Masakan Nepal

Masakan Nepal

Update:

Sejak kecil di antara orang Jepun yang selalu makan kari sebagai "hidangan di rumah", ramai yang suka akan masakan kari dari rantau yang berkembang maju ini. Sebelum ini, "sekiranya bercakap mengenai kari semestinya adalah kari India", tetapi baru-baru ini "kari Nepal" juga menjadi topik hangat di Jepun.

Sejarah masakan Nepal di Jepun

Sejarah masakan Nepal di Jepun

Imej pertama bagi orang Jepun mengenai "masakan Nepal" adalah kari. Sejak tahun 2000 terdapat banyak kedai kari India di Jepun, tetapi "kari Nepal" juga mendapat perhatian pada masa yang sama. Tidak bermakna ia terdapat di setiap bandar, tetapi restoran Nepal semakin meningkat sedikit demi sedikit. Di samping itu, bagi orang Jepun oleh kerana perbezaan masakan India dan Nepal adalah samar-samar, terdapat banyak kedai yang menjalankan perniagaan dengan kedua-dua hidangan.

Tarkaari (kari Nepal)

Tarkaari (kari Nepal)

Dalam bahasa Nepal "Tarkaari" bermaksud lauk sampingan yang dimakan bersama makanan ruji tetapi di Jepun ia lebih dikenali sebagai kari Nepal. Rempah yang digunakan di dalam Tarkaari dikenali sebagai "masala" dan pelbagai jenis masala digabungkan bersama-sama. Ia menggunakan minyak yang sedikit, dan lebih cair jika dibandingkan dengan kari India.

Momo (ladu atau dumpling Nepal)

Momo (ladu atau dumpling Nepal)

Di Jepun, ladu goreng iaitu daging yang dicincang halus dan sayur-sayuran dibalut dengan kulit tepung gandum adalah popular daripada kanak-kanak kepada orang dewasa dan dimakan di rumah dan di kedai. "Ladu Nepal" iaitu "Momo" yang menyerupai ladu Jepun turut digemari oleh ramai orang Jepun. Momo adalah daging dan sayur-sayuran yang dibalut dengan kulit dan dikukus. Ia dimakan dengan sos pedas.

Apabila makan di Jepun

Apabila makan di Jepun

Terdapat kedai khusus masakan Nepal di Ebisu dan Naka-Itabashi di Tokyo. Di kebanyakan restoran tersebut, orang Nepal berkhidmat sebagai tukang masak, dan anda boleh menikmati masakan asli Nepal seperti Taakari (kari Nepal) dan sebagainya. Kedai khusus masakan Nepal semakin meningkat sedikit demi sedikit. Selain itu, oleh kerana ramai tukang masak Nepal yang bekerja di restoran yang khusus untuk masakan India, mungkin anda boleh bertanya samada di situ turut disediakan masakan Nepal atau tidak.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini