Masakan Turki

Masakan Turki

Update:

Sebaris dengan masakan Perancis dan masakan China, salah satu di antara "Tiga masakan utama di dunia" adalah masakan Turki. Walaupun ia kurang popular jika dibandingkan dengan dua yang lain, menu ini telah mendapat perhatian dalam sekelip mata, malah anda juga boleh melihat orang Jepun memakannya di tepi jalan. Di sini saya akan memperkenalkan masakan Turki yang merebak ke Jepun dalam bentuk yang unik.

Sejarah masakan Turki di Jepun

Sejarah masakan Turki di Jepun

Bermula daripada tahun 2000, kebab menjadi hit di Jepun. Kini boleh dikatakan tidak ada rakyat Jepun yang tidak tahu mengenainya, di taman hiburan dan gerai pada musim perayaan, malah di tepi jalan juga terdapat banyak peniaga kedai bergerak di mana anda boleh membeli kebab untuk dibawa pulang. Pada musim luruh pada tahun 2014 dan 2015, terdapat juga acara yang popular di mana kedai kebab berkumpul di sebuah taman di Tokyo. Kemudian, bermula dari tahun 2000, "Dondurma" iaitu "aiskrim gaya Turki" telah dipasarkan oleh syarikat-syarikat di Jepun.

Kebab

Kebab

Terdapat pelbagai kaedah memasak untuk menyediakan daging panggang yang terdapat pada kebab, tetapi di Jepun "Doner Kebab" adalah yang utama. Doner kebab adalah kaedah di mana, ketulan daging cincang yang disalut di sekeliling silinder yang besar akan dipanggang sambil memutarkannya agar permukaannya dibakar dengan api, kemudian ketulan daging yang telah dibakar dipotong dengan nipis menggunakan pisau, dan daging yang jatuh ke bawah dan diapit ke dalam roti lalu dimakan. Di Jepun sejenis roti yang dipanggil "Pita" digunakan, daging dan sayur diletakkan di tengah-tengahnya, dan ia biasanya dimakan seperti hamburger. Ia adalah popular sebagai makanan yang dinikmati untuk dibawa pulang.

Dondurma (aiskrim gaya Turki)

Dondurma (aiskrim gaya Turki)

Pada asalnya Jepun sangat popular dengan aiskrim, sehinggakan ia turut dibeli pada musim sejuk di kedai serbaneka. Aiskrim gaya Turki yang menjadi hit di kalangan orang Jepun ini dicipta berasarkan aiskrim Turki iaitu Dondurma. Dondurma adalah sangat likat dan boleh ditarik-tarik. Bahan mentah dan proses penghasilan aiskrim gaya Turki di Jepun adalah berbeza dengan Dondurma tetapi kelikatannya telah dihasilkan semula. Popularitinya pernah hilang dari bumi Jepun bersama-sama produk tersebut, tetapi setelah ia dihasilkan semula dan dijual selepas tahun 2014 ia telah menjadi menjadi topik yang panas di kalangan peminatnya.

Makan di Jepun

Makan di Jepun

Anda boleh merasai kebab di kedai yang menyediakan perkhidmatan membawa pulang dan di kedai bergerak seperti di Akihabara di Tokyo. Kebiasannya, anda boleh melihat tukang masak dari Turki yang membakar daging di hadapan kedai. Aiskrim gaya Turki juga dijual di kedai serbaneka dan pasaraya. Terdapat juga beberapa buah kedai khusus masakan Turki di Azabu dan Shinjuku di Tokyo. Selain itu, terdapat juga kedai di mana anda boleh makan sambil menonton persembahan tarian tradisional Turki iaitu tarian gelek.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini