Kedai diskaun

Kedai diskaun

Update: 15 November 2016

Di kedai diskaun, pelbagai jenis barangan dari barang-barang makanan, peralatan rumah kepada pakaian dijual pada harga yang lebih murah.
Kedai-kedai diskaun ini sangat membantu kehidupan orang Jepun tempatan kerana ia bukan sahaja menawarkan harga yang murah, tetapi juga kepelbagaian jenis barangan.

Sejarah kedai-kedai diskaun Jepun

Sejarah kedai-kedai diskaun Jepun

Kedai-kedai diskaun yang mempamerkan harga yang rendah di bahagian depan pertama kali muncul pada tahun 1970-an, terhad kepada barang barang tertentu, seperti peralatan rumah atau cermin mata sahaja, sebelum berkembang kepada kedai diskaun seperti pada hari ini. Pada 1990-an, kedai-kedai diskaun besar mula menjual pelbagai jenis barangan dari segala genre, dan cawangan-cawangannya mula tersebar di seluruh negara dan menjadi popular.

Benda yang anda boleh membeli di kedai diskaun

Benda yang anda boleh membeli di kedai diskaun

Pelbagai jenis barangan daripada makanan, pakaian kepada aksesori dan pelbagai barangan yang digunakan dalam kehidupan sehari-harian dijual di kedai-kedai diskaun ini, walaupun sesetengah barang yang dijual adalah berbeza mengikut kedai. Di cawangan-cawangan kedai terkenal yang dibangunkan di seluruh negara, peralatan rumah dan aksesori, beg, jam tangan berjenama dijual harga yang murah.
Selain itu, beberapa kedai juga menjual barangan parti untuk rumah dan pakaian kostum untuk acara-acara cosplay. Di Jepun, anak-anak muda berjalan di sekitar bandar dalam pakaian kostum pada Halloween (31 Oktober). Kedai-kedai seperti itu telah menjadi tempat-tempat popular untuk membeli kostum.

Ciri-ciri kedai diskaun

Ciri-ciri kedai diskaun

Kebanyakan kedai-kedai diskaun besar mempunyai beberapa tingkat. Oleh kerana terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual, setiap tingkat mempamerkan barangan yang berbeza, contohnya "tingkat bahan-bahan makanan" atau "tingkat elektronik pengguna”. Beberapa kedai diskaun disediakan di pusat bandar di Tokyo, tetapi kebanyakannya dibina di atas tanah yang luas di sepanjang jalan utama di pinggir bandar.

POP di kedai-kedai diskaun

POP di kedai-kedai diskaun

Pelbagai produk yang dipamerkan dengan padat di rak merupakan salah satu ciri-ciri kedai diskaun. Sesetengah kedai terkenal meletakkan begitu banyak produk di kawasan lantai menjadikan lorong begitu sempit dan kompleks. Dalam banyak kes, kad yang dipanggil POP diletakkan di sebelah produk di mana harga, penerangan produk adalah tertulis untuk memudahkan pelanggan. Ia biasanya ditulis dengan tangan oleh kakitangan kedai. POP adalah unik dalam reka bentuk dan huruf. Di sesetengah kedai, POPs dihasilkan oleh profesional POP.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini