Pasta dan spageti

Pasta dan spageti

Update:

Pasta dan spageti sangat digemari di Jepun hinggakan boleh dikatakan bahawa tiada orang Jepun yang tidak pernah menikmatinya. Ia telah meresap ke dalam masyarakat Jepun di mana terdapat pelbagai gaya masakan pasta Jepun yang tersendiri. Artikel ini akan memperkenalkan pasta dan spageti di Jepun.

Sejarah pasta dan spageti di Jepun

Sejarah pasta dan spageti di Jepun

Pengeluaran pasta di Jepun dikatakan telah bermula sejak sekitar tahun 1880. Pada mulanya, pasta adalah merupakan hidangan luar biasa yang hanya dihidangkan di hotel-hotel dan restoran-restoran mewah sahaja. Pasta mula dikenali umum pada sekitar tahun 1950-an dan mula menjadi makanan kegemaran masyarakat Jepun setelah melalui zaman kegemilangan makanan Itali pada sekitar tahun 1980-an.

Jenis-jenis pasta

Jenis-jenis pasta

Kebanyakan orang Jepun akan merujuk kepada spageti iaitu mi nipis dan panjang apabila bercakap mengenai pasta. Malah sesetengah orang juga menggunakan pasta dan spageti dalam erti kata yang sama. Ini menunjukkan betapa terkenalnya hidangan spageti di Jepun. Antara perasa utama adalah sos daging, aglio e olio, carbonara dan sebagainya. Di samping itu, terdapat juga pelbagai menu tersendiri Jepun iaitu "Wafu Spaghetti".

Pasta dan spageti unik di Jepun!

Pasta dan spageti unik di Jepun!

Antara menu spageti gaya Jepun adalah "Tarako (telur ikan kod) Spaghetti", dan "Mentaiko (Tarako yang diperap) Spaghetti" yang disediakan dengan menggabungkan Tarako atau Mentaiko dengan mi spageti. Selain daripada itu, terdapat juga spageti yang menggunakan lobak parut atau Natto (soya ditapai), cendawan, tuna, dan lain-lain. Kebanyakan menu spageti ala Jepun ini diperasakan dengan kicap soya.

Tempat untuk menikmati pasta dan spageti di Jepun

Tempat untuk menikmati pasta dan spageti di Jepun

Terdapat banyak restoran Itali serta restoran khas spageti di Jepun. Anda tidak akan berasa sukar untuk mencarinya kerana ia terdapat di kebanyakan kawasan. Malah, menu pasta sering diletakkan di dalam menu di restoran-restoran biasa, walaupun ia bukan restoran Itali. Di pasar raya pula, terdapat beberapa jenis produk pasta yang datang dengan mi pasta dan sos di dalam pek di mana ia boleh dinikmati di rumah selepas penyediaan yang mudah.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini