Makanan Jerman

Makanan Jerman

Update: 15 November 2016

Tidak ramai dalam kalangan orang Jepun yang menikmati pelbagai jenis makanan Jerman. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kedai-kedai khusus dan acara-acara yang menyediakan makanan Jerman seperti "sosej" dan "bir Jerman". Ia merupakan tempat yang digemari orang Jepun.

Sejarah makanan Jerman di Jepun

Sejarah makanan Jerman di Jepun

Sosej dan bir telah dikenali sebagai wakil makanan Jerman oleh masyarakat Jepun sejak dahulu lagi. Semenjak acara luar untuk bir Jerman sering kali diadakan di taman-taman besar di Tokyo dan Kanagawa pada tahun 2000, acara sebegini telah berkembang dan menjadi semakin terkenal sebagai acara bermusim. Di samping itu, restoran Jerman dan sebagainya yang menyediakan sosej dan bir Jerman juga semakin mendapat perhatian.

Sosej

Sosej

Sosej sering dimakan di rumah di Jepun. Sosej kecil yang boleh dimakan sekali gus dikenali sebagai " Vienna sosej" manakala sosej besar dikenali sebagai "Frankfurt sosej" iaitu mengikut nama kawasan tempat kelahiran masing-masing. Menjadi perkara biasa untuk membawa sosej kecil sebagai makanan sampingan untuk bento (bekal makanan). Di samping itu, sosej turut digunakan sebagai bahan makanan di dalam masakan di rumah seperti sup gaya barat, pasta, nasi goreng atau pilaf, dan sebagainya. Di restoran keluarga dan restoran Jerman, menu sosej besar yang dibakar dan dimakan bersama mustard dan sos tomato juga sering dilihat.

Bir Jerman

Bir Jerman

Oleh kerana orang Jepun sangat menyukai bir, kebanyakan mereka memanggil segelas arak pertama yang diminum sebagai "Toriaezu Bir". Terdapat juga taman bir yang dibuka di luar hanya pada musim panas. Oleh itu, bir Jerman sangat diminati, malah sesetengah orang sanggup pergi ke restoran-restoran khusus yang menjual bir Jerman, dan ada juga yang membelinya di Internet.

Makan di Jepun

Makan di Jepun

Di Jepun terdapat banyak restoran bir Jerman dan sosej. Di Shinjuku dan Shibuya, Tokyo juga terdapat restoran terkenal yang menyediakan pelbagai jenis bir Jerman. Terdapat banyak restoran dengan suasana seperti di dalam dewan bir, malah terdapat juga restoran di Shibuya yang mengadakan acara tarian. Di Roppongi, Tokyo, restoran untuk menikmati pelbagai jenis sosej tradisional Jerman untuk makan tengah hari dan makan malam pada harga yang berpatutan juga popular. Selain dari itu, di Akasaka, Tokyo terdapat juga restoran yang penuh dengan wain Jerman.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini