HOME Makanan Amerika dan Hawaii
Makanan Amerika dan Hawaii

Makanan Amerika dan Hawaii

Last updated: 12 April 2017

Makanan Amerika dan Hawaii berkembang dengan meluas di seluruh dunia. Makanan seperti hamburger, kentang goreng dan stik ala New York amat terkenal di kalangan golongan muda di Jepun. Selain itu, makanan Hawaii seperti loco moco juga dikenali ramai.

Sejarah makanan Amerika dan Hawai di Jepun

Sejarah makanan Amerika dan Hawai di Jepun

Selepas perang dunia, pengaruh kebudayaan daripada Amerika meresap masuk ke negara Jepun. Dari aspek pengaruh pemakanan, hamburger merupakan makanan Amerika yang terlebih dahulu tersebar di Jepun. Sekitar tahun 1970, kedai makanan segera yang terkenal dari Amerika membuka cawangannya di Jepun. Sejak itu, rakyat Jepun mulai menikmati makanan segera yang murah tetapi sedap. Selepas itu, lebih banyak kedai yang dibuka selain dari kedai hamburger sahaja. Stik dan piza Amerika juga tersebar meluas. Makanan tempatan Hawaii meledak di Jepun sejak sekitar pertengahan tahun 1990. Oleh kerana Hawaii merupakan tempat pelancongan yang amat terkenal di kalangan rakyat Jepun, perasaan ingin menikmati makanan yang sama semasa melancong ke Hawaii menjadikan makanan Hawaii semakin popular di Jepun.

Hamburger

Hamburger

Hamburger merupakan makanan segera yang paling terkenal di Jepun. Terdapat kedai rantaian yang masuk dari luar negara, terdapat juga kedai rantaian yang diusahakan oleh syarikat Jepun sendiri. Kesemua kedai ini boleh didapati di seluruh Jepun. Hamburger yang murah dan besar amat digemari oleh golongan muda terutamanya pelajar sekolah dan universiti. Sejak tahun 2000, "gotoji baga (burger tempatan mengikut kawasan)" yang mempunyai ciri-ciri tersendiri menggunakan bahan-bahan terkenal di sesuatu kawasan tersebut juga mula dipasarkan.

Loco Moco

Loco Moco

Makanan yang berasal dari Hawaii dan terkenal di kalangan orang Jepun adalah loco moco. Hamburger dan telur goreng mata kerbau diletakkan di atas nasi dan dimakan bersama-sama dengan sos. Bagi orang Jepun, mereka amat menyukai makanan yang menggunakan nasi dan dimakan bersama-sama dengan makanan lain seperti nasi dengan kari iaitu "curry rice" dan nasi dengan daging atau ikan iaitu "donburi". Loco moco juga menyerupai jenis makanan tersebut. Terdapat juga loco moco yang dijual di kedai serbaneka di bahagian rak makanan.

Makan di Jepun

Makan di Jepun

Setiap makanan seperti hamburger, stik dan piza Amerika mempunyai ciri-ciri dan popularitinya yang tersendiri. Di Jepun juga, terdapat kedai makanan-makanan tersebut dan kedai makanan segera. Jika dibandingkan dengan Amerika, kebanyakan kedai makanan ini mempunyai saiz makanan yang lebih kecil dan rasa yang lebih ringan bersesuaian dengan citarasa orang Jepun. Di Roppongi dan Marunouchi yang terletak di Tokyo, terdapat sebuah kedai Amerika yang mewah dan terkenal yang menghidangkan stik. Piza Amerika pula bukan sahaja boleh dinikmati di restoran malahan terdapat juga perkhidmatan penghantaran. Kedai makanan Hawaii juga semakin bertambah yang boleh didapati dengan banyak di Shibuya dan Naka-meguro yang terletak di Tokyo.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari