HOME Roppongi Nikmati Hidangan Jepun Yang Asli Di Restoran Yang Terkenal
HOME Shinjuku Nikmati Hidangan Jepun Yang Asli Di Restoran Yang Terkenal
Nikmati Hidangan Jepun Yang Asli Di Restoran Yang Terkenal

Nikmati Hidangan Jepun Yang Asli Di Restoran Yang Terkenal

Update: 19 Ogos 2016

Pada kelazimannya, bahan-bahan seperti ikan buntal (“fugu”) dan daging “wagyu” yang mewakili bahan masakan hidangan Jepun jarang dapat dinikmati di kebanyakan restoran biasa. Di sini, kami akan memperkenalkan restoran terkenal yang menggunakan bahan masakan tempatan terbaik yang dipilih dengan teliti untuk menyediakan masakan Jepun mewah yang berkualiti tinggi.

Restoran Khusus Ikan Torafugu Semulajadi

Restoran Khusus Ikan Torafugu Semulajadi

Nilai ikan torafugu semakin meningkat dengan peredaran tahun. Restoran mewah Jepun ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk merasai masakan torafugu sepanjang empat musim dalam setahun. Masakan ini dihidangkan bersama dengan “nihonshu” (arak Jepun) pilihan untuk memberikan pengalaman gourmet Jepun yang istimewa. Hidangan ini ditawarkan dari harga 18,000 yen (tidak termasuk cukai). Sila ambil maklum bahawa terdapat caj servis tambahan dikenakan.

  • Kamogawa
    • Address 3-9-15, Akasaka, Minato-ku, Tokyo, 107-0052
      View Map
    • Nearest Station Akasaka-Mitsuke Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Marunouchi Line)
    • Phone Number 03-3583-3835

Hidangan Kreatif Jepun Yang Dipaparkan Dalam Majalah Gourmet Terkenal

Hidangan Kreatif Jepun Yang Dipaparkan Dalam Majalah Gourmet Terkenal

Restoran ini terletak di daerah Arakicho yang merupakan lokasi yang strategik di mana banyak restoran mewah boleh ditemui di kawasan ini. Pengunjung boleh memilih pelbagai jenis hidangan dari harga 7,500 yen. Hidangan yang disyorkan adalah “gyutan shabushabu” (steamboat lidah lembu) dari 8,000 yen dan “suppon nabe” (pot panas penyu kerang lembut) dari 13,000 yen yang menggunakan bahan-bahan terpilih berkualiti tinggi untuk memberikan pengalaman gourmet yang istimewa kepada pengunjung. Kesemua harga tidak termasuk cukai.

  • Suzunari
    • Address Seiwasou 1F,7, Arakicho, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0007
      View Map
    • Nearest Station Yotsuya-Sanchome Station (Tokyo Metro Marunouchi Line)
    • Phone Number 03-3350-1178

Nikmati kesedapan ketam dan Yamagata-gyu (daging Yamagata)

Nikmati kesedapan ketam dan Yamagata-gyu (daging Yamagata)

Restoran ini mempunyai 11 buah bilik persendirian, termasuk bilik yang membolehkan pengujung menikmati suasana aliran air di bawah lantai. Ini membolehkan pengunjung untuk merasai pengalaman gaya Jepun ataupun "wa" sambil menjamah hidangan di sini. Ketam Katsugani yang diperoleh dari kolam peliharaan dan daging Yamagata-gyu boleh dinikmati dari harga 11,000 yen. Pengunjung harus mengambil peluang untuk merasai kesedapan daging dan makanan laut yang dihidangkan di restoran ini.

  • Kanikousen
    • Address Toho twin tower building 9F,1-5-2, Yuurakucho, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0006
      View Map
    • Nearest Station Hibiya Station (Tokyo Metro Hibiya Line / Tokyo Metro Chiyoda Line / Toei Mita Line)
    • Phone Number 03-3509-6980

Nikmati kesegaran ikan fugu (ikan buntal) yang diimport terus dari Shimoseki.

Nikmati kesegaran ikan fugu (ikan buntal) yang diimport terus dari Shimoseki.

Pada musim sejuk, ikan fugu (ikan buntal) dihantar terus dari Shimoseki, manakala hidangan Jepun yang dipadankan dengan musim semasa dihidangkan pada musim-musim yang lain. Hidangan fugu ditawarkan dari harga 15,000 yen (tidak termasuk cukai) yang merangkumi fuguzashi (fugu mentah), fugu karaage (fugu goreng), dan sebagainya.

Written by: Yamashita Takamasa

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini