HOME Makanan India
Makanan India

Makanan India

Last updated: 29 April 2017

"Kari" merupakan salah satu makanan yang sering dinikmati di rumah oleh kebanyakan keluarga di Jepun sejak dari kecil lagi. Ramai orang Jepun berpendapat bahawa India merupakan tempat "masakan kari asli" dan makanan India yang terkenal di Jepun adalah kari. Orang Jepun yang menggemari kari India sering menikmatinya dalam pelbagai keadaan seperti makan tengah hari ataupun semasa temu janji.

Sejarah makanan India di Jepun

Sejarah makanan India di Jepun

Kemasukan masakan India ke Jepun tidak tercatat dalam sejarah secara rasminya namun kari yang dinikmati di rumah dikatakan berasal dari United Kingdom sekitar tahun 1860-an dan mempunyai rasa yang berbeza berbanding kari India. Bermula sekitar tahun 1990-an, bilangan kedai makanan India di Jepun semakin bertambah dan ia mula dikenali ramai. Sejak akhir-akhir ini pula, rempah-ratus yang kebiasaannya digunakan dalam masakan India dipromosikan sebagai bahan yang mempunyai kesan baik terhadap kecantikan dan kesihatan menjadikan makanan India semakin terkenal.

Kari India

Kari India

Kari India diperbuat daripada pelbagai campuran rempah-ratus yang merupakan "roux" kepada kuah kari. Teknik masakan ini juga amat dikenali di Jepun dan jika disebut tentang "kari India", perkara pertama yang muncul di fikiran adalah kari yang pedas yang menggunakan pelbagai rempah-ratus. Tetapi, kari India di Jepun lebih manis dan pekat kerana telah disesuaikan dengan citarasa orang Jepun. Antara kari India yang terkenal di Jepun ialah "kari keema" yang mengandungi daging cincang dan sayur-sayuran dan "kari ayam".

Nan

Nan

Sama seperti kari India, nan juga amat terkenal di Jepun. Kari bukan sahaja dimakan bersama-sama dengan nasi sebagai "nasi kari" tetapi juga dicicah bersama-sama dengan nan yang merupakan satu gaya makan yang amat digemari. Terdapat banyak kedai makanan India yang mempunyai oven khas yang dikenali sebagai tandoor untuk memasak nan. Oleh kerana roti nan dimasak setelah pesanan dibuat, para pelanggan boleh menikmati nan yang masih panas bersama dengan kari.

Menikmati makanan India di Jepun

Menikmati makanan India di Jepun

Kedai makanan India dan kedai kari India senang didapati di Jepun. Kebanyakan tukang masak di kedai-kedai tersebut adalah orang India. Terutamanya di Nishi-Kasai yang terletak di Tokyo, ia merupakan sebuah bandar yang didiami oleh ramai orang India dan kedai-kedai makanan dan kari India serta kedai yang menjual produk-produk India juga berderetan di sini. Sejak kebelakangan ini, kedai yang menawarkan menu dalam satu pinggan berasal dari India Utara dikenali sebagai "thali" (gambar) juga semakin bertambah.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari