MOVIE] 4 Sebab Perkhidmatan Kurier Jepun Adalah Hebat

Last updated: 7 Mei 2018

Perkhidmatan logistik telah berkembang di seluruh dunia dan didalam ‘dunia kurier’ ini, Jepun boleh berbangga dengan kehebatan teknologi mereka yang berkelas dunia. Mereka mampu mengendalikan barang dengan begitu baik, disamping keramahan para pemandunya yang sentiasa melontarkan senyuman kepada para pelanggan. Kenapa Jepun mampu merealisasikan perkhidmatan sedemikian? Mari kita merungkai persoalan ini.

1.Konsep Yang Jelas Untuk Para Pelanggan

1.Konsep Yang Jelas Untuk Para Pelanggan

Servis kurier negara Jepun yang pelbagai dengan pengkhususan kepada barang yang diangkut seperti barang sejuk beku, peralatan golf, termasuk peralatan bermain ski. Servis kurier yang menawarkan penghantaran barangan ski akan menghantar peralatan ski atau papan luncur salji(snowboard) sehingga ke alamat hotel yang kita menginap. Selain itu, Yamato Transport yang telah mengangkat nama Jepun di mata dunia, bukan sahaja membangunkan konsep [membuat pungutan dengan hanya satu panggilan], [penghantaran secepat esok hari], [pembungkusan mudah] malah turut mengamalkan [sistem perakaunan yang telus dan jelas]. Memberi keutamaan kepada pelanggan siang dan malam ini juga adalah hasil daripada konsep yang telus dan jelas ini.

2.Pemandu Yang Hebat

2.Pemandu Yang Hebat

Sebenarnya kekuatan yang ada pada servis kurier negara Jepun adalah terletak pada pemandunya itu sendiri. Peranan mereka bukan sekadar membawa barang tetapi turut menjawab pertanyaan pelanggan, menerima permintaan penghantaran daripada rumah yang dihantar barang telah menyumbang kepada keuntungan syarikat. Kadangkala perkhidmatan baru yang dibangunkan adalah berdasarkan permasalahan yang diutarakan oleh mereka. Ini disebabkan para pemandu merupakan orang yang paling dekat dan berhubung secara terus dengan pelanggan, secara tidak langsung menjadi faktor kepada pembangunan servis baru.

Sebagai contoh, idea pembangunan servis ski milik Yamato Transport ini datangnya daripada idea pekerja mereka di wilayah Nagano yang terkenal dengan bilangan kawasan bermain ski yang banyak.

3.Warga Asing Juga Mudah Menggunakan Perkhidmatan Kurier

3.Warga Asing Juga Mudah Menggunakan Perkhidmatan Kurier

Perkhidmatan kurier ini amat mudah bagi sesiapa pun. Tiada masalah jika anda tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Jepun. Servis kurier lapangan terbang juga sungguh mudah digunakan. Jika anda tengah bercuti, anda boleh menggunakan servis ini secara efektif untuk mengangkut bagasi yang besar daripada tempat menginap dan dihantar ke lapangan terbang. Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, dan beberapa lapangan terbang utama di seluruh Jepun sudah menyediakan perkhidmatan kurier ini.

4.Logo Yang Unik

4.Logo Yang Unik

Servis kurier merupakan satu perkhidmatan yang begitu dekat dengan kita setiap hari. Buktinya, anda boleh lihat di mana logo syarikat-syarikat ini adalah seperti kucing, kangaroo, beruang kecil yang mempunyai karakter yang mesra jadi mudah untuk diingati.

Di Jepun, salah satu logo syarikat yang sangat popular menjalankan servis kurier adalah logo daripada syarikat Yamato Transport. Mereka menggunakan logo kucing anak beranak bertemakan warna hitam. Dapat dilihat si ibu kucing menggonggong leher si anak dengan penuh berhati-hati. [Bagaimana kasihnya ibu kepada si anak begitu jugalah perasaan kami ketika mengendalikan barang pelanggan], apa yang diluahkan oleh Presiden syarikat ketika itu, Ogura Yasuomi.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari