Makanan Brazil dan Amerika Selatan

Makanan Brazil dan Amerika Selatan

Update:

Bagi orang Jepun, makanan Brazil dan Amerika Selatan kurang dikenali selama ini namun ia semakin mendapat sambutan sedikit demi sedikit sejak menu-menunya mulai masuk ke Jepun dan meledak terutamanya dari kalangan orang Jepun yang menggemari daging.

Sejarah makanan Brazil dan Amerika Selatan di Jepun

Sejarah makanan Brazil dan Amerika Selatan di Jepun

Brazil merupakan tempat perlawanan bola sepak dunia pada tahun 2014 dan sukan Olimpik pada tahun 2016. Bermula dari sini, perhatian terhadap Brazil semakin meningkat dan makanan Brazil yang susah didapati di Jepun selama ini semakin dikenali sedikit demi sedikit. Antara makanan Brazil yang terkenal dan meledak sekitar tahun 2000 adalah "churassco" yang mempunyai kedainya tersendiri semakin banyak dengan berpusat di Tokyo. Selain itu, Brazil yang terkenal sebagai kawasan penghasilan biji kopi terbesar juga merupakan pengimport utama biji kopi ke Jepun.

Churassco

Churassco

Di Jepun, ramai orang akan mengadakan aktiviti barbeku di luar apabila tiba musim panas. Churassco yang merupakan makanan Brazil adalah daging yang dicucuk dengan penyucuk besi dan ditaburi garam sebelum dibakar dengan arang dan dimakan. Ia amat disukai oleh orang Jepun yang menggemari aktiviti barbeku dan semakin dikenali dengan nama "barbeku cara Brazil." Jika dibandingkan dengan menu makanan Brazil yang lain, churassco mempunyai populariti yang tinggi di Jepun.

Feijoada

Feijoada

Feijoada dikatakan sebagai makanan kebangsaan negara Brazil. Ia merupakan sejenis makanan berunsur daging atau sosej yang direneh bersama-sama kekacang dan ditambahkan garam dan lada hitam sebagai perasa. Mempunyai rasa yang pekat dan penuh berkrim, ianya sering dihidangkan bersama-sama dengan nasi putih dan nasi bawang putih. Walaupun populariti makanan ini tidak terlalu tinggi di Jepun, namun jika anda berkunjung ke kedai makanan Brazil, sudah pasti ia juga terdapat dalam senarai menu.

Makan di Jepun

Makan di Jepun

Sejak tahun 2000, kedai yang menawarkan churassco semakin bertambah di sekitar Tokyo. Terdapat juga kedai yang menghidangkan churassco yang siap dibakar di atas meja bersama-sama penyucuk dagingnya dan kemudian memotong daging tersebut di hadapan pelanggan itu sendiri. Di Ginza, Shibuya dan Ikebukuro yang terletak di Tokyo, terdapat banyak kedai yang menawarkan "tabehoudai" iaitu boleh makan apa sahaja dalam masa yang dihadkan. Bukan sahaja daging, malahan salad juga turut dihidang. Di samping itu, persembahan samba dan bossa nova juga turut dipersembahkan di dalam kedai.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini