HOME Roppongi Restoran Terkenal Dengan Hidangan Tengahari Yang Mewah
HOME Ginza Restoran Terkenal Dengan Hidangan Tengahari Yang Mewah
Restoran Terkenal Dengan Hidangan Tengahari Yang Mewah

Restoran Terkenal Dengan Hidangan Tengahari Yang Mewah

Update: 19 Ogos 2016

Di sini, akan diperkenalkan restoran yang menawarkan hidangan tengahari yang mewah, yang berlainan dengan hidangan tengahari lazim yang lain. Restoran ini menyediakan hidangan yang tersembunyi yang hanya boleh dinikmati pada masa tengahari yang berlainan dengan hidangan makan malam.

Hidangan Makan Tengahari Itali

Hidangan Makan Tengahari Itali

Pengunjung boleh memilih daripada 3 hingga 4 pilihan hidangan utama yang bertukar setiap hari dan menu ini hanya ditawarkan dari hari Rabu ke Jumaat dari harga 8,500 yen (tidak termasuk cukai). Restoran ini terletak di tingkat teratas bangunan, yang membolehkan cahaya matahari menyinar ke dalam ruangan dalaman restoran melalui cermin yang terbentang luas. Ini membolehkan pengunjung untuk menjamu selera dalam suasana bersantai di restoran ini. Pengunjung pasti dapat merasai kenikmatan masakan Itali dengan sepenuhnya di sini (caj servis tambahan dikenakan).

Hidangan Tengahari Mewah Perancis Di Restoran Klasik

Hidangan Tengahari Mewah Perancis Di Restoran Klasik

Restoran yang mula beroperasi sejak tahun 1982 ini merupakan restoran yang memperkenalkan masakan Perancis kepada Jepun. Hidangan Perancis di restoran terkenal ini telah diwarisi sejak penubuhannya dan ditawarkan dari harga 5,000 yen (tidak termasuk cukai). Menu yang disediakan menggunakan bahan masakan yang paling berkualiti pada hari tersebut. Setiap hidangan disediakan dengan penuh ketelitian dan indah yang dipadankan dengan musim semasa, membuatkan pengunjung dapat merasai kenikmatan hidangan tersebut dengan mata sendiri (caj servis tambahan dikenakan).

Nikmati Hidangan “Washoku” Gaya Jepun Di Restoran Dari Era Meiji

Nikmati Hidangan “Washoku” Gaya Jepun Di Restoran Dari Era Meiji

Restoran yang menghidangkan makanan “washoku” (hidangan gaya Jepun) ini mula beroperasi sebagai sebuah kedai yang menjual ikan segar pada tahun 1890. Hidangan set “yakizakana” (ikan bakar) ditawarkan dari harga 1,800 yen dan pengunjung berpeluang untuk memilih jenis ikan mengikut kesukaan mereka. Hidangan makan tengahari boleh dinikmati dari harga 5,000 yen. Selami dunia masakan Jepun sambil nikmatilah keenakannya di restoran ini (semua harga di atas tidak termasuk cukai).

Hidangan "full-course" penuh Perancis istimewa yang ditetapkan oleh chef.

Hidangan "full-course" penuh Perancis istimewa yang ditetapkan oleh chef.

Restoran ini merupakan sebuah restoran Perancis yang terkenal kerana tidak mempunyai menu. Hidangan tengahari juga menghidangkan menu yang ditetapkan oleh chef dan ditawarkan pada harga 5,000 yen (tidak termasuk cukai). Sayur yang digunakan diperolehi daripada pekebun berkontrak manakala daging yang paling segar dari kawasan yang berdekatan digunakan di dalam setiap hidangan. Oleh yang demikian, hidangan yang dihidangkan di restoran ini menjanjikan rasa yang terbaik dan sihat dari segi kesihatan. Pengunjung pasti akan terpegun dengan ruangan interior elegan yang direka untuk menyerupai sebuah istana sambil menikmati hidangan mereka dengan wain Sommelier terpilih di restoran ini.

Written by: Yamashita Takamasa

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini