Masakan Sepanyol

Masakan Sepanyol

Update:

Bagi penduduk Jepun, tempat untuk menikmati masakan Sepanyol dengan mudah semakin bertambah. Televisyen di Jepun juga sering memaparkan rancangan "Kedai masakan Sepanyol yang disyorkan." Masakan Sepanyol juga dikatakan sebagai salah satu masakan yang menjadi popular secara mendadak di Jepun.

Sejarah masakan Sepanyol di Jepun

Sejarah masakan Sepanyol di Jepun

Makanan Sepanyol mula tersebar ke Jepun sejak tahun 2000. "Baru" adalah sejenis kedai di Sepanyol menggabungkan kantin dan bar yang membolehkan para pengunjung menikmati makanan dengan harga yang murah, dan ia semakin terkenal di Jepun. Ia terkenal terutamanya di kalangan golongan wanita kerana suasananya yang bergaya dan harga yang berpatutan. Bermula dari sini, makanan Sepanyol seperti "paella" dan "ajillo" bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk Jepun malahan ia semakin diterima sebagai makanan di rumah.

Paella

Paella

Paella merupakan makanan tradisional Sepanyol yang mempunyai sayur-sayuran dan kerang yang dimasak bersama-sama dengan daging dan beras. Salah satu keunikannya adalah nasi yang telah masak akan berwarna kekuningan kerana serbuk kunyit juga dimasukkan ke dalam masakan ini. Gambaran yang jelas tentang paella adalah "kuning yang berwarna-warni." Paella bukan sahaja dihidangkan di restoran tetapi juga di rumah kerana banyak terdapat cara penyediaannya di internet dengan menggunakan plat panas (hotplate).

Ajillo

Ajillo

Ajillo semakin dikenali di Jepun sejak akhir-akhir ini. Sejak tahun 2000, makanan yang menggunakan minyak zaitun semakin digemari di Jepun dan pada masa kini, ajillo merupakan salah satu daripadanya. Bahan mentah seperti udang dan cendawan direbus bersama-sama dengan bawang putih dan minyak zaitun. Ajillo sering dihidangkan bersama-sama dengan baguette (roti panjang Perancis). Baguette akan dicicah ke dalam minyak zaitun yang mengandungi perasa bahan-bahan mentah yang lain sebelum dimakan.

Sangria

Sangria

"Sangria" merupakan sejenis minuman yang mengandungi hirisan buah-buahan seperti lemon dan oren dan direndam dalam wain. Bukan sahaja di bar, malahan ia juga boleh didapati di restoran dan izakaya. Ia terkenal di kalangan wanita kerana rasa wainnya yang lebih manis berbanding wain biasa serta ramai orang yang merasakan ia mudah diminum. Kebiasaannya, sangria dibuat dengan menggunakan wain merah namun terdapat juga sangria daripada wain putih.

Makan di Jepun

Makan di Jepun

Kedai makanan Sepanyol yang membolehkan para pengunjung berhibur dengan harga yang murah ini terdapat di Tokyo dan seluruh Jepun. Terdapat kedai-kedai terkenal di Ebisu yang dikatakan sebagai penyebab ledakan popular "baru" di Jepun dan terdapat juga beberapa kedai terkenal yang sering ditayangkan di kaca televisyen. Selain itu, berbeza dengan "baru" biasa, terdapat juga kedai makanan Sepanyol yang mewah dan cawangan kedai makanan Sepanyol yang terkenal serta mendapat pengiktirafan tertinggi daripada buku panduan pelancongan antarabangsa di Nihonbashi, Tokyo.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini