HOME Bibimbap (nasi campur) dan chijimi (sejenis lempeng)
Bibimbap (nasi campur) dan chijimi (sejenis lempeng)

Bibimbap (nasi campur) dan chijimi (sejenis lempeng)

Last updated: 29 April 2017

Pelbagai jenis masakan dari Korea iaitu negara yang berada di sebelah negara Jepun telah berkembang luas. Dalam masakan korea juga "bibimbap" dan "chijimi" adalah di antara masakan yang sering dimakan oleh orang Jepun.

Sejarah bibimbap Jepun

Sejarah bibimbap Jepun

Masakan Korea di Jepun yang popular, yakiniku iaitu daging dan sebagainya yang dinikmati dengan memanggangnya di atas plat besi dan jaring di atas meja. Pada mulanya, bibimbap dikenali sebagai menu sampingan di kedai yakiniku (daging panggang). Ia merupakan menu terakhir yang menjadi "penutup" selepas makan daging panggang, kemudian sebagai alternatif lain semakin ramai pelanggan yang mengunjungi kedai yakiniku (daging panggang) semata-mata untuk menikmati bibimbap. Di Jepun terdapat banyak rangkaian kedai yang menyediakan gyudon (nasi dengan hirisan daging lembu) dengan harga beberapa ratus JPY sahaja dan rangkaian kedai ini juga mula menual bibimbap. Sekitar tahun 2000 ia telah menjadi hidangan masakan yang dikenali oleh semua warga Jepun.

Tempat untuk makan bibimbap di Jepun

Tempat untuk makan bibimbap di Jepun

Di Shin Okubo, Tokyo dan Tsuruhashi, Osaka, yang merupakan kawasan yang padat dengan kedai masakan Korea, terdapat banyak juga kedai yakiniku (daging panggang) ala Korea di situ. Bibimbap juga merupakan salah satu menu popular. Selain daripada kawasan yang dinyatakan, kebanyakan kedai yakiniku (daging panggang) menyediakan menu ini, tidak terhad kepada kedai yang menawarkan harga yang berpatutan tetapi juga kedai-kedai mewah. Malah bibimbap juga diletakkan di tempat jualan Bento (nasi bungkus) di kedai serbaneka.

Kelebihan bibimbap

Kelebihan bibimbap

Di dalam bekas yang besar dalam bentuk mangkuk yang berisi nasi, akan diletakkan jeruk sayur Korea yang dipanggil "Namul", daging dan telur di atas nasi. Kesemua bahan tersebut akan digaul dengan sudu ketika hendak menikmatinya, inilah yang dinamakan bibimbap. Di Jepun, ada yang menggunakan periuk batu bagi memasak bibimbap. Ia dikenali sebagai " Ishiyaki Bibimbap" dan ia adalah menu yang diolah oleh masyarakat Jepun. Orang Jepun berasa gembira sekiranya terdapat bahagian kerak nasi yang dikenali sebagai "Okoge". Keistimewaan ishiyaki bibimbap adalah anda dapat menikmati nasi putih yang dibakar bersama-sama dengan sos di dalam periuk batu yang panas.

Sejarah chijimi (lempeng Korea) Jepun

Sejarah chijimi (lempeng Korea) Jepun

Makanan Korea yang dikenali sebagai "Chijimi" adalah adunan tepung yang dibancuh dengan air, dan kemudian digaulkan makanan laut seperti sotong dan sayur-sayuran serta jeruk sayur-sayuran yang pedas seperti "kimchi", kemudian ia diletakkan dengan rata di atas plat besi dan dibakar. Pada tahun 2000, oleh kerana makanan Korea menjadi hit di Jepun, pelanggan yang datang ke kedai Korea seperti di Shin Okubo dan Tsuruhashi meningkat. Chijimi telah memasuki negara Jepun sebelum ia menjadi popular lagi, sejak daripada itu ia boleh dikatakan sudah mendapat tempat di hati rakyat Jepun. Walaupun ia mempunyai persamaan dengan okonomiyaki (lempeng) Jepun, tetapi rasanya yang berbeza membuatkan ia popular.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari