HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ginza Kumpulan Chef Profesional Dari Pelbagai Bidang Bertaraf Dunia!
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ueno Kumpulan Chef Profesional Dari Pelbagai Bidang Bertaraf Dunia!
Kumpulan Chef Profesional Dari Pelbagai Bidang Bertaraf Dunia!

Kumpulan Chef Profesional Dari Pelbagai Bidang Bertaraf Dunia!

Last updated: 19 Jun 2020

Tokyo mempunyai banyak restoran terkenal yang dikenali di seluruh pelusuk dunia. Kepelbagaian gourmet di metropolitan ini membuatkan Tokyo juga dikenali sebagai “Gourmet Town” (Bandar Gourmet). Selain restoran yang telah wujud sejak banyak tahun terdahulu, terdapat juga restoran yang telah berjaya memperolehi bintang dari majalah gourmet yang terkenal. Di sini, akan diperkenalkan beberapa restoran terkenal yang menawarkan pelbagai jenis gourmet dan disediakan dengan penuh teliti oleh chef profesional.

Kedai Khusus Champagne Terkenal - Sommelier

Kedai Khusus Champagne Terkenal - Sommelier

Di ruangan mewah ini, pengunjung berpeluang mencuba champagne Sommelier terkenal yang dihadiahkan oleh Makoto Abe. Pengunjung boleh memilih champagne yang padan dengan mood masing-masing pada hari itu daripada lebih kurang 360 jenis champagne di sini. Hidangan Perancis yang disediakan untuk memadani champagne dan majlis perkahwinan yang ideal di sini juga harus dicuba. Harga yang ditawarkan bermula dari 6,000 yen (tidak termasuk cukai).

Restoran Sushi Yang Terkenal Dengan Teknik Mahir Chefnya

Restoran Sushi Yang Terkenal Dengan Teknik Mahir Chefnya

Hyakumangoku merupakan sebuah kedai sushi yang telah beroperasi selama 45 tahun. Ikan dan makanan laut segar akan diperolehi dari pasar Tsukiji pada setiap pagi, dan chef akan menggunakan teknik mahir masing-masing untuk menyediakan sushi. Hidangan “omakase-negiri” (menu sushi ditetapkan oleh chef) boleh dinikmati dari harga 8,000 yen (tidak termasuk cukai), dan setiap sushi menggunakan bahan paling segar pada hari tersebut. Ini membuatkan menu ini berubah dari semasa ke semasa. Jeruk yang diperbuat menggunakan telur ikan kod dan sake (arak Jepun) “Karasumi” buatan sendiri juga disediakan untuk dinikmati bersama-sama dengan sushi.

  • Hyakumangoku
    Hyakumangoku
    百万石
    Has Health & Safety Measures
    • Address Ebato Building 1F,2-11-5, Higashiueno, Taito-ku, Tokyo, 110-0015
    • Nearest Station Ueno-Okachimachi Station (Toei Oedo Line)
    • Phone Number 03-3835-0487

Rasa asli yang dikekalkan oleh pemilik sejak ditubuhkan pada tahun 1872.

Rasa asli yang dikekalkan oleh pemilik sejak ditubuhkan pada tahun 1872.

Restoran sukiyaki ini telah berjaya memperolehi bintang untuk 7 tahun berturut-turut di dalam majalah gourmet yang terkenal. Pemilik restoran ini mewarisi restoran ini sejak beberapa generasi, dan perasa "warishimo" yang digunakan diperbuat berasaskan resipi yang diturunkan sejak restoran ini ditubuhkan. Oleh yang demikian, rasa "warishimo" ini kekal dan tidak berubah sehingga hari ini. Pengunjung dapat menikmati rasa sukiyaki yang diwarisi sejak zaman Meiji dari harga 8,000 yen (tidak termasuk cukai, caj servis tambahan dikenakan).

Written by: Yamashita Takamasa

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari