Pusat beli-belah

Pusat beli-belah

Update:

"Pusat beli-belah" adalah sebuah bangunan yang menempatkan pelbagai kemudahan seperti kedai beli-belah, restoran dan pelbagai tarikan hiburan seperti pawagam dan sebagainya. Di Jepun, pusat beli-belah yang berskala besar semakin bertambah dan ia menjadi tempat hiburan yang terkenal di kalangan keluarga dan pasangan kekasih.

Sejarah pusat beli-belah di Jepun

Sejarah pusat beli-belah di Jepun

Sejak tahun 1990, kemudahan yang menempatkan kedai-kedai pelbagai genre telah semakin bertambah. Tetapi sejak sekitar tahun 2000, ia semakin diperbesar dan pusat beli-belah mula berkembang dengan pesat. Di kawasan Tokyo, terutamanya, semasa proses pembinaan semula stesen kereta api, pusat beli-belah telah digabungkan bersama dengan bangunan stesen tersebut. Di samping itu, pembinaan pusat beli-belah turut meningkat apabila ia turut dibina sebagai tarikan pelancongan yang baharu.

Contoh pusat beli-belah

Contoh pusat beli-belah

"Venus Fort" yang terletak di Odaiba, Tokyo, adalah pusat beli-belah mega yang menempatkan pelbagai kemudahan seperti kedai beli-belah dan juga restoran. Di sini juga terdapat "outlet", iaitu kedai yang menjual barangan berjenama dengan harga yang murah, dan tarikan lain seperti tempat menonton persembahan secara langsung. Selain Venus Fort, terdapat juga pelbagai pusat beli-belah lain yang semakin banyak dibuka di Odaiba. "lalaport" yang merupakan sebuah pusat beli-belah berantai yang terkenal dan berskala besar dengan pelbagai kedai berjenama dari dalam dan luar negeri juga telah dibuka di kawasan Kanto seperti di Toyosu, Tokyo dan Yokohama, Kanagawa.

Jenis pusat beli-belah

Jenis pusat beli-belah

Pusat beli-belah yang tipikal kebiasaannya mempunyai zon membeli-belah seperti kedai berjenama, kedai barangan, dan zon medan selera seperti restoran. Sejak kebelakangan ini, pusat beli-belah yang mempunyai "kompleks pawagam" yang mempunyai banyak skrin besar juga semakin bertambah. Selain itu, terdapat juga pusat beli-belah yang mempunyai "kemudahan spa" seperti onsen (kolam mandi air panas), ganbanyoku (spa batuan panas) dan sauna. Bagi pusat beli-belah yang tinggi dan mempunyai banyak tingkat, ia bukan sahaja menempatkan zon beli-belah dan medan selera, malahan terdapat juga aras yang menempatkan pejabat dan kediaman.

Tempat yang mempunyai pusat beli-belah

Tempat yang mempunyai pusat beli-belah

Terdapat juga pusat beli-belah yang bersambung terus dengan stesen kereta api seperti Shibuya Hikarie yang terletak di Tokyo. Selain itu, terdapat juga pusat beli-belah yang dibina di kawasan pelancongan seperti di TOKYO SKYTREE(R) dan Tokyo Dome. Di Roppongi yang terletak di Tokyo, terdapat pusat beli-belah yang terkenal iaitu Roppongi Hills dan Tokyo Midtown yang terletak bersebelahan. Selain itu, Garden Place yang dibina di tapak tinggalan kilang yang terletak di Ebisu, Tokyo turut terkenal.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini