Pasar raya

Pasar raya

Update:

Pasar raya, iaitu tempat yang boleh ditemui di mana-mana bandar sekalipun dan tempat yang boleh didapati barangan keperluan harian serta apa sahaja yang diperlukan. “Terdapat pelbagai barangan, pasar raya yang murah, berada dekat dengan perumahan atau tidak” menjadi perkara yang sangat penting berkaitan dengan tahap kepuasan yang besar dalam kehidupan manusia sejagat.

Sejarah pasar raya di Jepun

Sejarah pasar raya di Jepun

Pasar raya di Jepun dikatakan bermula pada tahun 1950. Dari tahun tersebut, bermulalah pasar raya yang berkonsepkan pelanggan mengambil sendiri barangan yang tersusun ditempat jualan dan memasukkan kedalam bakul, kemudian membawa ke kaunter bayaran. Setelah itu, syarikat–syarikat besar telah mengembangkan rangkaian pasar raya keseluruh kawasan dan menjadi sesuatu yang sangat diperlukan bagi masyarakat Jepun. Pada masa kini, terdapat pelbagai bentuk pasar raya disetiap pelusuk dari yang kecil sehinggalah kepada yang berbentuk besar bertingkat-tingkat.

Barangan yang boleh dibeli di pasar raya Jepun

Barangan yang boleh dibeli di pasar raya Jepun

Di pasar raya barangan yang sering dibeli adalah barangan makanan. Pelbagai barangan makanan tersusun yang sering dimasak oleh masyarakat Jepun seperti sayur segar, ikan salmon dan ikan sardin, daging khinzir, daging ayam, daging lembu, dan sebagainya. Selain itu, turut dijual juga adalah barangan segera seperti kari dan mi, perisa masakan seperti garam, gula dan “shoyu” (kicap Jepun), serta minuman seperti susu segar, jus sayur, air dan sebagainya. Di samping itu juga, terdapat “makanan sejuk beku” yang boleh dimakan terus dengan hanya dipanaskan dengan alat pemanas, makanan Cina “nasi goreng” serta “ayam goreng”. Selain itu, barangan keperluan harian seperti berus gigi dan sabun, serta pakaian juga turut dijual di pasar raya.

Ciri-ciri pasar raya Jepun

Ciri-ciri pasar raya Jepun

Pasar raya mempunyai pencahayaan yang terang di dalamnya dan juga sering diputarkan lagu BGM. Sayur-sayuran, ikan, daging diletakkan diatas rak sejuk beku dan disejukkan sepanjang masa. Di tempat jualan makanan, disediakan juga tempat untuk “ruangan mencuba makanan” yang mana barangan keluaran istimewa untuk hari tersebut telah tersedia dimasak dan diletakkan di atas pinggan. Pelanggan boleh merasai sendiri makanan tersebut, dan menjadi panduan ketika membeli barangan. Di samping itu, terdapat juga kedai yang menjual ubi keledek bakar iaitu “yaki imo” (ubi keledek bakar), yang dibakar di atas alat yang mana harumannya tersebar ke dalam kedai, dan menjadi makanan untuk menarik pelanggan membelinya.

Waktu perniagaan di pasar raya Jepun

Waktu perniagaan di pasar raya Jepun

Sebelum ini, waktu perniagaan bagi kebanyakan pasar raya adalah dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Tetapi, pada masa sekarang, pasar raya yang mengendalikan waktu perniagaan 24 jam semakin bertambah. Terutamanya pelanggan menjadi ramai dari waktu petang sehingga malam, dan kebanyakannya terdiri daripada suami isteri dan juga orang yang balik dari tempat kerja singgah untuk membeli barangan keperluan masing-masing. Tidak hairan juga jika terdapat suasana pelanggan menunggu dan beratur panjang di kaunter bayaran, bergantung kepada waktunya.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini