Makanan Thailand

Makanan Thailand

Update: 15 November 2016

Makanan Thailand boleh dikatakan amat sinonim dengan masyarakat Jepun kerana terdapat beberapa jenis makanannya yang memang dikenali sejak dari dahulu lagi dan ledakan beberapa jenis makanan baru sejak tahun 2000. Ia dikatakan mempunyai peminat yang ramai terutamanya dari kalangan wanita muda Jepun.

Sejarah makanan Thailand

Sejarah makanan Thailand

Di Jepun, menu makanan Thailand yang paling terkenal adalah "tom yam goong." Ia mula dikenali sejak sekitar tahun 1900-an dan merupakan sejenis makanan berkuah yang dikenali oleh kebanyakan orang Jepun sebagai makanan Thanland walaupun hanya mendengar namanya sahaja. Selain itu, makanan Thailand yang lain seperti "kari hijau" mulai meledak di Jepun sejak tahun 2000 dan semakin digemari ramai. Keunikan makanan Thailand yang masam dan pedas semakin terkenal di kalangan orang Jepun terutamanya yang memberikan penekanan yang dalam dari segi kesihatan.

Tom yam goong

Tom yam goong

Tom yam goong merupakan salah satu antara "3 sup terkemuka di dunia" dan juga dikenali dengan meluas di Jepun. Ia merupakan contoh utama makanan Thailand dan juga dihidangkan di rumah orang Jepun. Selain itu, ia juga dijual di pasar raya sebagai pes penambah perasa. Isi tom yam goong ini banyak menggunakan bahan-bahan mentah yang digemari oleh orang Jepun seperti udang, cendawan dan ikan. Ia juga mempunyai rasa masam dan pedas. Kebanyakan tom yam goong di Japan adalah kurang pedas berbanding versi asli di Thailand.

Kari hijau

Kari hijau

Di Thailand, terdapat sejenis kari yang berkuah dikenali sebagai "kaeng." "Kari hijau" yang terkenal di Jepun merupakan salah satu jenis kaeng iaitu "kaeng kiao wan." "Kari" yang dikenali di Jepun adalah berwarna kuning dan digemari ramai. Nama kaeng di Jepun ialah "kari hijau" yang diambil bersempena dengan warna kaeng tersebut. Kari hijau menggunakan cili yang mempunyai rasa herba dan pedas dalam kebanyakan makanan Thailand. Terdapat orang Jepun yang menyukai atau kurang suka akan rasa herba makanan, tetapi jika mereka menyukainya, mereka akan bersungguh-sungguh meminati makanan tersebut.

Makan di Jepun

Makan di Jepun

Terdapat banyak kedai makanan Thailand di Tokyo. Di Roppongi, juga terdapat sebuah kedai tom yam goong yang terkenal. Selain itu, terdapat juga kedai yang memulakan perniagaan kari hijau di Shinanomachi, Tokyo iaitu "Thai Curry" yang terkenal. Ledakan kari Thailand dikatakan mula berkembang di Jepun disebabkan oleh kedai ini. Kebiasaannya, kari Thailand dinikmati dengan menggunakan sudu dan garfu di sini tetapi ia terpulang kepada cara masing-masing.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini