HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Harajuku Barangan mewah dengan Harga Rendah: Yang terbaik dan pelbagai di Kedai Harajuku dan Omotesando
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shibuya Barangan mewah dengan Harga Rendah: Yang terbaik dan pelbagai di Kedai Harajuku dan Omotesando
Barangan mewah dengan Harga Rendah: Yang terbaik dan pelbagai di Kedai Harajuku dan Omotesando

Barangan mewah dengan Harga Rendah: Yang terbaik dan pelbagai di Kedai Harajuku dan Omotesando

Last updated: 21 Mei 2020

Harajuku dikenali sebagai kedai yang berwarna-warni dan mewah, manakala Omotesando pula mendapat reputasi sebagai kawasan membeli-belah barangan mewah. Oleh itu, kedua-dua kawasan Tokyo ini amat terkenal dengan menawarkan pelbagai barangan yang kami tidak mahu anda ketinggalan!

Semua barangan menarik dengan harga yang luar biasa!

Semua barangan menarik dengan harga yang luar biasa!

Nama kedai ini sahaja boleh membuat anda teruja membayangkan apa jenis barangan yang menanti di dalam : AWESOME STORE. Semua barangan trend terkini Jepun boleh dibeli di sini untuk harga yang sangat berpatutan. Seperti bekalan seni, barangan berjenama, seni dan kraf – hinggalah segala macam khazanah kecil ada dijual! Kebanyakan barang boleh didapati dengan hanya 200yen hingga 400yen, dan ianya bukan sahaja murah tetapi juga sangat bergaya. Kedai ini direka dengan konsep gaya garaj moden, juga menawarkan barang-barang antik untuk ruang dalaman, peralatan dapur, kosmetik dan juga minyak wangi - kami pasti anda akan jumpa barang yang sesuai dengan jiwa anda!

Barangan dalaman yang berkualiti tinggi, diperbuat di Jepun

Barangan dalaman yang berkualiti tinggi, diperbuat di Jepun

Barangan dalaman yang berkualiti tinggi, dibuat di Jepun berkonsepkan "warna-warni & dihasilkan di Jepun" menjadi teras kedai CORAZYs, kedai yang menawarkan barangan direka dengan salah satu daripada empat warna utama iaitu oren, merah jambu, hijau, dan biru. Sebahagian daripada barangan yang terbaik yang berwarna-warni adalah original tembikar Arita (1700yen setiap satu). Satu lagi adalah tuala yang berkualiti tinggi (1,600yen setiap satu) daripada tiga pengeluar tuala paling terkenal Jepun: Tuala Oboro di Mie, Tuala Senshu di Osaka, Tuala dan Imabari di Ehime. Terdapat banyak produk yang hebat dengan kualiti dan reka bentuk yang sangat baik boleh didapati di sini - dan segala barangan adalah dihasilkan di Jepun.

  • CORAZYs
    カラジー
    • Address 5-51-3 Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo-to 150-0001

Comel, berwarna-warni, dan elegan: Seribu satu barangan untuk dipilih!

Comel, berwarna-warni, dan elegan: Seribu satu barangan untuk dipilih!

Mempunyai lebih daripada 1,000 barangan individu dengan harga 100yen hingga 300yen, kedai pelbagai barangan ini dipanggil ASOKO yang asalnya dari Osaka. Daripada barangan dapur hingga barangan alat tulis, barang-barang yang dijual datang dalam pelbagai jenis bentuk dan warna. Sama ada anda suka barangan berwarna-warni dan comel atau barangan yang bergaya, jenis industri moden yang bergaya, anda pasti boleh mencari barangan yang anda suka di sini! Tetapi berhati-hati terhadap harga yang amat rendah, anda mungkin akan membeli barangan lebih daripada apa yang anda telah rancang!

  • ASOKO Harajuku
    ASOKO 原宿店
    • Address 6-27-8 Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo-to 150-0001

Kedai Sepanyol di Harajuku

Kedai Sepanyol di Harajuku

Muy Mucho adalah sebuah rangkaian kedai yang terletak di tengah-tengah Barcelona, Sepanyol, dan pada tahun 2014, lokasi pertamanya di Asia telah dibuka di Harajuku Tokyo. Dari barangan untuk ruang dalaman hingga ke peralatan dapur dan hingga ke aksesori fesyen untuk digunakan dari hari ke hari, kedai ini menawarkan banyak pilihan barangan yang elegan dan bergaya untuk pakaian dan rumah anda kelihatan mewah. Oleh itu, barangan kami dengan cepat telah menjadi kegemaran fesyen bagi penduduk di Tokyo dan biasanya kedai ini agak sesak. Barang yang sangat popular adalah totebag dengan logo kedai yang tersendiri, yang boleh dibeli dengan hanya 324yen – dari golongan dewasa yang ingin bergaya kepada yang inginkan barangan comel, anda pasti akan menemui sesuatu yang anda suka di kedai ini!

  • muy mucho
    ムイ ムーチョ
    • Address 1-14-34, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001

Barangan terpilih dari seluruh dunia

Barangan terpilih dari seluruh dunia

Rainbow Spectrum : sesuai dengan namanya yang unik dimana pemilihan barangan yang pelbagai dan berwarna-warni di rak seakan-akan warna pelangi. Sebahagian besar daripada barang-barang ini boleh didapati di bawah 1000yen, sama ada barangan parti, aksesori fesyen, atau barang-barang isi rumah. Setiap barangan tersebut datang dalam reka bentuk yang unik dan berwarna-warni, ini membuatkan pelanggan teruja dan kadang-kadang sukar membuat keputusan dalam pemilihan barang. Kedai ini juga menjual banyak barang-barang original yang anda tidak akan temui di tempat lain. Barang kosmetik, seperti maskara dan lip gloss, serta barangan hiasan dalaman adalah sangat popular dan sangat sesuai untuk dijadikan cenderamata!

  • Rainbow Spectrum Shibuya
    Rainbow Spectrum 渋谷店
    • Address 5-29-1 Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo-to 150-0001

ライター: 井上生智

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari